Kerajaan disaran agar memberi ruang kepada pemimpin muda untuk berada dalam pentadbiran agar ia selari dengan hasrat Wawasan 2020 kelak.
Presiden Majlis Belia Felda Malaysia, Anuar Manap melihat kerajaan juga perlu menitikberatkan soal-soal yang menjadi keutamaan rakyat negara ini dalam sudut ekonomi, pendidikan dan yang lebih utama menzahirkan masyarakat yang punya mentaliti kelas pertama.
Anuar berkata, beliau optimis wawasan itu akan dapat dicapai jika beberapa perkara utama seperti masalah ekonomi dan kejatuhan harga komoditi dapat diselesaikan.
"Saya optimis jika sekiranya ekonomi kembali pulih menjelang pertengahan atau hujung tahun ini, dan harga komoditi akan kembali kepada keadaan yang memberikan kesan yang cukup besar kepada negara kita termasuklah minyak, sawit dan juga getah.
"Wawasan 2020 ini kalaupun kita tidak boleh mencapainya pada tahun 2020, mungkin kita boleh mencapainya pada tahun 2025," katanya kepada Astro AWANI.
Namun jelasnya jika pemikiran rakyat masih berada di takuk lama dengan tidak bersedia menerima sebarang pembaharuan maka hasrat wawasan untuk menjadi negara maju tersebut tidak akan tercapai.
Katanya untuk memastikan kesediaan minda kalangan muda berumur 45 tahun ke bawah, usaha menyeimbangkan aliran akademik dan kemahiran adalah perlu.
Ini menurutnya bagi mengelakkan lambakan golongan akademik dan pekerja mahir.
"Persediaan dari sudut minda itu penting tetapi akademik dan kemahiran perlu diseimbangkan. Tidak terlalu ramai yang mahir dalam bidang akademik tapi kita kekurangan mereka yang ada kemahiran. Ketidakseimbangan itu sedang berlaku dalam negara kita," katanya.
Cara yang lebih tuntas jelasnya adalah dengan meletakkan pemimpin muda dalam pentadbiran kerajaan yang sememangnya membesar dengan hasrat tersebut.
"Kalau bukan orang muda yang diberi peluang, siapa lagi, saya kira untuk menghadapi generasi muda menjelang tahun 2020 dan seterusnya,
"Generasi muda sekarang ini perlu diberi peluang untuk diletakkan dalam pentadbiran kerajaan dan diperluaskan lagi skop mereka, walaupun duduk dalam kerajaan tetapi juga diletakkan dalam tempat antara pembuat keputusan.
"Dalam bidang politik mereka in perlu diberikan tempat di dalam GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan), melalui jawatan-jawatan tertentu yang boleh memberikan kesan dan keputusan untuk orang muda menjelang 2020," katanya.
Tambah Anuar yang juga Ahli Parlimen Sekijang, salah satu objektif Wawasan 2020 yang dilihat masih terlalu jauh untuk dicapai adalah dari sudut keseimbangan ekonomi antara Bumiputera dan bukan Bumiputera.
Agenda Bumiputera yang diletakkan dalam Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) baru-baru ini menjadi salah satu usaha yang cuba digerakkan kerajaan dalam mengatasi perkara itu namun ia memerlukan masa yang panjang untuk direalisasikan, katanya.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Sun Feb 28 2016
![Pemimpin muda perlu diberi peluang jayakan Wawasan 2020 Pemimpin muda perlu diberi peluang jayakan Wawasan 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/51445227227_MerdekaDataran.jpg)
Demi memastikan kesediaan minda kalangan muda berumur 45 tahun ke bawah, usaha menyeimbangkan aliran akademik dan kemahiran adalah perlu. - Gambar hiasan/AFP
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Pemimpin muda perlu diberi peluang jayakan Wawasan 2020 Pemimpin muda perlu diberi peluang jayakan Wawasan 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/51445227227_MerdekaDataran.jpg)
Pemimpin muda perlu diberi peluang jayakan Wawasan 2020
Kerajaan juga perlu menitikberatkan hal ekonomi, pendidikan dan yang lebih utama menzahirkan masyarakat yang punya mentaliti kelas pertama.
!['Masyarakat luar bandar resah kejatuhan harga komoditi' - Anuar 'Masyarakat luar bandar resah kejatuhan harga komoditi' - Anuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/61444307493_AnuarManap.jpg)
'Masyarakat luar bandar resah kejatuhan harga komoditi' - Anuar
Kerajaan perlu memahami keresahan masyarakat luar bandar yang kini mengalami tekanan akibat kejatuhan harga komoditi.