KUALA LUMPUR: Seorang pemilik syarikat elektrik dan elektronik didenda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menggunakan dokumen palsu dalam borang pengesahan pekerja bagi memperoleh bayaran di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) berjumlah RM63,500, dua tahun lepas.
Hakim Suzana Hussin menjatuhkan hukuman itu terhadap Raymond Sim, 35, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah terhadap dua pertuduhan pilihan itu pada prosiding hari ini yang ditetapkan untuk pengurusan kes.
Mahkamah turut memerintahkan Sim menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda itu.
Sim didakwa atas dua pertuduhan menggunakan dokumen palsu membabitkan borang pengesahan pekerja atas nama dua syarikat iaitu Fireshot Marketing Sdn Bhd dan Minbot Sdn Bhd bertarikh 29 Mei dan 1 Jun 2021 yang mengandungi nama pekerja baharu sedangkan senarai pekerja yang dinamakan dalam dokumen itu bukan pekerja dua syarikat berkenaan.
Ia bagi memperoleh bayaran di bawah peruntukan Penjana, masing-masing berjumlah RM46,000 dan RM17,500 untuk melaksanakan Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Program Latihan.
Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di pejabat Perkeso di Kuala Lumpur dan Putrajaya antara 3 Jun dan 10 Jun 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Bagaimanapun, 10 lagi pertuduhan pilihan membabitkan dokumen palsu yang dihadapi Sim sebelum ini dipertimbangkan di bawah Seksyen 171A Kanun Tatacara Jenayah.
Timbalan Pendakwa Raya Irna Julieza Maaras memohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh mengambil kira jumlah kerugian yang dialami Perkeso adalah agak besar.
Peguam Reuben Ong memohon hukuman ringan dengan alasan anak guamnya perlu menanggung isteri dan seorang anak Orang Kurang Upaya yang mempunyai masalah kesihatan serta ibu bapa yang tinggal bersamanya.
"Anak guam saya telah insaf dan dia perlu menanggung kos rawatan anaknya di hospital," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 25 2023
![Pemilik syarikat guna dokumen palsu untuk tuntut bayaran Penjana didenda RM80,000 Pemilik syarikat guna dokumen palsu untuk tuntut bayaran Penjana didenda RM80,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690273184_TBRAYMONDMAHKAMAH.jpg)
Raymond Sim (kiri) didenda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menggunakan dokumen palsu dalam borang pengesahan pekerja bagi memperoleh bayaran di bawah Penjana berjumlah RM63,500, dua tahun lepas. - Foto BERNAMA
Tujuh orang maut, empat hilang dalam insiden letupan gas
Anggaran seramai tujuh orang maut manakala empat orang lagi dikhuatiri hilang dalam insiden letupan gas di Venezuela pada Selasa.
Suspek bertopeng cederakan orang awam diberkas
Seorang lelaki berusia 18 tahun berjaya diberkas oleh pihak polis pada selasa.
Suspek dipercayai adalah dalang utama dalam kejadian serangan bersenjatakan pisau yang berlaku di Bandar Eskisehir.
Suspek dipercayai adalah dalang utama dalam kejadian serangan bersenjatakan pisau yang berlaku di Bandar Eskisehir.
Mahkamah failkan siasatan pembunuhan terhadap Sheikh Hasina
Sebuah mahkamah di Bangladesh hari ini membuka siasatan berkaitan pembunuhan terhadap bekas Perdana Menteri yang digulingkan, Sheikh Hasina dan enam lagi tokoh tertinggi dalam pentadbirannya berhubung insiden seorang lelaki yang ditembak mati anggota polis dalam satu demonstrasi bulan lalu.
1,200 pendatang Yahudi serbu Masjid Al-Aqsa
Pendatang Yahudi menyerbu kawasan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang diduduki di bawah perlindungan polis Israel pada pagi Selasa.
PBB kutuk keras serangan Israel ke atas Sekolah al-Tabin
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin,mengutuk tindakan regim Israel yang menyerang sekolah Al-Tabin di bandar Gaza pada 10 Ogos lepas.
Menerap peranan teknologi, AI dalam aspek kelestarian
Cabaran iklim saban hari yang membimbangkan memerlukan usaha holistik pelbagai pihak termasuk memastikan kecanggihan teknologi yang ada diguna pakai.
Bekas KPN sahkan anak saya tidak ditahan pihak berkuasa Singapura - Guan Eng
Lim Guan Eng berkata, dakwaan anak lelakinya ditahan di Lapangan Terbang Changi di Singapura empat tahun lepas, yang disebarkan oleh penulis blog "Papagomo" dinafikan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.
![Polis tahan lelaki mengamuk, bawa pisau pemotong daging Polis tahan lelaki mengamuk, bawa pisau pemotong daging](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722940302_handcuff.jpg)
Polis tahan lelaki mengamuk, bawa pisau pemotong daging
Polis hari ini menahan seorang lelaki yang mengamuk dan membawa sebilah pisau pemotong daging di Dataran Keretapi Tanah Melayu Berhad.
Tipu jual beli lot tanah, 'Siti Aisyah' ditahan lagi
Kegiatan seorang wanita melakukan penipuan jual beli lot tanah dengan mengiklankannya secara pecah lot hingga membabitkan kerugian RM547,650 terbongkar selepas ditahan polis.
Tahap pengurusan akan dipertingkat - PM Anwar
Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Ke-6 Tahun 2024 hari ini bersetuju dengan beberapa langkah bagi meningkatkan tahap pengurusan rantaian bekalan yang kukuh, berdaya tahan dan responsif kepada gangguan.
![Pemilik syarikat guna dokumen palsu untuk tuntut bayaran Penjana didenda RM80,000 Pemilik syarikat guna dokumen palsu untuk tuntut bayaran Penjana didenda RM80,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690273184_TBRAYMONDMAHKAMAH.jpg)
Pemilik syarikat guna dokumen palsu untuk tuntut bayaran Penjana didenda RM80,000
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda itu.