Selepas 22 November nanti, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) bakal mendapat ketua, timbalan dan naib ketua yang baru.
Ini kerana, penyandang jawatan Ketua DPMM, Nasruddin Hassan mengumumkan tidak mempertahankan jawatan sebaliknya mencuba nasib untuk jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat.
Kekosongan itu memberi peluang kepada bekas bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat menawarkan diri untuk merebut jawatan itu bersama dua lagi calon iaitu Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Kamarulzaman Mohamad dan peguam Kempen Anti-Saman Ekor (Kase), Zulhazmi Sharif.
Selepas nama-nama calon yang sah bertanding diumumkan, ramai yang berpendapat peluang sama rata dimiliki oleh Suhaizan dan Kamaruzaman berbanding Zulhazmi.
Suhaizan dan Kamaruzaman bermula dari bawah dan bergiat aktif dalam pemuda PAS sebelum mengetuai Pemuda PAS negeri.
Nama Suhaizan mula meniti dibibir penyokong PAS dan Pakatan Rakyat ketika terlibat dalam bantahan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) .
Selepas PPSMI, nama Suhaizan kembali menjadi bualan apabila beliau mendedahkan tentang seorang yang bertaraf penduduk tetap diberikan status warganegara dan didaftarkan sebagai pengundi dengan 'sekelip mata'.
Beliau yang ketika itu merupakan Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS mendedahkan kepada media tentang seorang warganegara Indonesia bernama Mismah diberikan status warganegara dan didatarkan sebagai pengundi di Selangor.
Pada pemilihan lepas, Suhaizan yang bertanding jawatan Timbalan Ketua DPPM tewas kepada Nik Abduh Nik Abdul Aziz dalam pertembungan empat penjuru bersama dua lagi calon, Firdaus Jaffar dan Azman Shapawi.
Dengan motto, Dinamik, Inklusif, Peduli, Suhaizan berazam untuk menjadikan Pemuda PAS berada di tengah-tengah anak muda bukan dilihat eksklusif dengan aktivitinya sendiri.
Beliau juga berazam untuk menjadikan Pemuda PAS sebagai sayap parti yang mendepani isu-isu rakyat dengan berkesan.
"Kita lihat bagaimana isu PPSMI dahulu kita (Pemuda PAS) dapat menggarap isu tersebut dengan baik dan membuat desakan bersama NGO-NGO lain hingga kerajaan terpaksa akur dengan desakan tersebut.
"Selain itu, Pemuda PAS perlu bersifat inklusif agar ia lebih diterima oleh anak-anak muda di luar PAS kerana kita lihat ramai anak muda yang berbakat mereka enggan bersama PAS sebaliknya lebih suka bersama NGO atau parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.
"Bagi saya ini satu kerugian kepada PAS kerana kita tidak dapat pemimpin berbakat untuk diketengahkan untuk mewakili PAS dan menarik sokongan orang muda," katanya ketika ditemui Astro AWANI baru-baru ini.
Selain itu, beliau juga berhasrat untuk menjadikan Pemuda PAS sebagai badan yang melaksanakan tugas-tugas semak dan imbang bagi-bagi isu di dalam dan di luar parti.
Bagi, pesaingnya, Kamaruzaman pula, misinya jika dipilih mengetuai Pemuda PAS, beliau mahu meneruskan legasi, warisan atau tradisi DPMM yang soleh, yang telah diasas dan ditinggalkan oleh generasi kepimpinan terdahulu.
"Mempertahankan ketulenan dan keabsahan manhaj perjuangan Islam yang didokong oleh PAS dengan gandingan mantap antara profesional muda, ulama muda dan aktivis muda tanpa menolak perlunya agenda Tajdid dan Islah," katanya dalam satu kenyataan media.
Beliau juga berazam untuk terus meneroka ruang dan peluang baru bagi membawa DPPM mendepani cabaran semasa dan meguasai isu serta keperluan anak muda masa kini secara kolektif, berpasukan dengan rakan-rakan exco DPPM yang lain.
Sementara seorang lagi calon Zulhazmi pula yang membawa tema "Merakyatkan Pemuda, Memudakan Rakyat" dilihat kurang menonjol dan tidak mampu untuk memberi cabaran kepada Suhaizan dan Kamaruzaman.
Bagi pertandingan jawatan Timbalan Ketua DPPM, anak lelaki Presiden PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi bakal berdepan cabaran naib ketua pemuda sekarang Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob.
Muhammad Khalil dikatakan mewakili kumpulan pro-ulama, manakala Raja Ahmad Iskandar mewakili kumpulan pro-profesional.
Jawatan Naib Ketua Pemuda pula bakal menyaksikan persaingan satu lawan satu antara peguam Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi dan jurutera sebuah syarikat terkenal Mohd Khairul Nizam Khairuddin.
Irwan Muhammad Zain
Mon Nov 11 2013
![Pemilihan Pemuda PAS: Peluang sama rata untuk Suhaizan dan Kamaruzaman Pemilihan Pemuda PAS: Peluang sama rata untuk Suhaizan dan Kamaruzaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/81384182397_295x200.jpg)
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![Pemilihan Pemuda PAS: Peluang sama rata untuk Suhaizan dan Kamaruzaman Pemilihan Pemuda PAS: Peluang sama rata untuk Suhaizan dan Kamaruzaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/81384182397_295x200.jpg)
Pemilihan Pemuda PAS: Peluang sama rata untuk Suhaizan dan Kamaruzaman
Kedua calon ini bermula dari bawah dan bergiat aktif dalam pemuda PAS sebelum mengetuai PAS negeri.