PASIR MAS: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pasir Mas, hari ini, atas pertuduhan membunuh adik iparnya di Kampung Apa-Apa di sini, bulan lalu.
Amir Sharif Muhamad, 30, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Yusoff Abdullah. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai pemotong kelapa sawit didakwa membunuh Nurshazreen Balqis Albadri, 17, di sebuah rumah di Kampung Apa-Apa, Bunut Susu, di sini, antara jam 8 hingga 9 pagi pada 29 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Makar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian menetapkan 14 Disember sebagai tarikh sebutan semula kes.
Muhafandi Muhamad
Wed Nov 10 2021
Amir Sharif (dua dari kiri) mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Yusoff Abdullah. - Gambar Astro AWANI
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
DRB-Hicom terkesan penurunan jualan kenderaan, kerugian Pos Malaysia
Pendapatan sembilan bulan pertama DRB-Hicom Bhd bagi tahun kewangan 2024 terkesan disebabkan penurunan jualan kenderaan dan perkhidmatan pos.
Hutang RM1.24 trilion diuruskan secara bertanggungjawab, tiada krisis
Pakar Ekonomi menyifatkan hutang negara berjumlah RM1.24 trilion tidak membimbangkan kerana nisbah hutang kepada KDNK kekal di bawah 90 peratus.
[TERKINI] Penjawat awam Negeri Sembilan, P. Pinang terima bonus
Kerajaan Negeri Sembilan memberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji manakala Kerajaan Pulau Pinang memberi setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri tahun depan
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
M Nasir terima Ijazah Kehormat UPSI
Datuk M Nasir akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Sabtu.
Waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant, kemenangan dunia
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Pemotong kelapa sawit didakwa bunuh adik ipar perempuan 17 tahun
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pasir Mas, hari ini, atas pertuduhan membunuh adik iparnya di Kampung Apa-Apa di sini, bulan lalu.