Perbincangan tentang pembukaan sempadan dengan Malaysia sedang berlangsung, demikian menurut Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian mengenai COVID-19 Singapura Lawrence Wong.
"Kami meneruskan perbincangan kami membabitkan semua, sama ada ulang-alik harian atau perluasan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) dan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL)," katanya dalam sidang media secara maya, di sini hari ini.
Wong berkata demikian sebagai menjawab soalan sama ada Singapura sedang meneliti garis masa yang sama dengan Malaysia berhubung pembukaan penuh sempadan bagi ulang-alik harian pada Januari ini.
Pada 11 Sept lepas, Kementerian Kesihatan Malaysia dilaporkan berkata sedang meneliti kemungkinan membuka sepenuhnya sempadan Malaysia-Singapura bagi ulang-alik harian pada Januari.
Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba juga dilaporkan berkata kementerian itu meneliti untuk menggandakan kemampuannya menjalankan ujian swab bagi mereka yang memanfaatkan inisiatif RGL dan PCA.
"Perbincangan ini sedang berjalan dengan rakan sejawatan kita dari Malaysia dan apabila kita sudah ada perkembangan terkini kita akan maklumkan kepada umum," kata Wong yang juga Menteri Pendidikan republik ini.
Sementara itu, berikutan bilangan kes dalam komuniti kekal rendah, pasukan petugas tersebut antara lain mengumumkan akan melonggarkan langkah-langkah bagi mempermudah operasi perniagaan dengan menyokong perjalanan perniagaan perlu.
Pasukan petugas itu berkata ia memperkenalkan pas perjalanan perniagaan baharu bagi eksekutif kanan di Singapura yang mempunyai tanggungjawab serantau atau antarabangsa dan perlu kerap mengembara bagi tujuan rasmi dan perniagaan.
Pengembara dalam kategori ini akan diperlukan mematuhi itinerari terkawal yang ketat apabila mereka ke luar negara untuk tujuan kerja, kata pasukan itu.
Sebaik kembali ke negara ini, meraka akan diberi pilihan menjalani ujian saringan COVID-19 sebagai ganti notis kuarantin di rumah dan pengasingan kendiri sehingga keputusan ujian diperoleh.
Pasukan petugas itu berkata untuk fasa permulaan ini, bilangan pas tersebut akan dihadkan bagi membolehkan ia memantau kesan terhadap kesihatan awam susulan pelaksanaan inisiatif rintis berkenaan.
Jika projek rintis ini berjaya, ia akan menimbang untuk memperluas skim itu, kata pasukan petugas berkenaan.
Keseluruhannya, bilangan kes baharu jangkitan dalam komuniti di negara ini kekal stabil pada purata satu kes sehari sejak dua minggu lepas.
Setakat tengah hari tadi, republik ini yang dalam fasa kedua pembukaan semula kegiatan ekonomi dan sosialnya merekodkan 12 kes baharu COVID-19 termasuk satu jangkitan dalam komuniti dan empat kes import.
Perkembangan terbaharu itu menjadikan kes terkumpul berjumlah 57,639.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 23 2020
Perbincangan tentang pembukaan sempadan dengan Malaysia sedang berlangsung. - Gambar fail/BERNAMA
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
Ancaman keganasan di Asia Tenggara bersifat sederhana rendah - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ancaman keganasan masih wujud di rantau Asia Tenggara namun ia bersifat sederhana rendah.
Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
Malaysia menanggung kerugian lebih RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 setakat 11 Jun lalu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
TPR positif COVID-19, prosiding bela diri Dr Roland ditangguh ke 23 Sept
Pada 5 Julai 2021, Dr Roland didakwa atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video bersifat jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di Facebook.
Sarawak mahu lebih ramai kontraktor Bumiputera kelas lebih tinggi - Uggah
Kerajaan bukan setakat mahu melihat lebih ramai kontraktor Bumiputera berjaya malah pada masa sama mahu menambah bilangan mereka berdaftar dalam kelas yang lebih tinggi.
KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi COVID-19 dalam masa terdekat
Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan perincian semakan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 dalam waktu terdekat.
Dulu jurutera, sekarang usahawan cili
Srinath tinggalkan kerjaya sebagai jurutera perisian kerana mahu beri tumpuan pada tanaman cili secara fertigasi.
Bantu anak-anak istimewa autisme, fahami kekurangan mereka
Suara jeritan diikuti dengan tangisan membuatkan beberapa orang pelanggan Tong Kayu Cafe, Bayan Lepas (Pulau Pinang) berhenti makan sambil menghalakan pandangan ke arah wanita itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.