KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan meningkatkan penglibatan masyarakat Orang Asli dalam usaha pemeliharaan alam sekitar, kata Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata komuniti itu dilihat mampu menjadi barisan hadapan dalam usaha memulihara ekosistem flora dan fauna kerana mempunyai ilmu dan kemahiran menggunakan sumber alam dengan impak minimum terhadap risiko pencemaran.
Mengambil contoh inisiatif badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Pelindung Harimau Malaysia (RIMAU) bersama masyarakat Orang Asli di Taman Negeri Royal Belum di Perak, beliau berkata usaha melindungi Harimau Malaya sukar dicapai sekiranya tiada penglibatan daripada mereka.
"Saya lihat macam di sana pun (Royal Belum), NGO itu bukan hanya lakukan program pendidikan.. tetapi turut melakukan program kebudayaan dengan masyarakat Orang Asli supaya ada daya tarikan selain dapat memastikan mereka memainkan peranan selaku barisan hadapan.
"Kita akan bekerjasama, walaupun Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di bawah Kementerian Desa dan Wilayah, tetapi kita akan bekerjasama, sebagai pendekatan kerajaan menyeluruh supaya kita dapat melibatkan masyarakat Orang Asli ini dengan lebih aktif dalam usaha memelihara alam sekitar," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan pelancaran program penanaman pokok yang merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) AEON BIG Sdn Bhd di Dewan Serbaguna JAKOA, Batu 12 di Gombak, hari ini.
Terdahulu, Nik Nazmi menanam anak pokok tongkat ali sebagai gimik perasmian yang turut dihadiri Pengarah JAKOA Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Mohamad Anis Othman dan Pengurus Urusan AEON BIG Sdn Bhd Sheikh Farouk Sheikh Mohamed.
Mengenai program hari ini, Nik Nazmi berkata 300 anak pokok buah dan pokok hutan ditanam hasil kerjasama antara JAKOA serta AEON BIG, melibatkan seramai 70 orang sukarelawan, selain mendapat sokongan Jungle School Gombak.
"Pihak kerajaan juga ingin ucapkan tahniah kepada AEON BIG kerana memainkan peranan sebagai satu warga korporat yang sangat aktif dan bertanggungjawab. Bahkan mereka juga begitu aktif dalam program Payung Rahmah oleh kerajaan," katanya.
Dalam program sama, AEON BIG turut menyumbang Bakul Rahmah terdiri daripada barangan keperluan harian bernilai RM50 kepada 10 keluarga Orang Asli.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 15 2023

Komuniti Orang Asli dilihat mampu menjadi barisan hadapan dalam usaha memulihara ekosistem flora dan fauna kerana mempunyai ilmu dan kemahiran menggunakan sumber alam dengan impak minimum terhadap risiko pencemaran.- Gambar hiasan/Astro AWANI
#AWANIRingkas 12 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Mac 2025
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas

Kastam rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM200,000 di Pulau Pinang
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api pelbagai jenama bernilai lebih RM200,000, dalam dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat.
Agenda AWANI: Bina semula Gaza, tolak usir rakyat Palestin
Sejauh mana Pelan Pembangunan Semula Gaza oleh Mesir dan negara Arab yang dianggarkan bernilai kos AS$53 bilion dalam tiga fasa ini realistik untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun? Diskusi 9 malam
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

Pemeliharaan alam sekitar: Kerajaan akan tingkat penglibatan Orang Asli - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan meningkatkan penglibatan masyarakat Orang Asli dalam usaha pemeliharaan alam sekitar.

Pelajar sekolah Berlin boleh guna pengangkutan awam secara percuma
Mulai Khamis, semua pelajar sekolah di Berlin dibenarkan untuk guna pengangkutan awam yang tersedia secara percuma sebagai inisiatif ibu kota Jerman tersebut untuk kurangkan beban kos hidup rakyatnya.