IPOH: Pelaksanaan Projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak (SPRWTS) ke Pulau Pinang dijangka tidak dapat dilakukan pada tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Beliau berkata ini kerana kerajaan negeri perlu menunggu peruntukan daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam bagi pembinaan loji rawatan air di daerah Kerian, Utara Perak serta pelbagai lagi proses berkaitan isu bekalan air terawat antara Perak dan Pulau Pinang.
Saarani berkata kerajaan negeri sudah mengadakan perjumpaan dengan kementerian itu bagi membincangkan projek SPRWTS pada November lepas.
"Tanpa kelulusan peruntukan itu, tiada perjanjian boleh dibuat. Sudah ada keputusan kementerian, baru kita boleh laksanakan projek, kalau ikut kehendak kita, lagi cepat lagi baguslah tapi bergantung kepada peruntukan kementerian," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Perak 2024 anjuran Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang turut dihadiri Presidennya Datuk Adnan Mat di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Ditanya mengenai permintaan Pulau Pinang yang mahu penggunaan 700 juta liter air sehari, Saarani berkata ia tertakluk kepada kecukupan pengguna domestik terlebih dahulu.
"Kalau kita tak cukup air, macam mana nak jual pada orang? Penjualan bekalan air terawat ini tertakluk kepada perjanjian," katanya.
Semalam Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengumumkan bahawa negeri itu akan menandatangani sama ada memorandum persefahaman atau perjanjian pembiayaan dengan Perak berkaitan SPRWTS pada 2024.
Skim itu adalah sebahagian daripada Pelan Kontingensi Air Pulau Pinang 2030 yang menyaksikan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) membelanjakan RM1.18 bilion dalam tempoh beberapa tahun akan datang untuk meningkatkan bekalan air negeri kepada 602 juta liter sehari.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 03 2024
![Pemindahan air dari Perak ke Pulau Pinang dijangka tidak dapat dilaksana tahun ini - Saarani Pemindahan air dari Perak ke Pulau Pinang dijangka tidak dapat dilaksana tahun ini - Saarani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702472863_TBSaaraniMohamad.jpg)
Saarani berkata kerajaan negeri sudah mengadakan perjumpaan dengan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu bagi membincangkan projek SPRWTS pada November lepas.- Gambar fail/Bernama
Individu 'Narsisistik' perlu dihindari agar hidup tenteram
Individu yang mempunyai penyakit gangguan personaliti narsisistik (NPD) atau sifat mengagumi diri sendiri secara berlebihan, perlu dihindari agar tidak menimbulkan stres dan gangguan emosi.
menurut Pensyarah Jabatan Bimbingan dan Kaunseling UPSI, Profesor Dr Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, strategi itu merupakan kaedah interaksi paling efektif apabila berhadapan dengan mereka yang mempunyai penyakit tersebut.
menurut Pensyarah Jabatan Bimbingan dan Kaunseling UPSI, Profesor Dr Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, strategi itu merupakan kaedah interaksi paling efektif apabila berhadapan dengan mereka yang mempunyai penyakit tersebut.
Faisal Halim sudah mula turun padang jalani sesi latihan
Pemain sayap Selangor, Faisal Halim, dikhabarkan sudah sudah mula turun ke padang untuk menjalani latihan sejak Rabu.
wartawan Astro Arena mendapati pemain berusia 26 tahun itu sudah mula turun ke padang tetapi masih belum bersedia untuk menerima sebarang liputan daripada pihak media.
wartawan Astro Arena mendapati pemain berusia 26 tahun itu sudah mula turun ke padang tetapi masih belum bersedia untuk menerima sebarang liputan daripada pihak media.
Stadium Shah Alam saksi jatuh bangun bola sepak Selangor
Lebih 25 tahun menjadi venue rasmi pasukan Selangor, Stadium Shah Alam telah menyimpan pelbagai kenangan dan nostalgia tersendiri kepada pemain serta peminat sukan di negeri ini.
UMNO Kelantan hantar 3 nama calon DUN Nenggiri
Badan perhubungan UMNO Kelantan akan menghantar 3 nama calon yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri, DUN N43 Nenggiri bulan depan
Pengerusinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata, nama berkenaan telah disaring sebelum Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memutuskannya dalam tempoh terdekat
Pengerusinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata, nama berkenaan telah disaring sebelum Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memutuskannya dalam tempoh terdekat
![Sukan Olimpik 2024: Sudah terlambat naikkan darjah kesukaran - Nur Dhabitah Sukan Olimpik 2024: Sudah terlambat naikkan darjah kesukaran - Nur Dhabitah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720156473_DhabitahSabri.jpg)
Sukan Olimpik 2024: Sudah terlambat naikkan darjah kesukaran - Nur Dhabitah
Beliau perlu sekurang-kurangnya setahun dalam usaha meningkatkan darjah kesukaran baharu bagi acara 3m papan anjal individu wanita.
![Paris 2024: 16,000 katil kadbod untuk perkampungan sukan, media Paris 2024: 16,000 katil kadbod untuk perkampungan sukan, media](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720156151_Paris.jpg)
Paris 2024: 16,000 katil kadbod untuk perkampungan sukan, media
Sebanyak 16,000 katil kadbod akan digunakan di Perkampungan Sukan Saint-Denis and Chateauroux dan di Perkampungan Media Dugny.
![Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720155909_TBnaim.jpg)
Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia
Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Prof Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula hari ini hingga 12 Julai atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Buruh bakal bentuk kerajaan, Starmer PM baharu?
Pengundian telah berakhir dan Parti Buruh Britain diunjurkan memenangi pilihan raya umum United Kingdom (UK) dengan kemenangan besar, sekaligus menukar senario politik di UK.
Penyokong anggap kemenangan buruh berita sangat hebat
Sementara itu, kumpulan penyokong Parti Buruh Britain gembira dengan laporan yang menyebut parti konservartif kalah teruk dalam pilihan raya yang diadakan
mereka meraikan lebih awal kejayaan buruh menewaskan konservatif dalam politik United Kingdom, U-K
mereka meraikan lebih awal kejayaan buruh menewaskan konservatif dalam politik United Kingdom, U-K
![Parti Buruh raih majoriti mudah Pilihan Raya Britain 2024 Parti Buruh raih majoriti mudah Pilihan Raya Britain 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720154151_tbKeirStarmerlead.jpg)
Parti Buruh raih majoriti mudah Pilihan Raya Britain 2024
Menepati ramalan, parti pembangkang, Parti Buruh Berjaya meraih majoriti mudah dalam Pilihan Raya Britain pada Jumaat.
![Pemindahan air dari Perak ke Pulau Pinang dijangka tidak dapat dilaksana tahun ini - Saarani Pemindahan air dari Perak ke Pulau Pinang dijangka tidak dapat dilaksana tahun ini - Saarani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702472863_TBSaaraniMohamad.jpg)
Pemindahan air dari Perak ke Pulau Pinang dijangka tidak dapat dilaksana tahun ini - Saarani
Pelaksanaan Projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak (SPRWTS) ke Pulau Pinang dijangka tidak dapat dilakukan pada tahun ini.