KOTA KINABALU: Pemilihan Penempatan Kanak-Kanak Kepada Ibu Bapa Peliharaan akan diperketat bagi memastikan pihak berkenaan benar-benar layak dan sesuai, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Sehubungan itu, beliau berkata satu buku garis panduan baharu diperkenal untuk dijadikan rujukan bagi menilai pihak yang berkelayakan menjadi penjaga kepada kanak-kanak berkenaan.
"Garis panduan ini diwujudkan untuk memastikan kesesuaian penempatan kanak-kanak di bawah ibu bapa peliharaan atau Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS).
"Bawah garis panduan ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperkenalkan sistem saringan penggunaan Penaksiran Psikologi Personaliti (TAJMA) iaitu suatu alat ukur psikologi yang direka bentuk untuk memberikan data saintifik tentang diri seseorang individu mengenai pemikiran, perasaan dan tingkah laku," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan buku garis panduan baharu berkenaan di sini hari ini.
Nancy berkata melalui penaksiran berkenaan, kesesuaian ibu bapa peliharaan dalam aspek penjagaan, pemeliharaan dan perlindungan kanak-kanak dapat diteliti dengan lebih terperinci.
Beliau berkata Jawatankuasa Panel Penempatan Kanak-Kanak kepada OYLS Peringkat Negeri juga telah diwujudkan yang dipengerusikan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri untuk memastikan kesesuaian penempatan kanak-kanak dengan mengambil kira pelbagai aspek.
Katanya selain itu, pihaknya juga mengadakan sesi dialog awam dijadual petang ini bagi membincangkan isu-isu semasa kanak-kanak dan cabaran yang dihadapi oleh pelindung.
"Selain memperkasa dan meningkatkan peranan dan fungsi, mengukuhkan persediaan mental dan fizikal untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam mengendalikan pengurusan kes pemeliharaan dan perlindungan kanak-kanak secara holistik," katanya.
Sementara itu, beliau berkata sepanjang 2022, kementerian melalui JKM telah mengendalikan sebanyak 6,781 kes yang melibatkan penderaan fizikal, seksual, emosi dan pengabaian.
"Sehingga kini, seramai 185 Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPPM) telah dilantik dan diwartakan pada fasa pertama 2021 dan pelantikan 158 PPPM akan diteruskan pada 2023.
"Pertambahan pegawai secara kontrak ini secara tidak langsung akan membantu dalam memberikan fokus kepada pengurusan kes kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 11 2023
Nancy berkata satu buku garis panduan baharu diperkenal untuk dijadikan rujukan bagi menilai pihak yang berkelayakan menjadi penjaga kepada kanak-kanak berkenaan. -Gambar fail/Bernama
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Kertas cadangan mengenai anak asuhan GISB dijangka dibentang minggu depan - Nancy
Pembentangan kertas cadangan melibatkan penjagaan dan masa depan kanak-kanak dan remaja yang dikaitkan dengan GISB sepatutnya dibentangkan minggu ini ditangguhkan.
KPWKM rancang bina depoh bencana di Sibu dan Miri - Nancy
Dua depoh simpanan keperluan bencana akan dibina di Sarawak, masing-masing di Sibu dan Miri.
Tangani masalah gelandangan secara bersama - Abang Johari
Abang Johari berkata bantuan serta sokongan seperti sesi kaunseling kepada golongan gelandangan harus dipertingkatkan, selain memastikan kebajikan mereka terjaga.
Kembara KASIH: KPWKM tawar pelbagai perkhidmatan di seluruh Sarawak
Nancy Shukri berkata program itu dilaksanakan di lapan daerah iaitu Kuching, Sibu, Kapit, Bintulu, Sibuti, Miri, Limbang serta Lawas.
Op Global: 223 pegawai JKM bantu PDRM uruskan kanak-kanak - Nancy
223 pegawai JKM berkhidmat dalam membantu pihak polis menguruskan 402 kanak-kanak penghuni rumah perlindungan yang diserbu dalam Op Global.
Nancy arah siasat pemandu bas sekolah 'viral' rakam murid perempuan
Nancy mengarahkan JPKK untuk membuat laporan polis terhadap seorang pemandu bas sekolah, yang telah memuat naik video pelajar yang dibawanya.
Belanjawan 2025: KPWKM cadang bantuan kepada ibu tunggal tuntut nafkah di mahkamah
KPWKM akan mengemukakan cadangan berhubung bantuan kepada ibu tunggal untuk menuntut nafkah daripada bekas suami di mahkamah dalam Belanjawan 2025.
4,000 kanak-kanak perlu perlindungan tahun ini
KPWKM merekodkan seramai 3,957 kanak-kanak di seluruh negara memerlukan pemeliharaan dan perlindungan akibat pelbagai kes untuk tempoh Januari hingga Mei tahun ini.
Pembunuhan Nuraina Humaira: KPWKM beri khidmat sokongan, kaunseling kepada keluarga
Khidmat kaunseling akan diberikan kepada keluarga Allahyarham Nuraina Humaira Rosli, seorang kanak-kanak OKU yang dipercayai mati dibunuh.
Penjara Wanita Sabah perintis Program WBB bantu banduan - Nancy
Ia merupakan projek rintis yang dijayakan dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan Jabatan Penjara Malaysia.