Tanggungjawab untuk mengambus semula lokasi lombong bauksit terbiar perlu digalas oleh pemilik tanah dan bukannya terletak di bahu kerajaan negeri, menurut seorang pengamal undang-undang.
Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar berkata keengganan atau kegagalan pemilik tanah berbuat demikian boleh menyebabkan mereka dipertangggungjawabkan jika berlaku kejadian tidak diingini di lombong itu.
Peringatan itu diberi susulan tragedi lemas yang mengorbankan tiga kanak-kanak iaitu Nureen Ain Juwita Mohd Sharif, 10, dan dua beradik Salsabila Zuhairi, 12, serta Mahathir Mohamad, 7, di kawasan bekas perlombongan bauksit di Taman Sungai Karang Jaya, di sini, 4 Feb lepas.
"Kolam air merupakan tempat yang menarik minat kanak-kanak dan jika ia diceroboh, maka tuan punya tanah bertanggungjawab jika tidak mengambil langkah pencegahan yang sepatutnya," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
"Perkara ini dinyatakan dalam kes Ryland melawan Fletcher yang antara lainnya menyebut dalam kes kanak-kanak yang merayau di sesuatu kawasan tanpa kebenaran maka pemilik tanah mempunyai kewajipan untuk memastikan harta mereka adalah selamat.
"Logik di sebalik pengecualian ini adalah kanak-kanak kadang-kadang naif tentang bahaya di sesuatu kawasan...sebenarnya terdedah kepada situasi bahaya seperti kolam renang, perigi terbiar atau jentera berat," katanya.
Syed Azimal berkata demikian semasa diminta mengulas pelaksanaan titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang dikeluarkan sebanyak dua kali supaya lombong bauksit terbiar, khususnya berhampiran dengan kawasan penduduk dikambus agar kejadian sama tidak berulang.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Andansura Rabu sebelum ini melaporkan terdapat sekurang-kurangnya lima lombong bauksit yang berisiko menjadi 'perangkap maut' di kawasan perumahan dan kampung tradisi di sekitar Beserah.
Syed Azimal berkata, kerajaan sendiri telah menyatakan bahawa aktiviti perlombongan itu berlaku di tanah persendirian dan seharusnya pemilik tanah memohon lesen di bawah Seksyen 17 Enakmen Mineral 2001 (Pahang).
"Di bawah Seksyen 18 enakmen sama, pengarah boleh meluluskan (permohonan itu). Tapi tiada permohonan bermaksud tiada kelulusan diberi dan perlombongan itu tidak terikat dengan syarat-syarat oleh pihak berkuasa.
"Ini menguatkan lagi hujah bahawa pemilik tanah yang menjalankan aktiviti perlombongan itu secara haram seharusnya bertanggungjawab kepada mereka di sekelilingnya kerana cuai," katanya.
Bagaimanapun, Syed Azimal berkata pihak berkuasa juga boleh dipertanggungjawabkan dalam isu perlombongan mineral ini jika tidak mengambil tindakan terhadap aktiviti melombong tanpa kelulusan.
"Kegagalan mengambil tindakan terhadap pelombong haram adalah satu kecuaian bagi pihak yang berkuasa kerana mereka boleh mengambil tindakan terhadap tuan punya tanah yang menjalankan aktiviti melombong secara haram.
Misalnya, katanya, Pejabat Tanah dan Galian perlu membuat pemantauan, mengeluarkan notis atau mengambil tindakan menyita terhadap pemilik tanah atau pengusaha lombong yang menjalankan aktiviti secara haram.
Justeru, Syed Azimal berpendapat adalah tidak wajar jika kesalahan itu diletakkan di bahu kerajaan negeri sepenuhnya memandangkan aktiviti perlombongan itu tidak berlaku di tanah kerajaan.
Sementara itu, Pengerusi Gerakan Rakyat Hentikan Pencemaran Bauksit (Geram), Ali Akbar Othman meminta supaya pihak berkuasa lebih agresif dalam menjejak pemilik tanah lombong itu dan lombong haram yang lain supaya titah Tengku Abdullah dapat dilaksanakan segera.
Katanya, setakat semalam, masih tiada pihak berwajib yang tampil bagi mengambus lombong bauksit sekitar Kuantan termasuk di Taman Sungai Karang, menyebabkan penduduk mengambil inisiatif sendiri mengeringkan lombong itu dengan membuat longkang sementara.
"(Masing-masing) lepas tangan sedangkan masa dapat duit, aktiviti berjalan, sibuk mengaku lombong mereka...tapi sekarang bila berlaku kejadian begini, semua senyap dan tidak tampil ke depan. Bersikap baling batu sembunyi tangan," katanya.
Ali Akbar juga berharap tempoh moratorium yang sepatutnya tamat pada 31 Mac depan, dilanjutkan lagi sehingga aktiviti itu benar-benar mematuhi peraturan, terjamin keselamatan dan tidak menyusahkan rutin masyarakat setempat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 15 2017
Lombong bauksit terbiar perlu dikambus bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. - Gambar fail
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Pemilik tanah bertanggungjawab kambus lombong bauksit
Tanggungjawab untuk mengambus semula lokasi lombong bauksit terbiar perlu digalas oleh pemilik tanah dan bukannya terletak di bahu kerajaan negeri.