Pembinaan jambatan tinggi yang menghubungkan Malaysia dan Singapura di bawah projek Sistem Transit Pantas (RTS) Johor Bahru-Singapura, merupakan antara perkara penting yang dicapai pada Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ketujuh di sini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jambatan berkenaan dan RTS, yang akan menambah baik hubungan dan mengurangkan kesesakan di pintu masuk sempadan, akan dimuktamadkan oleh kedua-dua negara pada akhir tahun depan.
Beliau berkata penyelesaian tersebut merupakan antara perkara yang dibincangkan pemimpin kedua-dua negara.
"Kami berpendapat ia adalah penyelesaian yang paling kos efektif, sebab itulah kita memikirkan tentang penyelesaian jambatan tinggi untuk mengintegrasikannya dengan sistem transit aliran massa Singapura.
"Pada tahun depan, kita akan dapat memuktamadkannya," kata beliau pada sidang akhbar bersama selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian dua hala bagi projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura di sini Selasa.
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong turut hadir pada sidang akhbar itu.
Dalam satu kenyataan bersama, pemimpin-pemimpin itu menyambut baik kemajuan yang dicapai dalam projek RTS Johor Bahru-Singapura di bawah Transportation Links Work Group dan mengesahkan bidang utama perjanjian yang dicapai setakat ini.
Apabila siap kelak, sambungan RTS itu akan meningkatkan hubungan dan mengurangkan kesesakan di pintu masuk sempadan, katanya.
RTS akan menghubungkan Bukit Chagar, Johor Bahru di Malaysia dan Woodlands North di Singapura di mana penumpang boleh meneruskan perjalanan menggunakan laluan Thomson-East Coast Line di Singapura.
RTS akan menggunakan empat teras sistem Thomson-East Coast Line untuk meraih faedah ekonomi dan akan dikendalikan oleh sebuah entiti korporat.
Tambang bagi RTS itu akan berdasarkan pasaran dan ditetapkan oleh pengendali serta tidak akan dikawal selia oleh kerajaan-kerajaan, kata kenyataan itu.
Pemimpin kedua-dua negara berharap dapat menandatangani perjanjian dua hala bagi RTS berkenaan pada akhir 2017.
Sementara itu, perjanjian HSR yang ditandatangani hari ini memuktamadkan kerangka kerja peraturan, teknikal, keselamatan dan keperluan keselamatan, perdagangan, kewangan dan perolehan serta kastam, imigresen dan kuarantin bagi projek tersebut. - Bernama
Bernama
Tue Dec 13 2016
Datuk Seri Najib Razak dan Lee Hsien Loong pada majlis menandatangani perjanjian dua hala bagi projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura di Putrajaya pada Selasa. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Pengangguran menurun kepada 3.2 peratus pada Nov 2024 - DOSM
Bilangan penganggur terus berkurang kepada 546,700 orang pada November 2024, dengan kadar pengangguran pada paras 3.2 peratus.
Kerangka Madani penting kepada kerjasama Jepun-Malaysia - Ishiba
Jepun dan Malaysia mengesahkan komitmen mereka untuk memperkukuhkan kerjasama, dengan fokus terhadap meningkatkan pemerkasaan rantaian bekalan selaras dengan kerangka Madani.
PDRM diarah lengkapkan semula kertas siasatan pembunuhan Yap Xin Yuan
Polis mendapat arahan daripada Pejabat Pendakwa Raya untuk melengkapkan semula kertas siasatan berhubung kes pembunuhan seorang remaja berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan.
Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung
Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lalu.
Belia fikiran lembab, hambar, rasuah gagal hati nurani - PM
"Kalau belia itu umurnya muda, fikirannya lembab, sikapnya hambar dan mudah 'toleransi' dengan penyelewengan, rasuah kerana terikat dengan kelompok tertentu maka ini gagal dari segi cetusan hati nurani kesedaran rakyat," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Terbuka Malaysia: Sejarah tercipta! Soon Huat-Shevon lolos ke separuh akhir
Gandingan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, membawa cabaran negara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.
Trump umum mesyuarat sedang dirancang bersama Putin
Presiden terpilih Donald Trump mengumumkan bahawa satu mesyuarat dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sedang diaturkan.
AWANI Ringkas: Pembangunan semula Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
61 unit Proton e.MAS 7 digunakan sebagai kereta rasmi
61 unit Proton e.MAS 7 akan digunakan sebagai sebahagian kereta rasmi sepanjang Malaysia menjadi pengerusi ASEAN pada tahun 2025.
Sindiket punca utama pindah milik berleluasa
Tindakan segelintir kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bersubahat dengan sindiket antara punca utama kartel pindah milik tanah berleluasa.
Pembinaan jambatan tinggi dalam projek RTS dimuktamad tahun depan - PM Najib
Jambatan berkenaan dan RTS, yang akan menambah baik hubungan dan mengurangkan kesesakan di pintu masuk sempadan, akan dimuktamadkan oleh kedua-dua negara pada akhir tahun depan.