Thailand bersetuju dengan permintaan Malaysia untuk mengekstradisi 10 warga negara itu yang dipercayai dalang kes pemerdagangan manusia di sempadan kedua-dua negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata 10 individu yang berumur antara 35 hingga 60 tahun itu dikenal pasti terbabit dalam kes penemuan kubur besar di Wang Kelian, Perlis, pada Mei tahun lalu.
Beliau berkata berdasarkan maklumat pihak berkuasa Thailand, individu yang sangat dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia itu sebahagiannya sudah ditahan oleh Thailand manakala sebahagian lagi masih bebas.
"Mereka perlu diekstradisi bagi membolehkan tindakan perundangan dikenakan terhadap mereka. Kita tidak mahu masyarakat antarabangsa memandang bahawa kes itu hanya dilakukan oleh pihak Malaysia, tetapi ia melibatkan jenayah rentas sempadan," katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian dalam sidang media di sini hari ini selepas mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya dari Thailand, Jeneral Prawit Wongsuwan, yang juga Menteri Pertahanan Thailand, yang melakukan kunjungan hormat terhadap beliau bersempena lawatan kerja seharinya ke Malaysia.
Ahmad Zahid berkata nama 10 individu itu telahpun diserahkan secara rasmi kepada Thailand semasa lawatan kerja beliau ke Bangkok pada 4 dan 5 Ogos lepas.
"Saya telah menyerahkan nama-nama itu dan hari ini, pihak berkuasa Thailand memaklumkan tindakan susulan daripada permintaan Malaysia. Sebaik sahaja Thailand menyerahkan kepada kita, kita akan mengambil 10 individu itu.
"Namun, proses ekstradisi ini perlu menjalani beberapa proses dan aspek perundangan serta harus dilihat kesesuaian berdasarkan International Transfer of Prisoners," jelasnya.
Timbalan perdana menteri berkata dalam mesyuarat dua hala itu, Malaysia turut memohon kerjasama Thailand untuk mengenal pasti rakyat mereka yang mempunyai dwi kewarganegaraan bagi mengelak timbul masalah berkaitan isu keselamatan.
"Malaysia turut meminta pihak berkuasa Thailand bekalkan cap jari atau biometrik dan mengenal pasti nama yang mempunyai kerakyatan Thailand dan Malaysia bagi mengelak timbul masalah kerumitan berkaitan isu keselamatan," katanya.
"Dengan adanya rekod nama dan biometrik, ia akan memudahkan untuk mengesan mereka sekiranya mereka melakukan jenayah di Thailand dan melarikan diri ke Malaysia dengan menggunakan nama Malaysia," katanya.
Ditanya tentang hubungan antara Daesh dan pemerdagangan manusia, Ahmad Zahid berkata: "kami tidak mempunyai bukti tetapi terdapat hubungan ideologi Selatan Thailand dan Filipina, dengan Indonesia dan Malaysia.
Kita perlu menyiasattentang hubungan penyeludupan dan pemerdagangan. Kami sedang menyiasat lebih lanjut."
Ditanya sama 10 individu mempunyai dwi kewarganegaraan, timbalan perdana menteri berkata Malaysia perlu menunggu data yang akan diberi oleh Thailand.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata beliau dan Prawit turut menyentuh beberapa isu berkaitan Mesyuarat Rundingan Tahunan yang akan diadakan di Bangkok yang dijangka membincangkan kerjasama pembekalan tenaga elektrik dan kereta api laju.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak akan menemui Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-cha untuk membincangkan isu-isu yang melibatkan pelbagai agensi dan kementerian, serta mesyuarat jawatankuasa am sempadan antara Thailand dan Malaysia, katanya.
Sementara itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan bersempena mesyuarat berkenaan, Ahmad Zahid dan Prawit membincangkan perkara berhubung kerjasama jenayah rentas sempadan, program pertukaran antarabangsa banduan, kerjasama imigresen, deradikalisasi pengganas dan pengurusan sempadan serta pengangkutan.
"Negara menyedari bahawa isu keselamatan tidak dapat ditangani secara unilateral terutama melibatkan aspek jenayah rentas sempadan serta antarabangsa dan adalah penting bagi menangani ancaman secara berkesan.
"Ia melibatkan pemantauan terhadap pergerakan manusia merentasi sempadan selaras dengan kerjasama serantau Malaysia dan Thailand dalam beberapa mesyuarat," katanya.
Antara mesyuarat itu ialah Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan dan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan.
Dalam mesyuarat itu, Malaysia juga bersedia untuk menawarkan pengalaman dan kepakaran mengenai aspek deradikalisasi pengganas kepada Thailand.
Bernama
Mon Aug 29 2016

