KUALA LUMPUR: Membubarkan parlimen sejurus selepas Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 atau Bajet 2023 yang dibentangkan pada Jumaat lalu adalah tidak wajar.
Perkara itu ditegaskan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim.
Tegasnya, rakyat kini menilai taktik tersebut memandangkan segala pengumuman dalam Bajet 2023 tidak lagi boleh diguna pakai.
"Dalam soal bagaimana Bajet tersebut hendak diperkirakan, hendak kita jawab dahulu soalan yang amat berat iaitu adakah masa untuk mengadakan Pilihan Raya ke-15 (PRU15) ini tepat berkaitan dengan hak serta asasi kepentingan rakyat di bawah."
"Saya mengatakan ini sebagai seorang neutral, yang mempengerusikan dan mengepalai Senat Malaysia. Oleh kerana hal ini adalah hal kenegaraan, dan kepekaan kita terhadap kehidupan," tambah beliau ketika ditemu bual secara maya menerusi program Niaga AWANI.
Dalam pada itu, Rais berpendapat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajar menerima hakikat bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini perlu diadakan dalam tempoh yang segera.
Walaupun tidak bersetuju dengan pembubaran parlimen ketika ini, Rais pada masa sama berpandangan banyak perkara berkait periuk nasi rakyat tidak dapat diselesaikan selagi parlimen tidak dibentuk.
"Pergelutan untuk mengadakan PRU ini bukanlah kehendak rakyat, sebaliknya kehendak pihak yang ada kepentingan dalam soal-soal yang bertemu dengan nasib mereka pada masa akan datang, ini soal politik." katanya.
Bagaimanapun menurut beliau, perkara ini harus menjadi satu mata pelajaran, panduan dan sempadan bagi rakyat Malaysia agar tidak keterlaluan apabila berpolitik dan tidak hanya melihat kepada sbelah pihak sahaja.
Nabilah Khaleeda
Tue Oct 11 2022
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menerima hakikat bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini perlu diadakan dalam tempoh yang segera. -Foto fail/BERNAMA
AWANI 7:45 [10/01/2025] - Aksi Gengster | Kononnya Melayu Islam | Proses jual tanah jadi mudah | Reman enam hari
Lima lelaki aksi gengster, tetak sekumpulan lelaki dalam restoran.
PM minta belia jangan peduli remeh temeh, tangani isu bebanan rakyat.
Kartel ada orang dalam, punca jual tanah berleluasa.
Empat individu termasuk tiga pengarah syarikat direman, palsukan dokumen geran tanah.
PM minta belia jangan peduli remeh temeh, tangani isu bebanan rakyat.
Kartel ada orang dalam, punca jual tanah berleluasa.
Empat individu termasuk tiga pengarah syarikat direman, palsukan dokumen geran tanah.
NRES di peringkat akhir penyediaan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) kini berada di fasa akhir penyediaan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) sebelum dibawa ke Parlimen dalam masa terdekat.
2,000 penduduk bakal mendapat manfaat daripada projek jalan URDA: Nanta Linggi
Lebih 2,000 penduduk di Perkampungan Baleh, Nanga Benin, Nanga Pelagus, dan Pelagus Resort bakal menerima manfaat apabila projek jalan baharu di kawasan tersebut siap pada April 2027.
Mahkamah AS henti perjanjian dengan dalang serangan 9/11
Mahkamah Rayuan di Washington pada Khamis menghentikan sementara perjanjian antara individu yang didakwa sebagai dalang serangan 11 Sept 2001.
Belia perlu fokus bangunkan negara, jangan hebat main isu remeh
Anwar berkata, belia mempunyai tanggungjawab untuk menyelamatkan negara dan tidak menumpukan pada isu-isu remeh yang dibangkitkan atas dasar Melayu Islam.
KPKM nafi dakwaan harga belian padi diturunkan
KPKM menafikan terdapat sebarang arahan atau keputusan berkaitan penurunan harga belian padi seperti didakwa Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) dalam satu kenyataan media pada Rabu.
Kerosakan akibat kebakaran di California meningkat kepada US$150 bilion - AccuWeather
Anggaran awal kerosakan akibat kebakaran liar yang sedang berlaku di dalam dan sekitar Los Angeles telah meningkat kepada antara US$135 bilion dan US$150 bilion.
Grab Malaysia teguh perkasa rakyat menuju masa depan mampan
Grab Malaysia terus komited memperkasakan masyarakat inklusif dengan mendukung golongan kelainan upaya (OKU), wanita, dan komuniti tempatan, sejajar dengan wawasan ASEAN yang lebih mampan dan inklusif
Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei mara ke separuh akhir, sertai Soon Huat-Shevon
Pasangan nombor satu negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke separuh akhir Terbuka Malaysia 2025.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit kembali meningkat daripada penyusutan semalam apabila ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, didorong permintaan baharu walaupun mata wang negara maju mencatat momentum positif.
Sivaraj akan dipertimbang peranan dalam Kerajaan Perpaduan - Saifuddin Nasution
Saifuddin berkata Sivaraj sebelum ini bersetuju memberi laluan dan menyokong tanpa syarat calon PH.
PRU15: Majikan di Padang Serai diminta beri kebenaran pekerja keluar mengundi
Perkara itu wajar dilakukan berikutan keputusan Kerajaan Kedah yang tidak dapat mempertimbangkan pemberian cuti khas pada hari pengundian.
PRU15: PN optimis dapat tawan DUN Tioman - Tuan Ibrahim
Jentera Pas sudah lama bersiap siaga setelah kerusi DUN Tioman diberikan kepada calon Pas sebelum ini.
Pasca PRU15: Ahli kabinet perlu melangkaui parti politik - Herizal Hazri
Malaysia mempunyai ramai bakat berkaliber di luar pentas politik yang boleh dipanggil untuk bersama membantu pentadbiran negara.
Pasca PRU15: Niat laksanakan kerja, bukan untuk kekal berkuasa - Herizal Hazri
Sekejap atau lama hayatnya pada sesuatu jawatan itu, kerja yang terbaik harus disampaikan setiap masa.
Cukup-cukuplah main sentimen, bersatulah demi negara - Anis Yusal
Hasutan berbaur isu kaum dan agama hanya akan terus merencatkan langkah negara menuju kemajuan.
Kita sudah mula beranjak ke politik pendamaian - Penganalisis
Yang menang tak menang semua dan yang kalah tak kalah semua, seperti mana yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Individu terbaik dari setiap blok harus anggotai kabinet perpaduan - Anis Yusal
Semua pihak perlu belajar berkongsi kuasa dan mewujudkan keseimbangan dalam kerajaan perpaduan yang dibentuk.
Anwar Ibrahim selesai angkat sumpah jawatan PM ke-10 di Istana Negara
Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kesepuluh di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di ibu negara sekitar jam 5.00 petang, di sini hari
PRU15: Saingan enam penjuru di Parlimen Padang Serai
Proses penamaan calon bagi Parlimen Padang Serai lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini termasuk kawalan rapi pihak berkuasa.