PUTRAJAYA: Fokus kerajaan melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) terhadap kelangsungan industri pelancongan dapat menyuntik semangat semua pihak yang terlibat dalam rantaian sektor pelancongan, seni dan budaya di negara ini, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yakin kesungguhan kerajaan menerusi inisiatif 'Merangsang Semula Sektor Pelancongan dan Peruncitan' yang dirangka dalam PEMERKASA dalam memastikan kelangsungan industri pelancongan khasnya.
MOTAC, katanya merakamkan penghargaan kepada kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pelaksanaan PEMERKASA yang menumpukan 20 inisiatif strategik bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor yang masih terkesan.
"Walaupun kita sedang berdepan dengan penularan wabak COVID-19, kerajaan sentiasa prihatin dalam memastikan semua pihak yang berada dalam rantaian ekonomi berkaitan dengan sektor pelancongan seperti penginapan, pengangkutan, makanan dan minuman, agensi pelancongan, aset-aset warisan seni dan budaya serta pengurusan acara di negara ini diberi perhatian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Melalui PEMERKASA, industri pelancongan antara sektor yang terjejas teruk akibat penularan wabak COVID-19, diberi beberapa insentif bagi mengurangkan beban dan menyokong pemulihan sektor itu.
Antaranya, pelanjutan pengecualian cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan ke atas penginapan yang disediakan oleh pengendali hotel hingga 31 Disember 2021 dan pelanjutan galakan cukai kepada syarikat pengendali pelancongan hingga tahun taksiran 2022.
Turut diberikan ialah kebenaran penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan bulanan mulai 1 April hingga 31 Disember ini yang diberikan kepada syarikat industri pelancongan dan industri terpilih seperti panggung wayang dan spa.
Selain itu, memberi pengecualian duti hiburan ke atas bayaran kemasukan ke tempat hiburan seperti taman tema, persembahan pentas, acara sukan dan pertandingan serta tayangan filem pawagam di Wilayah Persekutuan.
Memperluas skop pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 untuk meliputi perbelanjaan pembelian pakej pelancongan melalui ejen pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC; dan memberi pengecualian levi Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) bagi syarikat sektor pelancongan dan peruncitan yang terjejas untuk tempoh hingga Jun 2021.
Kerajaan juga bersetuju menyalurkan Geran Bantuan Khas secara one-off sebanyak RM3,000 kepada lebih 5,000 agensi pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC dan menyediakan bantuan tunai secara one-off sebanyak RM600 kepada pengusaha rumah inap yang berdaftar dengan MOTAC, yang dijangkakan memanfaatkan lebih 4,000 tuan rumah atau pengusaha Program Pengalaman Homestay.
Untuk membantu aliran tunai dan mengurangkan kos perniagaan pengendali hotel, taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah, pejabat syarikat penerbangan tempatan dan agensi pengembaraan dan pelancongan, pemberian diskaun khas bil elektrik sebanyak 10 peratus dilanjutkan selama tiga bulan lagi hingga 30 Jun 2021.
Nancy berkata beliau juga menyokong kenyataan Perdana Menteri untuk membenarkan pergerakan rentas negeri secara berperingkat, malah mewujudkan 'special green lane' bagi perjalanan rentas sempadan yang melibatkan pengangkutan udara apabila sudah ramai mengambil vaksin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 18 2021

Turut diberikan ialah kebenaran penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan bulanan mulai 1 April hingga 31 Disember ini yang diberikan kepada syarikat industri pelancongan dan industri terpilih seperti panggung wayang dan spa. - Gambar fail
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.
Mangsa banjir di sabah meningkat kepada 4,555 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,555 orang daripada 1,493 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 4,159 orang daripada 1,362 keluarga pada 4 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Dua tertuduh dakwa dipaksa buat pengakuan
Dua tertuduh dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan atau dikenali sebagai Ijat, memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa mereka telah dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.
Leraikan pergaduhan, pengawal keselamatan dilanggar kereta
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.
[TERKINI] Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Platform media sosial milik jutawan teknologi Elon Musk, X berdepan gangguan di beberapa bahagian dunia, termasuk malaysia, pada Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.

Pembayaran BPR Fasa 3 dan rayuan BPR dibayar mulai hari ini
Pembayaran secara berperingkat itu dijangka selesai pada 30 September ini.

Usaha capai imuniti kelompok tangani COVID-19 antara usaha keras Muhyiddin
Kini, terserah kepada kepimpinan baharu negara untuk mencorakkan hala tuju Malaysia terutamanya dalam usaha memerangi COVID-19.

Lapan pakej rangsangan manfaatkan lebih 20 juta rakyat, 2.4 juta perniagaan - PM
Kesemua pakej rangsangan itu bernilai RM530 bilion dengan tujuan memastikan kehidupan dan kebajikan rakyat sentiasa terbela.

Tarikh pembayaran PEMERKASA Tambahan dipinda, akan bermula 27 Julai - APAD
Penerima akan menerima pembayaran bermula 27 Julai ini, dipinda daripada perancangan terdahulu untuk pemberian dibuat sebelum 15 Julai.

KBS akan umum inisiatif tambahan bantu golongan belia, sektor sukan terjejas
KBS turut berbesar hati dengan pengumuman bantuan 'one-off' sebanyak RM3,000 kepada operator dan pengusaha industri sukan.

SME Bank sedia dana RM200 juta bantu perniagaan sektor 3D
Sektor 3D merupakan antara sektor perniagaan yang memerlukan perhatian dan bantuan daripada institusi kewangan.

Kerajaan bakal tampung subsidi minyak, minyak masak sehingga RM8 bilion tahun ini - Tengku Zafrul
Kerajaan bakal menampung subsidi minyak dan minyak masak sehingga RM8.0 bilion, iaitu RM4.22 bilion lebih tinggi daripada RM3.78 bilion yang diperuntukkan bagi tahun ini.

Pembayar cukai kod MISC layak dapat penangguhan bayaran - LHDN
Perniagaan pengangkutan penumpang melalui udara mengikut laluan dan jadual biasa, hotel dan operator aktiviti pelancongan antara perniagaan di bawah kod MISC layak mendapat penangguhan bayaran.

Pakej rangsangan Pemerkasa PLUS dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pagi ini dengan sentimen dirangsang oleh pengumuman pakej rangsangan PEMERKASA PLUS semalam.

Pemerkasa PLUS: Moratorium untuk B40, rakyat dan PKS terjejas
Mereka diberi pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama tiga bulan atau mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50 peratus.