AHMAD ZAHID: Mereka perlu diekstradisi bagi membolehkan tindakan perundangan dikenakan terhadap mereka. - Gambar fail
Food For Gelandangan komited turun ke lapangan setiap Jumaat
Dalam umat Islam berlumba-lumba mencari keberkatan dalam bulan Ramadhan, jangan dilupa golongan yang kurang bernasib baik miskin bandar dan gelandangan. Wartawan Firdaus Azil turun ke lapangan menyertai program anjuran Food for Gelandangan di ibu kota, untuk menyantuni golongan tersebut.
Perayaan Holi menghidupkan India
Di Bandar Ahmedabad, India suasana di Kuil Swaminarayan pula cukup meriah apabila ribuan pengunjung yang hadir disembur dengan pancutan air berwarna sambal menari mengikut irama muzik tradisional gujarat yang rancak.
Populasi warga emas Turkiye melebihi 96 negara
Menurut angka institut Statistik Turki (TurkStat), jumlah penduduk Turki pada 2023 ialah 85.6 juta orang dengan 10.6 peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai warga emas.
Enjin pesawat terbakar, penumpang 'loloskan' diri guna gelongsor
Seramai 172 penumpang dan enam anak kapal berjaya dipindah menggunakan gelongsor kecemasan selepas enjin milik pesawat Boeing 737-800 milik American Airlines terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver pada Khamis waktu tempatan.
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.
Hakim PBB dituduh memperhambakan pekerja sendiri
Mugambe, 49 tahun yang dilantik pada 2023 sebagai Hakim mekanisma Residual Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah PBB, didakwa menggunakan statusnya dengan cara yang keji.
Petronas enggan ulas kemungkinan tarik diri dari Argentina
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina.
Lelaki dihukum gantung pada hari jadi kerana bunuh isteri, bayi
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas pemandu lori atas kesalahan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, sembilan tahun lalu.
7 individu ditahan sindiket sasar rakyat Hong Kong
Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita yang bertindak sebagai operator pusat panggilan dalam sindiket penawaran kerja sambilan yang menyasarkan rakyat Hong Kong.
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat warga emas
Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung baru Puchong, selangor sejak beberapa hari lalu akhirnya terjwab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas.

Pakistan wajibkan pengesahan biometrik di lapangan terbang
Mesin-mesin pengesahan biometrik akan dipasang di kaunter imigresen antarabangsa di lapangan terbang untuk menambah keberkesanan.

Pengesahan identiti biometrik antara langkah baharu tangani penipuan kewangan di Thailand
Langkah baharu itu penting untuk melindungi wang simpanan pelanggan berikutan peningkatan kes penipuan.

Singapura henti terima Surat Perjalanan Kumpulan dari Malaysia bermula 1 Jan 2021
ICA republik itu memaklumkan ia bagi mengukuhkan keselamatan dan kecekapan pelepasan imigresen di pusat-pusat pemeriksaan di Singapura.

Sistem biometrik saring pekerja asing dijangka akhir tahun ini
Hanya pekerja asing yang disahkan mempunyai padanan cap jari biometrik dalam pangkalan data MYIMMS saja boleh meneruskan pemeriksaan Fomema.

KDN kaji guna satu platform pengenalan biometrik bagi semua agensi
Sistem itu bukan sahaja dapat merekod data keluar masuk pelawat tetapi juga membanteras aktiviti jenayah seperti pemerdagangan manusia dan penjenayah lintas sempadan.

AirAsia lancar sistem pengecaman wajah di lapangan terbang, FACES
AirAsia berada di landasan tepat ke arah menjadi syarikat penerbangan digital dengan pelancaran Fast Airport Clearance Experience System (FACES).

Sistem biometrik saring pekerja asing dilaksana Februari 2018
Sistem Biometrik Pemeriksaan Saringan Kesihatan Pekerja Asing bertujuan menangani masalah pemalsuan identiti dijangka hanya akan berkuatkuasa sepenuhnya di seluruh negara pada Februari tahun depan.

Sistem biometrik elak pelajar asing salah guna visa
Penyalah guna visa dikhuatiri terlibat dengan jenayah berprofil tinggi seperti pengedaran dadah antarabangsa dan penyeludupan senjata api.

Pemerdagangan manusia: Thailand setuju ekstradisi 10 warganya - Zahid
10 individu yang berumur antara 35 hingga 60 tahun itu dikenal pasti terbabit dalam kes penemuan kubur besar di Wang Kelian, Perlis, pada Mei tahun lalu.