Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah halangan besar untuk Barisan Nasional menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada pilihan raya kecil 23 Mac itu.
BN boleh memenanginya jika berjaya menjelaskan isu-isu semasa yang dibangkitkan terutama daripada pembangkang, katanya.
"Peluang itu ada kalau kita (BN) boleh menjelaskan dan memberi keterangan dengan baik kepada pengundi di sana. Jika perlu kita menghadapinya, kita perlu buat dengan baik.
"Jika kita mampu menyampaikan hujah-hujah yang baik kepada pengundi untuk meyakinkan mereka, saya percaya kita tidak akan menghadapi masalah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar 'Memperingati Allahyarham Profesor Datuk Dr Mohamed Mackeen Abdul Majid', bekas pensyarahnya ketika di Universiti Malaya, di sini hari ini.
Abdullah berkata sekiranya BN gagal memberi penerangan atau tidak bersatu padu dalam melaksanakan kempen pilihan rayanya, maka peluang untuk merampas kerusi DUN Kajang itu, yang sebelum ini disandang PKR, agak sukar.
Ditanya mengenai tindakan BN yang masih belum mengumumkan calon untuk bertanding di PRK DUN Kajang itu, Abdullah berkata terpulang kepada pimpinan tertinggi BN untuk mengumumkannya pada bila-bila masa yang mereka rasakan sesuai.
PRK DUN Kajang diadakan berikutan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Jan lepas.
PKR menamakan Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon parti itu, sementara bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, turut menyatakan hasrat bertanding di PRK itu sebagai calon bebas.
Bernama
Wed Feb 19 2014


Jenazah ketiga kemalangan di Senawang selamat dikebumikan
Kira-kira 100 orang termasuk ahli keluarga, rakan Allahyarham Aisar Azim dan penduduk kampung mengiringi perjalanan terakhir remaja itu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [11 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Geegee Ahmad
- Penolong Pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas
- Syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways bakal beroperasi di Malaysia hujung tahun 2025
- Artis, masyarakat jangan normalisasi maksiat - Ahmad Sanusi
- Penolong Pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas
- Syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways bakal beroperasi di Malaysia hujung tahun 2025
- Artis, masyarakat jangan normalisasi maksiat - Ahmad Sanusi

'Kopi Penumbuk' dikesan kandungi Tadalafil - Agensi Makanan Singapura
Agensi itu menasihatkan pengguna agar tidak membeli atau mengambil produk yang dipasarkan di platform e-dagang tempatan sebagai produk kopi.
AWANI Pagi: ASEAN Kita: ASEAN & Australia, stronger together
Join us for a special episode of ASEAN KITA as we sit down with H.E. Tiffany McDonald, Australia's Ambassador to ASEAN. We’ll explore Australia’s strategic vision, economic partnership, climate collaboration, and expectations for ASEAN as Malaysia chairs the region in 2025. Stay tuned for insights on the future of ASEAN-Australia ties!

97 kompaun dikeluarkan kepada pengendali makanan bazar Ramadan di Kelantan
Zaini berkata kompaun itu melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Hari Komanwel: Menteri UK puji kekuatan Malaysia
West memuji keindahan Malaysia dan layanan mesra diterimanya dan menekankan perbincangan bermanfaat dengan wakil kerajaan mengenai objektif bersama.
Pintu empangan takungan air di Sepanyol dibuka
Hujan lebat berterusan akibat Taufan Jana menyebabkan pintu pelepasan empangan takungan air di Avila, Sepanyol terpaksa dibuka pada Isnin.

Aaron sah beraksi di Seluruh England - Herry
Aaron dan pasangannya Soh Wooi Yik akan membuka kempen menentang gandingan Denmark Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard.

Risiko penjawat awam muflis boleh dielakkan menerusi SPeKAR
Sistem itu dilihat mampu mengekang golongan terlibat daripada terus membuat pinjaman luar kemampuan mereka.

Perusuh cetuskan keganasan semasa sambutan kemenangan pasukan kriket India
Kejadian berlaku di bandar Dr Ambedkar Nagar, kira-kira 25km dari bandar komersial Indore dan 200 km dari ibu negeri Bhopal.

'Integriti pemimpin jamin kejayaan negara' - Sultan Nazrin
Integriti, kejujuran dan moral seseorang pemimpin menjadi asas utama kelangsungan dan kejayaan sesebuah negara.

Saya tidak rasa maruah Melayu tercabar - Pak Lah
Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi turut menafikan kewujudan konsep rasisme dalam Islam.

PMO: Mengapa Dr Mahathir tidak disebut dalam artikel dakwaan rasuah media Australia?
Skandal rasuah didakwa berlaku ketika tempoh pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi mengapa beliau tidak dikaitkan langsung dalam laporan media Australia berkenaan?

Tempoh 'perbincangan senyap' sudah berlalu - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir berkata beliau tidak akan berjumpa dengan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tempoh 'perbincangan senyap' sudah berlalu.

Australia peroleh perintah larangan untuk tidak lapor kes rasuah libatkan Malaysia
Australia telah memperoleh perintah larangan untuk melarang mana-mana pihak di Australia daripada melaporkan tentang satu kes rasuah antarabangsa.

BN boleh menang DUN Kajang - Abdullah
BN boleh memenanginya jika berjaya menjelaskan isu-isu semasa yang dibangkitkan terutama daripada pembangkang, katanya.

Kenyataan media Tun Abdullah mengenai "Awakening"
Berikut adalah kenyataan media penuh oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung buku "Awakening" yang mendapat liputan meluas media dan reaksi.

Pak Lah jawab isu buku 'Awakening'
Justeru, beliau meminta agar tiada pihak membuat andaian bahawa buku ini ditulis oleh "Pak Lah yang sudah bersubahat dengan pembangkang untuk menentang partinya sendiri".

Abdullah sokong dua jawatan tertinggi Umno tidak dicabar
Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menyokong cadangan "tiada pertandingan" untuk jawatan presiden dan timbalan presiden Umno pada pemilihan parti nanti.