Pemilikan syarikat media oleh parti politik harus dielak bagi menghalang laporan salah dan membantu memupuk kebertanggungjawaban akhbar.
Namun, menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, perkara itu perlu diputuskan kerajaan terlebih dahulu.
“Pendirian saya adalah kita harus mengelakkan pemilikan media oleh parti-parti politik.
"Tetapi sudah tentu keputusan untuk mengharamkannya mesti diputuskan oleh kerajaan," kata Gobind sambil menambah bahawa beliau terbuka untuk berbincang dengan pihak berkepentingan berkenaan perkara itu.
Dalam pada itu, Gobind berkata kementeriannya akan mencadangkan pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) 1998 untuk mengetatkan beberapa peruntukan dalam undang-undang yang disifatkan terlalu meluas.
"Seksyen 233, sebagai contoh, mengatakan bahawa adalah satu jenayah untuk menyebarkan bahan yang dianggap menyinggung perasaan, tetapi apa yang menyinggung dan pihak mana yang tersinggung?
"Itu boleh dibahaskan dan tidak jelas," kata Gobind.
Ahli Parlimen Puchong itu bercakap pada forum 'Think Media Malaysia 2018' yang dianjurkan oleh Google Malaysia pada Isnin.
Azyyati Ahmad
Mon Aug 20 2018

Gobind Singh Deo berkata kementeriannya akan mencadangkan pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) 1998.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Usaha perkemas Akta Komunikasi dan Multimedia, kekurangan RMM tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) meminta Menteri Komunikasi menyatakan pelan untuk mengkaji dan memperkemas Seksyen 233.

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan diteliti semula - Fahmi
Kerajaan secara dasar bersetuju untuk meneliti semula Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, untuk ditambah baik dan diperkemaskan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

KKD jangka bentang pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia di Parlimen awal tahun depan
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dijangka membentangkan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia di Parlimen, awal tahun hadapan.

MCMC berpegang teguh kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
MCMC menekankan bahawa suruhajaya itu memainkan peranan yang amat penting sebagai badan kawal selia industri komunikasi dan multimedia di Malaysia.

Kebebasan media: Beberapa akta perlu dilihat semula - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru supaya undang-undang seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dilihat semula.

Isu CTPPP, bantuan bencana antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Datuk Anyi Ngau minta Perdana Menteri menyatakan jenis dan nilai bantuan yang disalurkan kepada mangsa bencana alam ketika ini.

Akta Komunikasi dan Multimedia diteliti selaras penubuhan pasukan banteras pornografi kanak-kanak
Ia dibincangkan bersama Kabinet yang setuju beberapa undang-undang perlu diteliti semula dalam usaha melindungi kanak-kanak dan wanita.

Kandungan media sosial: Teliti tambah baik akta - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang membuat penelitian bagi menambah baik akta sedia ada, supaya tindakan dapat diambil kepada kandungan yang menyalahgunakan media sosial.

Padah ugut rempuh SJR, wanita hina polis ditahan
Suspek yang menggunakan nama Diana Mat itu menujukan kata-kata tersebut kepada petugas SJR di Putrajaya.

Pendidikan dan penguatkuasaan penting untuk hapus cetak rompak - Hatta Azad Khan
Menurut Dr Hatta dengan mendidik masyarakat awam akan lebih memahami kesan dari membeli barangan cetak rompak.