Pekerja MMC-Gamuda KVMRT meneruskan kerja mereka seperti biasa membina bahagian bawah tanah Laluan 2 Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT2) meskipun projek itu berdepan dengan rasionalisasi kos oleh kerajaan.
Muadh Mohd Nazlee, salah seorang jurutera projek itu berkata, buat masa ini mereka tidak menghiraukan sebarang khabar angin mengenai projek tersebut dan memutuskan untuk terus bekerja seperti biasa sehingga pengumuman selanjutnya dibuat.
"Apa juga keputusannya, kami masih perlu meneruskan kerja dan melakukan yang terbaik," katanya kepada Bernama.
Muadh berkata, para pekerja, termasuk kakitangan Tunnelling Training Academy (TTA) lega dengan pengumuman Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad bahawa Kabinet akan mengkaji semula keputusan untuk menawarkan semula tender bahagian bawah tanah projek itu yang belum siap dan menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengkaji semula kontrak tersebut.
Pada 7 Okt, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata Kabinet memutuskan untuk menamatkan kontrak MMC-Gamuda membina bahagian bawah tanah projek MRT2 dan menawarkan semula tender kerja bawah tanah yang belum disiapkan menerusi tender terbuka.
Beliau berkata projek MRT2 dijangka memberi penjimatan sebanyak RM5.22 bilion atau 23 peratus daripada kos asal bagi bahagian atas tanah projek tersebut, susulan pelaksanaan tender terbuka.
Bagaimanapun, MMC-Gamuda berkata hampir 20,000 pekerja daripada rantaian bekalan kira-kira lebih daripada 600 syarikat Malaysia akan hilang pekerjaan mereka dengan penamatan kontrak itu.
Lim sebagai reaksinya kepada perkara itu memberi jaminan kontrak bawah tanah MRT2 akan diteruskan tetapi diberikan menerusi tender terbuka pada kos yang lebih rendah.
Muadh berkata para pekerja menyambut baik keputusan kerajaan itu dan mengharapkan yang terbaik bagi setiap pihak yang terlibat dan berharap MMC-Gamuda kekal sebagai kontraktor utama.
"Kami berharap pengurusan kami boleh memberikan tawaran terbaik mereka dan kedua-dua pihak boleh mencapai situasi sama-sama menang. Pendek kata, semua kami di sini masih berharap dan berdoa ia dapat dirundingkan semula," katanya.
Sementara itu, empat menteri, termasuk Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali, yang dikatakan menjadi ahli jawatankuasa itu akan meneliti semula kontrak bawah tanah MRT2.
Azmin berkata jawatankuasa itu akan mula menilai semula kontrak itu tidak lama lagi "kerana kami tidak mahu menangguhkan projek tersebut" dan mahu membuat keputusan "secepat mungkin".
Beliau juga memberi jaminan perbincangan akan mengambil kira hasrat kerajaan untuk melindungi pekerja yang terlibat.
Sementara itu MMC-Gamuda berjanji untuk mengambil pendekatan terbuka sekiranya rundingan baharu diadakan.
Ia memaklumkan bahawa 70 peratus daripada tenaga kerja, terutamanya pekerja mahir dan separa mahir adalah orang tempatan, yang mana 60 peratus daripadanya Bumiputera.
Bukan hanya pekerja yang akan terjejas sekiranya kontrak itu ditamatkan, malah mereka yang berada di bawah program TTA MMC-Gamuda juga akan turut terkesan.
TTA, yang dilancarkan pada Disember 2011 oleh Dr Mahathir, ditubuhkan bagi menampung keperluan kemahiran dan kepakaran membina terowong bagi projek MRT.
Akademi itu, yang melatih pelatih daripada lulusan sekolah menengah hinggalah pemegang ijazah adalah sekolah latihan pertama yang ditubuhkan bagi melahirkan secara khusus tenaga kerja mahir untuk industri terowong, sejajar dengan aspirasi kerajaan mentransformasikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
TTA melatih tenaga kerja tempatan dalam bidang pembinaan terowong khusus dan menyediakan ramai pakar bagi menyokong pembinaan projek MRT.
Antara projek terowong khusus yang dikendalikan oleh Gamuda ialah SPRINT Expressway, Terowong SMART, Projek Landasan Kereta Api Elektrik Berkembar dan Kaohsiung MRT (Taiwan).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 12 2018

MMC-Gamuda berjanji untuk mengambil pendekatan terbuka sekiranya rundingan baharu diadakan. - Gambar hiasan

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Krisis Rusia-Ukraine: Bayi dipindah ke pusat penjagaan bawah tanah
Kebanyakan ibu bapa kepada bayi tersebut berada di luar negara dan tidak dapat bersama anak mereka susulan pertempuran yang berlaku.

Pusat hiburan bawah tanah, 58 pengunjung ditahan
Kira-kira 58 individu termasuk 22 wanita warga tempatan ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan bawah tanah di Jalan Pudu malam tadi.

Kaji guna sumber air bawah tanah - Xavier
Terdapat antara tiga hingga lima trilion meter padu sumber air bawah tanah di seluruh negara ketika ini dan Kelantan menjadi satu-satunya negeri yang menggunakan sumber air bawah tanah.

Dua sepupu lelaki dan dua wanita ditemui mati
Empat termasuk dua wanita ditembak mati di tingkat bawah tanag sebuah rumah yang sedang diubah suai di Philadelphia pada Isnin.

Pembinaan MRT2 berjalan seperti biasa meskipun kontrak dinilai semula
Pekerja MMC-Gamuda KVMRT tidak menghiraukan sebarang khabar angin mengenai projek tersebut dan memutuskan untuk terus bekerja seperti biasa.

Kubu perlindungan bawah tanah ditemui dekat LTSAS di Ipoh
Kubu itu berkeluasan kira-kira 9x9 meter dengan ketinggian 2.5 meter dan boleh memuatkan antara 30 dan 40 orang pada satu-satu masa.