Dewan Pemuda PAS Selangor mendesak Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mengemukakan penjelasan bertulis yang munasabah atas pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim menegaskan jika PKR gagal berbuat demikian Pemuda PAS Selangor akan memboikot Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.
"Merujuk kenyataan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan yang menuntut agar PKR mengemukakan penjelasan bertulis yang munasabah kepada Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia.
"Pemuda PAS Selangor sebulat suara bersetuju sekiranya PKR gagal berbuat demikian maka arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Mengulas lanjut, Syarhan Humaizi menjelaskan Pemuda PAS Selangor kesal dan kecewa dengan tindakan PKR membuat keputusan yang dilihat membelakangkan rakan daripada Pakatan Rakyat.
"Melihat situasi yang berlaku, perletakan jawatan itu hanya semata-mata untuk memberi laluan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim bertanding sepertimana yang telah diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
"Tindakan untuk menyelesaikan masalah dalaman dan pentadbiran parti tidak seharusnya membabitkan pembaziran wang rakyat," katanya.
Katanya, Pemuda PAS Selangor berpendapat tidak wajar untuk melepaskan jawatan jika tidak mempunyai sebab yang kukuh.
Tindakan tersebut, bagi Pemuda PAS Selangor ibarat mengkhianati amanah daripada rakyat yang telah meletakkan kepercayaan penuh kepada wakil rakyat sebelum ini, Lee Chin Cheh.
"Perbelanjaan untuk pilihanraya kecil juga akan melibatkan dana daripada wang rakyat dalam jumlah yang agak besar," katanya lagi.
Semalam ADUN Kajang Lee Chin Cheh, telah meletakkan jawatannya yang disebut-sebut bagi memberi laluan kepada Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor.
Anwar bagaimanapun menafikan beliau akan mengambil alih tempat Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.
Hari ini, Pengerusi Pakatan Rakyat Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan PKR menamakan Anwar sebagai calon bertanding pada Pilihanraya Kecil DUN Kajang.
Astro Awani
Tue Jan 28 2014
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
PKR umum Reformasi 2.0
Gerakan yang diberi nama Reformasi 2.0 itu bagi menyatakan bantahan terhadap sabitan kes liwat dan hukuman penjara ke atas Anwar Ibrahim.
Siapapun bertanding di Kajang, Pakatan Rakyat akan menang, kata penganalisis
Penganalisis politik percaya sokongan umum akan memihak kepada Pakatan Rakyat susulan sabitan dan hukuman kes liwat Anwar Ibrahim.
Anwar umum tidak bertanding PRK DUN Kajang, akan terus berkempen
Anwar menegaskan akan terus berkempen untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil itu.
Khalid Ibrahim umum tanding jawatan Timbalan Presiden PKR
beliau berkata persiapan untuk merebut jawatan itu hanya akan dibuat selepas berakhirnya pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang bulan depan.
'Tsunami Cina' masih wujud di Kajang, kata penganalisis politik
Lapan bulan selepas PRU-13, sokongan masyarakat Cina semasa PRK ini boleh dinilai terutamanya jika MCA mempunyai satu strategi baru.
BN boleh menang kerusi DUN Kajang - Pak Lah
BN boleh memenanginya jika berjaya menjelaskan isu-isu semasa yang dibangkitkan terutama daripada pembangkang.
BN boleh menang DUN Kajang - Abdullah
BN boleh memenanginya jika berjaya menjelaskan isu-isu semasa yang dibangkitkan terutama daripada pembangkang, katanya.
Zaid Ibrahim nafi ditaja UMNO bertanding di Kajang
Zaid menegaskan dakwaan yang dibuat PKR merupakan taktik yang sering dibuat Anwar terhadap lawannya.
PRK Kajang: Apa masalah utama penduduk?
Rata-rata orang ramai yang ditemui Astro AWANI mahukan agar masalah utama yang dihadapi mereka diberi perhatian oleh wakil rakyat yang bakal terpilih 23 Mac ini.
PRK Kajang: Seperti BN, laluan getir bakal ditempuhi Zaid
Zaid Ibrahim mungkin boleh menarik undi atas pagar daripada Anwar Ibrahim dan boleh mendapat undi protes tetapi laluannya agar getir.