Seorang pemilik pub warga Myanmar adalah antara 190 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan pada hari pertama operasi bersepadu memburu PATI yang menjalankan perniagaan menggunakan lesen
perniagaan milik rakyat tempatan.
Dalam operasi dua jam bermula kira-kira 7 malam Sabtu, pihak berkuasa menahan 81 warga Myanmar diikuti warga Bangladesh (52), Nepal (28), Indonesia (15), India (4), Pakistan (3), masing-masing dua orang warga Sri Lanka, Palestin dan Filipina serta Vietnam (1).
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata 500 warga asing telah diperiksa dalam operasi fasa kedua itu dan daripada jumlah itu, sebanyak 190 termasuk 17 wanita didapati tidak mempunyai dokumen sah dan berniaga di premis milik warga tempatan.
"Kita turut menahan tiga majikan iaitu dua wanita tempatan yang mempunyai premis perniagaan (yang menggajikan PATI) dan seorang warga Myanmar pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) yang didapati menjalankan perniagaan pub," katanya.
Beliau memberitahu pemberita demikian selepas operasi itu dilakukan di restoran, gerai, kedai menjual peralatan telefon bimbit dan kedai ubat di sekitar Jalan Silang di sini.
Operasi hari pertama itu melibatkan 195 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Ahmad Zahid berkata operasi fasa kedua memberi tumpuan terhadap PATI yang menjalankan perniagaan atau digajikan untuk menjaga premis perniagaan serta majikan yang menggaji PATI.
"Tahap (fasa) pertama sebelum ini melibatkan 915 lokasi operasi dengan tangkapan 6,293 PATI dan majikan seramai 69 orang. Daripada jumlah tangkapan itu, sebanyak 6,116 PATI telah diusir," katanya.
Menurutnya operasi kedua itu akan diteruskan di seluruh negara dengan lokasi tumpuan ialah premis perniagaan seperti gerai dan restoran.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memastikan lesen perniagaan tempatan diusahakan sendiri dan tidak disalah guna dalam usaha mengekang aktiviti perniagaan melibatkan warga asing, yang semakin berleluasa.
"Memang penguatkuasaan di bawah KDN dan Jabatan Imigresen tetapi kelulusan lesen adalah di bawah PBT. PBT perlu bekerjasama dengan KDN untuk membanteras salah guna lesen dalam kalangan majikan tempatan yang menggunakan PATI untuk berniaga," kata Ahmad Zahid.
Beliau juga berkata operasi penguatkuasaan bersepadu 6P Fasa 3 pula akan dilakukan dengan tumpuan khusus di pusat hiburan, rumah urut dan spa.
Bernama
Sun Mar 02 2014
-gambarfail
Kerajaan Australia batal cadangan undang-undang kawal maklumat salah
Kerajaan Australia secara rasmi menolak cadangan undang-undang yang akan mewajibkan syarikat media sosial untuk mengawal maklumat salah dan palsu di platform mereka.
Lebih 1,000 doktor, jururawat terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Tentera Israel didakwa menyasarkan hospital sebagai sebahagian rancangan terancang untuk meruntuhkan sistem penjagaan kesihatan di Gaza.
Penambahbaikan birokrasi kurangkan kos projek pembangunan
Penambahbaikan birokrasi melalui Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) mampu mengurangkan kos dalam pelaksanaan sesuatu projek pembangunan.
Tumpuan Isnin – 25 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (24 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Alam sekitar: Kita ada wang yang banyak tapi dibazirkan untuk perang
Goodall berkata, beliau kecewa dan marah dengan situasi ketika ini, di mana wang dilaburkan dalam perang yang berleluasa, dan isu alam sekitar seolah-olah disisihkan.
“Ahmad Nawab mentor saya” - Datuk Ramli MS
Beliau menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor beliau, banyak perkara dipelajari sejak mereka mula bekerja bersama kira-kira empat dekad lepas.
Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - PM Anwar
Pemergian Seniman Negara Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan atau Ahmad Nawab adalah satu kehilangan buat industri muzik negara dan Allahyarham akan dikenang sebagai legenda yang tiada galang ganti.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pasangan kekasih ditahan cuba seludup lapan warga Myanmar
Sepasang kekasih ditahan ketika dipercayai cuba menyeludup lapan warga Myanmar dengan menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM 5.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Kayu Hitam pada Ahad
Pemilik pub Myanmar antara 190 PATI ditahan dalam Ops Bersepadu Fasa 2
Seorang pemilik pub warga Myanmar adalah antara 190 pendatang asing tanpa izin yang ditahan pada hari pertama operasi bersepadu.