CHUKAI: Polis mempelawa pemilik kamera papan pemuka atau 'dashcam' agar tampil menjadi saksi untuk setiap kes kemalangan atau samseng jalan raya bagi membantu kelancaran Op Selamat 21 sempena Tahun Baharu Cina ini.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata kerjasama tersebut akan memudahkan siasatan pihak polis terhadap setiap laporan kemalangan yang diterima sepanjang operasi tersebut dilaksanakan.
"Dengan pendekatan ini semua pemilik dashcam akan menjadi mata-mata awam kepada semua agensi penguatkuasaan," katanya di sini hari ini.
Terdahulu, beliau memaklumkan seorang lelaki tempatan yang memandu secara berbahaya di jambatan berdekatan Taman Alam Perdana, Jalan Air Putih, di sini seperti dalam sebuah rakaman video dashcam yang tular telah ditahan pihaknya pada 12 tengah hari tadi.
Beliau berkata rakaman tersebut membantu siasatan polis mendapatkan waktu kejadian yang tepat, iaitu pada 8.15 pagi, 8 Feb lepas.
"Suspek berusia lingkungan 30-an kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Permohonan reman akan dibuat pada esok dan ujian air kencing sedang dijalankan pihak polis," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 12 2024

Kerjasama tersebut akan memudahkan siasatan pihak polis terhadap setiap laporan kemalangan yang diterima sepanjang operasi tersebut dilaksanakan. -Gambar hiasan
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.
Mangsa banjir di sabah meningkat kepada 4,555 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,555 orang daripada 1,493 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 4,159 orang daripada 1,362 keluarga pada 4 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Dua tertuduh dakwa dipaksa buat pengakuan
Dua tertuduh dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan atau dikenali sebagai Ijat, memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa mereka telah dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.
Leraikan pergaduhan, pengawal keselamatan dilanggar kereta
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.
[TERKINI] Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Platform media sosial milik jutawan teknologi Elon Musk, X berdepan gangguan di beberapa bahagian dunia, termasuk malaysia, pada Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.

Pemilik 'dashcam' diminta tampil jadi saksi bantu siasatan polis
Kerjasama itu akan memudahkan siasatan polis terhadap setiap laporan kemalangan yang diterima sepanjang operasi dilaksanakan.