LIPIS: Pembinaan kilang peluru yang kini dalam fasa pembinaan di Kechau Tui Padang Tengku di sini dilihat mampu mengurangkan kebergantungan import bahan senjata itu.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, fasa pertama kilang melibatkan kawasan seluas 40.5 hektar yang dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun depan itu bakal mengisi sasaran usaha mewujudkan Bandar Pertahanan (Defence City) di kawasan tersebut.
"Sekarang ini kita import seratus peratus peluru dari negara luar. Jadi dengan adanya kilang ini, kita boleh 'supply' (bekal) peluru untuk kegunaan kita sendiri tanpa perlu lagi import dari luar.
"Ini adalah satu usaha yang sangat baik oleh kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang menguruskan hal ehwal tanah dan perkara lain dalam kapasiti Kerajaan Negeri," kata Wan Rosdy.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Pelancaran Projek Kilang Industri Pertahanan (Kilang Peluru Ketech Asia Sdn Bhd) di Dewan Orang Ramai Kechau Tui, Padang Tengku, di sini, pada Ahad.
Pada acara sama, beliau turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dan Ketech Asia Sdn Bhd.
Jelas Wan Rosdy, projek berkenaan turut dapat merangsang ekonomi domestik dan meningkatkan pendapatan negara serta mengurangkan aliran wang keluar, iaitu tanpa kebergantungan syarikat asing sekali gus mengurangkan defisit negara khususnya bagi penjimatan aset serta kelengkapan ketenteraan dan pertahanan.
"Usaha ini adalah untuk pembangunan setempat dan kejayaan menarik pelabur menunjukkan bahawa proses untuk mendapatkan urusan tanah boleh dipercepatkan asalkan memenuhi kehendak asas.
"Kerajaan Negeri akan pertimbangkan sekiranya ia tidak melangkaui kawasan atau yang telah kita gazetkan hutan simpan atau kawasan tadahan air Kerajaan Negeri.
"Selain itu, secara automatik juga, bila dah ada pembangunan dan pelaburan masuk, sudah tentu akan ada kedai dibuka dan 300 orang pekerja yang merupakan penduduk di sini akan memperoleh pendapatan yang akan mereka belanjakannya di sini," ujarnya.
Beliau berkata, kawasan Kechau yang terletak kira-kira 35 kilometer dari bandar Kuala Lipis merupakan kawasan cukup strategik dipilih untuk projek kilang tersebut kerana berdekatan dengan laluan Central Spine Road (CSR) Lipis ke Bentong kemudiannya dihubungkan oleh Lebuh Raya Karak ke Kuala Lumpur dijangka mengambil masa yang singkat untuk kemudahan pengangkutan alat komponen dan jentera berat.
Norfarhiza Mohd Atar
Mon Oct 17 2022
![Pembinaan kilang peluru di Kechau kurangkan kebergantungan import Pembinaan kilang peluru di Kechau kurangkan kebergantungan import](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61665981186_WanRosdy.jpg)
Wan Rosdy (kanan) mendengar penerangan daripada wakil Ketech Asia sempena Majlis Pelancaran Projek Kilang Industri Pertahanan di Dewan Orang Ramai Kechau Tui, Padang Tengku pada Ahad. -Astro AWANI
Panama nafi pengecualian bayaran transit terusan
Panama menafikan dakwaan bahawa ia bersetuju mengetepikan bayaran bagi kapal kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan Terusan Panama.
Trump larang penyertaan golongan 'trans' dalam sukan wanita
Presiden ke-47 Amerika Syarikat, Donald Trump dalam perintah eksekutif terbaharunya melarang penyertaan golongan transgender dalam sukan yang ditetapkan untuk wanita. Beliau dalam kenyataan berkata, pentadbirannya akan mempertahankan 'tradisi' penyertaan hanya jantina asli yang dibenarkan dalam bidang sukan yang dikhaskan untuk golongan wanita.
Penunjuk perasaan bakar rumah keluarga bekas PM Sheikh Hasina
Ribuan penunjuk perasaan membakar rumah pemimpin pengasas Bangladesh ketika anak perempuannya yang juga bekas Perdana Menteri yang digulingkan, Sheikh Hasina dijadual berucap di media sosial.
Keindahan kosmos dari balai Paranal diancam cahaya
Langit luas, indah dengan kerdipan bintang, bagaikan hamparan kosmos yang menyelimuti bumi...
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi
Lebih 450 peluang pekerjaan kejuruteraan kecerdasan buatan (AI) berkemahiran tinggi akan diwujudkan di negara ini menerusi kerjasama antara Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) dan Global AI Village (GAIV).
MyCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bil - Armizan
MyCC menggerakkan strategi khusus untuk meningkatkan penguatkuasaan terhadap satu daripada cabang aktiviti kartel sejak sekian lama, iaitu pakatan tipuan bida.
Atasi kegagalan CEO GLC urus operasi - PM Anwar
Pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat milik kerajaan menggunakan sistem e-SelfAudit berasaskan kecerdasan buatan (AI) bertujuan menangani beberapa kelemahan seperti kegagalan mengurus dan menyelia operasi syarikat serta kerugian yang berterusan.
Tiga lelaki didakwa terlibat rusuhan, miliki pisau
Lelaki terlibat rusuhan, mengaku bersalah, memiliki pisau dan didakwa di Mahkamah Majistret
Tujuh jalan sekitar Batu Caves ditutup bermula 9 hingga 14 Februari
Sempena perayaan Thaipusam yang akan disambut 11 Februari ini, tujuh jalan utama sekitar Batu Caves yang berada di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak akan ditutup bermula 8 Februari ini hingga 14 Februari.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 1,306 pegawai dan anggota polis akan diatur gerak menerusi Op Palu 2025 bagi memastikan kelancaran trafik.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 1,306 pegawai dan anggota polis akan diatur gerak menerusi Op Palu 2025 bagi memastikan kelancaran trafik.
![Kilang peluru pertama Malaysia bangunkan ekonomi, wujudkan peluang pekerjaan - Sultan Pahang Kilang peluru pertama Malaysia bangunkan ekonomi, wujudkan peluang pekerjaan - Sultan Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738841428_SultanAbdullah.jpg)
Kilang peluru pertama Malaysia bangunkan ekonomi, wujudkan peluang pekerjaan - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah kilang peluru automasi tinggi pertama negara, yang akan beroperasi sepenuhnya bulan depan, dapat membangunkan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
![Pembinaan kilang peluru di Kechau kurangkan kebergantungan import Pembinaan kilang peluru di Kechau kurangkan kebergantungan import](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61665981186_WanRosdy.jpg)
Pembinaan kilang peluru di Kechau kurangkan kebergantungan import
Pembinaan kilang peluru di Kechau kurangkan kebergantungan import.