Selepas mengadakan siri mesyuarat penting, pemimpin ASEAN dan rakan dialognya beristirahat dengan menyaksikan persembahan gilang gemilang dan menikmati hidangan enak pada majlis makan malam gala dihoskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Para pemimpin hadir pada majlis itu yang dianjurkan bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan oleh Malaysia selaku pengerusi perkumpulan serantau itu bagi 2015, kelihatan segak dan anggun memakai baju songket Malaysia, termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Perdana Menteri India Narendra Modi dan Presiden Korea Selatan Park Geun-hye.
Di samping hidangan makanan barat, majlis makan malam itu turut menjamu satu daripada makanan terkenal Malaysia, sate, yang dipilih sendiri oleh Najib yang didatangkan khas dari Raub, Pahang.
Beroperasi di depan Hospital Raub, 'Satay Pak Harun' yang tersohor itu, telah diperkenalkan kepada Najib oleh Sultan of Pahang Sultan Ahmad Shah.
"Dalam satu majlis di kediaman Perdana Menteri, Sultan Pahang membawa sate kami dan sejak itu Perdana Menteri sering memesan sate kami untuk majlis-majlis di Kementerian Kewangan," kata pengusaha sate itu, Harun Mat Akhir, 68, kepada Bernama.
Beliau menyediakan lebih 1,000 cucuk sate ayam dan daging bagi majlis makan malam itu.
Semasa menikmati hidangan enak disediakan pasukan kulinari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), tetamu kehormat dihiburkan dengan persembahan lagu-lagu era P. Ramlee dan pelbagai persembahan kebudayaan.
Medley lagu patriotik 'Tanah Pusaka' dan 'Standing In The Eyes Of The World' dipersembahkan sebaik sahaja majlis bermula yang berjaya memukau hadirin.
Ini disusuli dengan persembahan tiupan saksofon lagu-lagu terkenal P. Ramlee - Getaran Jiwa, Kwek Mambo, Tiru Macam Saya dan Menceceh Bujang Lapok - yang turut dipilih secara peribadi oleh Najib.
Majlis turut diserikan dengan persembahan medley lagu pelbagai kaum diMalaysia serta persembahan kebudayaan mewakili semua 10 negara anggota ASEAN serta persembahan 'ala broadway" mengenai Rakan Dialog ASEAN.
Tidak ketinggalan membuat persembahan menarik ialah anak-anak berbakat Permata Seni dengan lagu "Heal The World" dan diakhiri dengan nyanyian lagu "Ain't No Mountain High Enough" dan "One" (lagu tema ASEAN 2015) oleh kesemua 429 peserta persembahan.
Dalam ucapan ringkas pada majlis itu, Najib memuji semua pemimpin yang kelihatan begitu segak dan anggun memakai baju songket yang direka khas untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan.
"Saya rasa saya mahu mulakan fesyen baharu di Malaysia," katanya secara berseloroh dan penuh ceria.
Perdana Menteri turut mengambil perhatian bahawa ASEAN bukan sahaja relevan bagi rantau ini tetapi juga semakin penting kepada dunia.
Bernama
Sun Nov 22 2015
Presiden Indonesia, Joko Widodo (lima dari kiri) antara pemimpin ASEAN yang kelihatan segak berkemeja songket pada majlis makan malam gala dihoskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri. - Foto Bernama
AWANI Borneo [26/11/2024] – Amanah, berintegriti | Isu tular | Permohonan kerakyatan
AWANI Borneo bersama Nickyson Nyambar
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
Menteri Kesihatan luah rasa sebak dengar perbahasan Ahli Parlimen hari ini
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad meluahkan rasa sebak ketika berucap selepas mendengar semua perbahasan Ahli-ahli Parlimen yang melibatkan ketanggungjawaban kementerian dibawahnya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Polis selamatkan remaja perempuan diculik sekumpulan individu
Polis melakukan serbuan di sebuah pangsapuri di Seksyen 7 pada 11 malam, 18 Nov dan menemukan mangsa dalam keadaan selamat.
MINTRED salur bantuan RM193 juta buat usahawan tempatan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM193 juta kepada 8,900 usahawan tempatan sejak 2021 bagi meningkatkan kebolehan perniagaan agar lebih berdaya saing.
Pendaftaran perkara 15A kini dilakukan lebih awal - Fatimah
Tahap kesedaran dalam kalangan ibu bapa untuk permohonan kerakyatan bagi anak tidak sah taraf, anak angkat serta anak jagaan kini menunjukkan peningkatan selepas data menunjukkan ia dilakukan lebih awal.
Peluang kerjasama, pelaburan dan pembuatan terjalin di antara Sabah-China
Hubungan di antara Sabah-China diperkukuhkan menerusi Sidang Kemuncak Perniagaan Malaysia-Sabah-China dengan banyak peluang kerjasama baharu terjalin.
DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil tindakan segera mengatasi masalah isu sampah selepas seorang pelancong warga eropah memuat naik video menampakkan keadaan kawasan perairan Jesselton Point terjejas dengan sisa plastik.
Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri
Badan-badan berkanun dan syarikat kerajaan negeri (GLC) negeri digesa menyokong aspirasi kerajaan membangunkan ekonomi negeri secara holistik sekali gus menyumbang kepada hasil kerajaan negeri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Lawatan PM Anwar kukuh perkongsian global Malaysia di sebalik ketidaktentuan geopolitik
Chong berkata usaha Anwar untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia wajar dihargai.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut walaupun kebimbangan meningkat terhadap perkembangan geopolitik di Ukraine, kata penganalisis.
Sektor pengangkutan pemacu utama peluang kerja, pertumbuhan ASEAN - TPM Fadillah
Sektor pengangkutan muncul sebagai pemacu utama penciptaan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi di rantau ASEAN, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
PM Anwar selamat tiba di tanah air selepas lawatan ke empat negara
Dalam lawatan empat negara tersebut, Anwar turut bertemu pemimpin dunia serta menyatakan komitmen Malaysia dalam memacu pertumbuhan mampan termasuk semasa menjadi Pengerusi ASEAN 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.