Lima, termasuk Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin mengekalkan jawatan masing-masing apabila diumum menang tanpa bertanding hari ini.
Tiga lagi iaitu Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Badruddin Amiruldin, Pengerusi Tetap Pergerakan Wanita Umno Tan Sri Napsiah Omar dan Pengerusi Tetap Pergerakan Puteri Umno Azlieza Azizan turut mengekalkan jawatan masing-masing setelah tidak ada yang mencabar kedudukan mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Tan Sri Tajol Rosli Ghazali mengumumkan kemenangan mereka selepas tiada borang pencalonan lain diterima oleh ibu pejabat untuk bertanding kelima-lima jawatan itu, sehingga proses penyerahan borang pencalonan yang bermula 8 pagi, tamat 5 petang ini.
Beliau berkata senarai penuh calon yang bertanding akan disediakan pada hari Selasa dan pengumuman akan dibuat pada Rabu petang.
Selain lima yang menang tanpa bertanding, proses penyerahan borang pencalonan hari ini menyaksikan 256 individu lain akan bertanding pada pemilihan Umno peringkat pusat bulan depan, termasuk 73 orang bagi jawatan Majlis Tertinggi (MT), Pergerakan Wanita (52), Pemuda (94) dan Puteri (37).
Sementara itu, perebutan bagi jawatan naib presiden Umno menyaksikan tiga penyandang iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bakal ditentang dua 'orang lama' dan satu muka baharu berdasarkan penyerahan borang pencalonan hari ini.
Daripada tiga yang menghantar penyertaan, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, yang juga Menteri Besar Kedah, dilihat berpotensi menggugat kedudukan penyandang berbanding bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Ahmad Zahid kini menjadi Menteri Dalam Negeri manakala Hishammuddin dan Mohd Shafie masing-masing menerajui Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Dalam pada itu, 64 borang pencalonan untuk merebut 25 kerusi MT yang dipertandingkan, diterima selepas proses penyerahan borang pencalonan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berakhir.
Ia menyaksikan beberapa muka baharu menawarkan diri menjadi anggota MT, selain muka lama tampil untuk mempertahan jawatan termasuk tokoh yang membuat kemunculan semula pada pemilihan parti bulan depan.
Antara tokoh yang diketahui akan mempertahankan jawatan dalam MT ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Selain itu, anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin, Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan anggota Parlimen Rompin Datuk Seri Jamaluddin Jarjis.
Muka-muka baharu yang menawarkan diri untuk berada dalam MT antaranya Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) Datuk Shamsul Anuar Nasarah, anggota Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Menteri Besar Perlis Datuk Azlan Man.
Selain muka baharu dan penyandang, beberapa tokoh veteran Umno yang pernah menjadi anggota MT membuat kemunculan semula seperti bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Siti Zaharah Sulaiman dan Pengerusi Risda yang juga bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.
Bernama
Sat Sep 21 2013
![Pemilihan Umno: Lima diumum menang tanpa bertanding Pemilihan Umno: Lima diumum menang tanpa bertanding](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/41366454435_295x200.jpg)
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Air mata buka tirai Perhimpunan Agung UMNO 2019 Air mata buka tirai Perhimpunan Agung UMNO 2019](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/61575601518_TBUMNO.jpg)
Air mata buka tirai Perhimpunan Agung UMNO 2019
Beliau yang ketika itu masih kecil turut menyaksikan sendiri bagaimana Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mencari sumber kewangan untuk menuntut kemerdekaan di London.
![FAMA sasar RM200 juta eksport durian sejuk beku 2018 FAMA sasar RM200 juta eksport durian sejuk beku 2018](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/41512696818_durian.jpg)
FAMA sasar RM200 juta eksport durian sejuk beku 2018
Nilai itu berdasarkan jangkaan pasaran lebih meluas terutama di China dan Singapura dengan hasil promosi yang dipergiatkan serta jangkaan cuaca yang baik pada 2018.
![Naik taraf usahawan runcit ke AgroBazaar tingkat hasil jualan 60 peratus Naik taraf usahawan runcit ke AgroBazaar tingkat hasil jualan 60 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/61492679873_agrobazaar.jpg)
Naik taraf usahawan runcit ke AgroBazaar tingkat hasil jualan 60 peratus
Badruddin turut mengingatkan para usahawan peruncitan mengambil pendekatan untuk mewujudkan keceriaan premis jualan.
![Nilai jualan GBBS cecah RM28 juta seluruh negara Nilai jualan GBBS cecah RM28 juta seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/41492673462_GGBS.jpg)
Nilai jualan GBBS cecah RM28 juta seluruh negara
Hasil jualan itu disumbangkan oleh 372 usahawan yang melibatkan pembukaan 418 gerai menjual buah-buahan tempatan.
![FAMA sedia import 2 juta kelapa untuk kegunaan sepanjang Ramadan FAMA sedia import 2 juta kelapa untuk kegunaan sepanjang Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/51491636182_DatukSeriTajuddin.jpg)
FAMA sedia import 2 juta kelapa untuk kegunaan sepanjang Ramadan
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata langkah itu dijangka dapat memenuhi permintaan peniaga dan pengguna sepanjang bulan berkenaan.
![MyFarm Outlet pertama catat nilai jualan hampir RM4.2 juta MyFarm Outlet pertama catat nilai jualan hampir RM4.2 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/61464686632_MyFarmOutlet.jpg)
MyFarm Outlet pertama catat nilai jualan hampir RM4.2 juta
MyFarm Outlet pertama yang dibangunkan di Presint 7 Putrajaya mencatat nilai jualan hampir RM4.2 juta sehingga Mei.
!['Tak pernah jadi budak hilang semasa perbahasan UMNO' 'Tak pernah jadi budak hilang semasa perbahasan UMNO'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-09/41380090886_295x200.jpg)
'Tak pernah jadi budak hilang semasa perbahasan UMNO'
Pertama kali dalam sejarah Perhimpunan Agung Umno, pengerusi tetapnya terpaksa menghentikan seketika sesi perbahasan untuk membuat pengumuman.
![FAMA akur dengan harga kawalan FAMA akur dengan harga kawalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/51388461814_295x200.jpg)
FAMA akur dengan harga kawalan
Lembaga Pemasaran Persekutuan (FAMA) tidak akan menaikan harga barangan di semua Pasar Tani di negara ini.
![Pemilihan Umno: Lima diumum menang tanpa bertanding Pemilihan Umno: Lima diumum menang tanpa bertanding](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/41366454435_295x200.jpg)
Pemilihan Umno: Lima diumum menang tanpa bertanding
Senarai penuh calon yang bertanding akan disediakan pada hari Selasa dan pengumuman akan dibuat pada Rabu petang.