KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa semua pemimpin negara-negara Islam bertindak sekarang bagi melindungi serta membebaskan penduduk Palestin dan Baitulmaqdis.
Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata mereka tidak seharusnya berhenti selepas melontarkan kata-kata berbaur kebimbangan dan kecaman terhadap serangan tidak berperikemanusiaan ke atas Baitulmaqdis, Al Aqsa dan Gaza oleh Israel.
"Setiap hari bahkan setiap minit kelewatan anda bertindak bermakna akan terdapat kehilangan nyawa di Gaza serta Tebing Barat dan yang paling teruk ialah martabat Al Aqsa yang suci akan musnah habis," menurutnya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata selama lebih 70 tahun penduduk Palestin terpaksa berdepan tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan dinafikan hak paling asas untuk meneruskan kehidupan.
Katanya penduduk Palestin telah dilayan seperti penjenayah hanya kerana mereka beragama Islam.
Mohd Azmi berkata tunjuk perasaan dan kebencian mendalam beberapa cendekiawan bukan Islam serta aktivis hak asasi manusia yang kini menzahirkan keberangan mereka dengan bertindak turun ke jalanan bagi membantah serangan pengecut Israel serta pembunuhan orang awam di Gaza telah memalukan pemimpin negara-negara Islam kerana gagal bertindak.
Katanya semoga hari pertama pada Syawal ini akan menjadi titik permulaan kepada kebangkitan dan menghidupkan semula semangat Ramadan-Badar umat Islam di seluruh dunia dalam mendepani musuh jahat ummah.
Ketika dihubungi, beliau turut melahirkan rasa kecewa atas sikap Amerika Syarikat yang menganggap serangan Israel terhadap Gaza sebagai 'hak Israel untuk mempertahankan diri.'
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 13 2021
![Pemimpin negara Islam perlu lindungi Palestin - MAPIM Pemimpin negara Islam perlu lindungi Palestin - MAPIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81620926063_IsraeliPalestinian.jpg)
Seorang lelaki Palestin berjalan di kawasan bangunan kedai yang musnah susulan serangan udara Israel di Gaza, 13 Mei, 2021. REUTERS
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Perhimpunan Sejuta Rakyat Untuk Palestin dirancang Februari depan Perhimpunan Sejuta Rakyat Untuk Palestin dirancang Februari depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698251891_TBMohdAzmi.jpg)
Perhimpunan Sejuta Rakyat Untuk Palestin dirancang Februari depan
Satu perhimpunan gergasi sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin dirancang untuk diadakan di Kuala Lumpur pada 24 Feb depan dengan sasaran kehadiran sejuta peserta.
![10 terbunuh dalam serangan Boko Haram 10 terbunuh dalam serangan Boko Haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695627523_mayat.jpg)
10 terbunuh dalam serangan Boko Haram
Organisasi pengganas itu menyasarkan pekerja di ladang, dengan sembilan lagi mangsa diculik.
![Pemimpin negara Islam perlu lindungi Palestin - MAPIM Pemimpin negara Islam perlu lindungi Palestin - MAPIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81620926063_IsraeliPalestinian.jpg)
Pemimpin negara Islam perlu lindungi Palestin - MAPIM
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa semua pemimpin negara-negara Islam bertindak sekarang bagi melindungi serta membebaskan penduduk Palestin dan Baitulmaqdis.