GUA MUSANG: Susulan pembukaan semula jalan utama yang menghubungkan Kuala Lipis, Pahang ke Gua Musang, rata-rata pengguna melahirkan rasa syukur kerana tidak perlu lagi menggunakan laluan alternatif untuk pulang menyambut perayaan Aidiladha, Khamis ini.
Pengguna Nurul Azmahanee Azaman, 34, berkata sebelum ini beliau pernah tersalah jalan ketika menggunakan laluan alternatif ketika pulang beraya pada Aidilfitri lalu dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dan terpaksa berpatah balik semula menuju ke laluan yang ditetapkan sehingga mengalami kelewatan hampir 30 minit.
"Saya pernah sesat menggunakan laluan alternatif ketika pulang beraya baru-baru ini sehingga ke Pasar Borong, Gua Musang.
"Apabila jalan utama kembali dibuka ia bukan sahaja dapat menjimatkan masa, malah aliran trafik akan bertambah baik terutama pada musim perayaan nanti," katanya ketika ditemui Bernama, di sini hari ini.
Sementara itu, Umi Salamah Ab Rahman, 38, dari Bandar Lama, di sini, berkata setiap hari beliau akan melalui laluan alternatif ini kerana bekerja di Kuala Lipis dan telah mengubah rutin hariannya sejak lebih dua bulan lalu.
"Saya ingin ucap terima kasih kepada kerajaan kerana berjaya membuka semula jalan utama ini sebelum musim perayaan Aidiladha yang mana pada waktu itu mesti ramai anak perantau pulang untuk beraya," katanya.
Pada 25 Jun lalu, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan jalan utama yang menghubungkan Kuala Lipis ke Gua Musang yang sebelum ini ditutup sejak 3 April lalu bagi kerja-kerja pemasangan cerucuk untuk projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 3B dan 3C kembali dibuka semula untuk kegunaan orang ramai.
Beliau berkata laluan berkenaan telah dibuka semula kepada kenderaan ringan selepas kerja-kerja pemasangan cerucuk itu siap Khamis lalu dan pembukaan ini akan memberi kemudahan kepada penduduk tempatan dan pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 27 2023

Pengguna melahirkan rasa syukur kerana tidak perlu lagi menggunakan laluan alternatif untuk pulang menyambut perayaan Aidiladha, Khamis ini. - Gambar/ FB Alexander Nanta Linggi
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Pembukaan semula jalan utama Kuala Lipis-Gua Musang beri kelegaan kepada pengguna
Susulan pembukaan semula jalan utama yang menghubungkan Kuala Lipis, Pahang ke Gua Musang, rata-rata pengguna melahirkan rasa syukur.