Pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti boleh menjadi satu penyelesaian yang baik dalam mengurangkan 'budaya politiking' keterlaluan, menurut beberapa penganalisis politik tempatan.
Penganalisis politik dan media sosial dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam Prof Madya Dr Sara Chinnasamy berkata pendekatan itu akan membolehkan anggota kabinet fokus pada tugas pembangunan negara, meningkatkan ekonomi, mewujudkan suasana yang lebih harmoni, aman dan damai.
Beliau memberitahu Bernama demikian sebagai reaksi kepada 'teguran' Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyentuh mengenai amalan berpolitik secara berlebihan yang berlaku di negara ini.
Bekas perdana menteri ketujuh itu juga berkata, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang, dan jika boleh beliau akan cuba mewujudkan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti.
"Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan," katanya dalam perutusan khas itu.
BACA: 'Jika diizin, saya akan wujudkan kerajaan yang tidak memihak mana-mana parti' - Tun M
Jelas Sara, situasi ini sama seperti yang dipraktikkan dalam tadbir urus di beberapa negara luar dengan barisan kabinetnya melibatkan tokoh-tokoh masyarakat, wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan tidak semestinya ahli politik.
"Mungkin barisan ini sebahagiannya terdiri daripada anggota parti politik dan sebahagian daripada individu yang terpilih.
"Demokrasi memerlukan kewujudan parti politik dan pelantikan anggota Kabinet tanpa dikongkong ideologi parti yang mampu membantu Perdana Menteri melaksanakan dasar kerajaan dengan berkesan," katanya.
Turut senada, penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian yang turut berpendapat kabinet Malaysia perlu dibentuk dengan tidak melihat latar belakang politik, tetapi secara individu.
"Pendekatan ini boleh dijadikan 'peringatan' kepada semua yang bakal dipilih kelak dalam pentadbiran negara agar tidak berpolitik secara berlebihan sehingga mengabaikan hala tuju negara terutamanya aspek pembangunan.
"Seandainya pembentukan kerajaan perpaduan mengambil tempat, sudah tentu masing-masing yang dipilih perlu hentikan berpolitik secara berlebihan dan memberi tumpuan kepada mentadbir urus negara," katanya.
Dalam pada itu, profesor di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Dr Zaid Ahmad berkata, beliau turut bersetuju dengan 'teguran ' Dr Mahathir terhadap golongan yang berpolitik berlebihan, dan berpendapat negara sedang berdepan dengan elit politik yang melakukan sesuatu tidak berasaskan mandat diberi rakyat.
"Betullah teguran Tun Mahathir itu. Ahli politik atau elit politik jangan terlalu kuat berpolitik.
"Mungkin beliau melihat ini adalah pendidikan politik kepada 'political elite' supaya faham peranan mereka termasuk jangan terlalu berpolitik sampai lupa tugas dan peranan. Itu tidak baik untuk demokrasi."
"Dalam demokrasi yang matang, elit politik harus faham bahawa dia ada di situ kerana mendapat mandat daripada rakyat, bukan diberi 'cek kosong' dan membuat sesuka hati," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 26 2020

Dr Sara berkata pendekatan itu akan membolehkan anggota kabinet fokus pada tugas pembangunan negara. -Gambar fail

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Pemerintahan tanpa memihak parti politik mampu reda krisis kepimpinan negara
Pendekatan itu akan membolehkan anggota Kabinet fokus pada tugas pembangunan negara, meningkatkan ekonomi, mewujudkan suasana yang lebih harmoni, aman dan damai.