Pemilik butik perancang perkahwinan yang sebelum ini direman selama dua hari bermula Khamis lalu di Klang, ditahan semula petang semalam bagi membantu siasatan terhadap empat lagi laporan baharu yang dibuat ke atasnya di sini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata, wanita berusia 35 tahun itu ditahan pada kira-kira 2 petang semalam sebaik sahaja dibebaskan daripada tahanan reman oleh Jabatan Siasatan Jenayah IPD Shah Alam selepas pihaknya menerima empat laporan polis berhubung dakwaan menipu yang dikaitkan dengan suspek, melibatkan kerugian kira-kira RM20,000.
"Suspek bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis pada pukul 8 malam hari yang sama selepas selesai siasatan, pasport antarabangsanya turut ditahan sebagai langkah mengelakkan dia melarikan diri ke luar negara," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Korban sempena Hari Raya Aidiladha di sini hari ini.
Kata Shafien, siasatan awal pihaknya mendapati kebanyakan laporan polis ke atas pemilik butik perkahwinan itu dibuat oleh bakal pengantin yang telah membayar deposit kerana khuatir dengan perkhidmatan yang diberi.
Ini berikutan tularnya video yang menunjukkan pejabat butik berkenaan diserbu oleh pengantin yang tidak berpuas hati dengan khidmat yang diberi.
"Saya jangka lebih ramai pelanggan suspek akan membuat laporan polis untuk menuntut kembali deposit mereka," katanya.
Shafien berkata, pihaknya telah membuka satu kertas siasatan berhubung kes berkenaan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Pada 31 Ogos lalu, Mahkamah Majistret Klang mengeluarkan perintah reman selama dua hari sehingga semalam ke atas suspek bagi membantu siasatan kes penipuan pakej perkahwinan yang membabitkan kira-kira 100 pasangan dan bakal pengantin dengan kerugian dianggarkan bernilai kira-kira RM497,000.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 02 2017
ACP Shafien Mamat berkata, wanita berusia 35 tahun itu ditahan pada kira-kira 2 petang semalam.
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Gantz desak Netanyahu dedah perjanjian dengan Lubnan
Pemimpin pembangkang Israel Benny Gantz, mendesak Netanyahu mendedahkan butiran perjanjian gencatan senjata yang dilaporkan hampir dimeterai antara Israel dan Lubnan.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Biden, Macron dijangka umumkan gencatan Israel-Hezbollah
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Presiden Perancis Emmanuel Macron dijangka mengumumkan gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dalam tempoh 36 jam, kata empat sumber kanan Lubnan.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
NATO seru perniagaan bersedia untuk senario waktu perang
Pegawai kanan NATO menyeru syarikat perniagaan untuk bersiap sedia menghadapi senario waktu perang dengan menyesuaikan pengeluaran dan pengedaran bagi mengurangkan kerentanan terhadap ugutan dari Rusia dan China.
Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan NATO, Laksamana Rob Bauer dari Belanda, berkata memastikan perkhidmatan dan barangan penting tetap dihantar dalam apa jua keadaan adalah penting dalam usaha pencegahan NATO.
Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan NATO, Laksamana Rob Bauer dari Belanda, berkata memastikan perkhidmatan dan barangan penting tetap dihantar dalam apa jua keadaan adalah penting dalam usaha pencegahan NATO.
Lelaki Bangladesh pasang Jalur Gemilang terbalik dituduh Selasa
Suspek yang merupakan seorang lelaki berumur 30 tahun itu diberkas selepas kejadian tersebut tular menerusi satu kumpulan WhatsApp sebuah komuniti penduduk di daerah ini.
Polis berjaya rungkai kes tembak pemandu Gani Patail - Bukit Aman
Datuk Huzir Mohamed berkata antara yang ditahan termasuk dua daripada tiga suspek yang terlibat dengan kes itu, manakala penembak berusia 40-an masih diburu.
SPRM tahan empat individu termasuk seorang pegawai JPJ Selangor
Menurut sumber SPRM, suspek yang berumur 43 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Cawangan Klang, kira-kira 2 petang.
Pemilik butik pengantin ditahan kembali selepas tamat reman
Wanita berusia 35 tahun itu ditahan pada kira-kira 2 petang semalam sebaik sahaja dibebaskan daripada tahanan reman oleh Jabatan Siasatan Jenayah IPD Shah Alam.