IPOH: Seorang pemilik kedai kopi terkenal di sini yang dilaporkan hilang selepas keluar dari kedainya di Jalan Sultan Iskandar di sini Ahad lepas, ditemukan berhampiran lokasi itu semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata Kamarudin Daud, 58, ditemukan anak angkatnya yang kemudian menghubungi pengadu iaitu menantu lelakinya kira-kira 5 petang.
Beliau berkata pada hari kejadian, Kamarudin telah berjalan kaki ke tepi Sungai Kinta kerana tiada arah tujuan, mula terfikir untuk mencari ketenangan dengan beribadat dan mendapat idea untuk pergi ke Pulau Pinang.
"Beliau kemudian pergi ke Pulau Pinang dengan menaiki tren dari stesen Ipoh pada 4.08 petang ke Butterworth lalu ke Georgetown dan menginap di hotel.
"Pada hari Isnin hingga semalam, beliau menginap di hotel yang sama dan pada siang harinya hanya berada di masjid sekitar kawasan hotel sebelum menaiki feri dari Georgetown ke Butterworth untuk mendapatkan tren bagi perjalanan balik ke Ipoh," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
BACA: Pemilik kedai kopi terkenal di Ipoh dilaporkan hilang
Yahaya berkata sebaik tiba di Ipoh kira-kira 2.30 petang, Kamarudin terus pergi ke Masjid Panglima Kinta untuk mendirikan solat zuhur dan berjalan serta duduk di kerusi hadapan sebuah hotel di Jalan Sultan Iskandar sebelum ditemukan.
Katanya, hasil temu bual bersama lelaki itu mendapati tiada motif khusus beliau menghilangkan diri dan hanya ingin mencari ketenangan dengan cara bersendirian.
Kamarudin sebelum ini dilaporkan kali terakhir dilihat ketika keluar dari kedai kopi miliknya kira-kira 9.20 pagi Ahad.
Menurut laporan polis daripada menantu lelakinya berusia 26 tahun, bapa mentuanya keluar dengan membawa barang peribadi dan sebuah beg dan tidak balik ke kedai serta rumah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 25 2022
Hasil temu bual polis bersama Kamarudin mendapati, tiada motif khusus dia menghilangkan diri dan hanya ingin mencari ketenangan dengan cara bersendirian.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Pemilik kedai kopi sudah ditemukan
Kamarudin ditemukan anak angkatnya yang kemudian menghubungi pengadu iaitu menantu lelakinya kira-kira 5 petang.