ALOR SETAR: Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Hashim Jahaya meninggal dunia di kediamannya di Taman Suria dekat Pantai Johor di sini hari ini.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah Datuk Abdul Muthalib Harun berkata beliau dimaklumkan Hashim, 60, meninggal dunia kira-kira 2.30 pagi.
"Saya dalam perjalanan ke rumah Allahyarham pada 3 pagi tetapi telah dimaklumkan oleh seorang anaknya bahawa arwah telah meninggal dunia ketika sedang tidur. Allahyarham memang ada masalah buah pinggang dan sedang menjalani rawatan dialisis.
"Arwah buat rawatan sejak tahun lepas lagi tapi kebelakangan ini nampak kesihatannya makin merosot. Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah ketika majlis berbuka puasa pada 23 April lepas dan ketika itu dia masih sihat dan sempat berucap," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata Hashim yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah pada 2004 itu turut memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah.
"Sebagai ketua, arwah memang fokus pada kerja-kerja parti walaupun sibuk bekerja sebagai seorang peguam. Cara kerja arwah juga memang perlu dilaksanakan dengan mantap dan kami sedang membuat persiapan rapi untuk pilihan raya umum (PRU15) akan datang.
"Memang sedih dengan kehilangan Allahyarham tetapi kami semua reda. Kami akan teruskan legasi dan akan cuba memenuhi hasrat arwah yang ingin melihat UMNO menang balik di Parlimen Kuala Kedah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 07 2022
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah Datuk Abdul Muthalib Harun berkata beliau dimaklumkan Hashim, 60, meninggal dunia kira-kira 2.30 pagi.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Pemimpin UMNO Kedah Hashim Jahaya meninggal dunia
Hashim, 60, meninggal dunia kira-kira 2.30 pagi.