JEMPOL: Seorang pemuda sanggup melupakan impian bergelar jurutera demi menyambung legasi arwah bapanya dalam bidang pembuatan pisau dan parang berkualiti tinggi yang diusahakan sejak 13 tahun lepas.
Muhammad Nurdin Rostam Kamal, 24, lebih dikenali sebagai Along berkata, dia yakin bidang perniagaan perlatan tajam itu berpotensi berkembang dan menambah pendapat mencecah lima angka sebulan hanya penjualan secara dalam talian menerusi Facebook Taamim Handmade.
Katanya, penjualan boleh mencecah RM5,000 melalui penjualan secara langsung dan dia akan memasarkan di platform media sosial itu dua kali sebulan.
"Sebelum ayah meninggal dunia akibat kanser otak pada Ogos lepas, harapannya adalah melihat saya menyambung legasi pembuatan pisau kerana tidak ramai generasi muda berminat dalam bidang ini.
"Sejak berumur 16 tahun, setiap kali cuti semester atau cuti sekolah memang saya akan tolong ayah dan belajar untuk buat pisau. Saya tidak menyesal tinggalkan bidang kejuruteraan kerana bidang perniagaan sekarang lebih menguntungkan dengan kreativiti masing-masing," katanya kepada Bernama.
Lulusan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pesawat Terbang yang ditemui di reruai Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Sembilan di sini berkata dia mampu menghasilkan kira-kira 20 bilah pisau dan parang buatan tangan dalam masa seminggu.
Katanya, produk itu diperbuat daripada logam berkualiti tinggi, khas untuk pembuatan bilah yang diimport dari luar negara terutamanya dari Jepun.
"Saya tidak menggunakan logam yang dikitar semula. Kelebihannya adalah pisau itu tahan karat dan mudah dijaga," katanya harga produknya itu dijual dengan harga RM200 hingga lebih RM900 bergantung kepada material, reka bentuk dan permintaan khas pelanggan.
Muhammad Nurdin berkata ruang di belakang rumahnya di Felda Palong 3 dekat sini, dijadikan bengkel pembuatan alatan tajam itu.
Katanya, siri Jelajah (AKM) adalah platform terbaik untuk usahawan muda sepertinya mempromosikan produk kepada orang ramai.
"Kebanyakan pengunjung yang hadir di reruai saya adalah pengikut saya di media sosial dan memang mengenali produk dihasilkan," katanya yang berazam mahu mengembangkan perniagaannya dengan membuka kilang sekali gus menyediakan peluang pekerjaan kepada generasi muda.
Anak sulung daripada tiga beradik itu berazam membuktikan bahawa Malaysia juga mempunyai kepakaran dan kemahiran untuk menghasilkan pisau bertaraf dunia.
"Selalunya apabila cakap mengenai pisau, semua orang pandang pisau dari Amerika atau Switzerland sahaja berkualiti tinggi. Saya hendak orang tahu di Malaysia pun ada tukang yang boleh menghasilkan pisau atau parang bertaraf dunia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 09 2022
Along berkata, dia mampu menghasilkan kira-kira 20 bilah pisau dan parang buatan tangan dalam masa seminggu. - Gambar/ Bernama
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pemuda lupakan impian jadi jurutera demi legasi pembuatan pisau, parang
Seorang pemuda sanggup melupakan impian bergelar jurutera demi menyambung legasi arwah bapanya dalam bidang pembuatan pisau dan parang berkualiti tinggi yang diusahakan sejak 13 tahun lepas.