SEGAMAT: Pembinaan 287 menara komunikasi baharu di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) di Johor akan membantu capaian Internet selular sebanyak 100 peratus di negeri ini.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata daripada jumlah itu, sebanyak 182 menara telah siap dibina setakat suku keempat 2023.
"Baki selebihnya masih dalam fasa pembinaan dan dijangka siap serta mula beroperasi sepenuhnya pada 2025. Seperti hari ini, kita adakan tinjauan di Menara telekomunikasi di Kampung Krishna, Jementah yangmula dibina pada suku kedua 2023 dan telah siap dibina oleh pihak Celcom Berhad pada awal 2024.
"Menara ini boleh digunakan bermula 28 Feb lepas bagi pengguna CelcomDigi, manakala pengguna Maxis pada 7 Mac dan U-Mobile semalam, jadi dengan siapnya menara telekomunikasi berkenaan dianggarkan sebanyak 100 penduduk di Kampung Krishna dan kawasan sekitarnya seperti Kampung Paya Jakas dan Pekan Jementah berpeluang menikmati perkhidmatan Internet berkelajuan tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Jementah, Segamat bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di sini hari ini.
Turut hadir Ahli Parlimen Segamat Yuneswaran Ramaraj, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jementah Ng Kor Sium dan Pengarah MCMC Johor Mohamad Rizal Ahmad.
Dalam pada itu, Teo berkata sebanyak 4,701 menara telah dinaik taraf kepada 4G/LTE, manakala 16 menara masih dalam proses naik taraf dan dijangka siap serta beroperasi pada 2025.
"Setakat ini, liputan 4G/LTE secara keseluruhan di negeri Johor ialah 99.16 peratus, manakala bagi kawasan Parlimen Segamat, setakat tempoh sama capaian liputan Internet selular bagi kawasan berpenduduk sebanyak 97.84 peratus.
"Di seluruh Johor memang ada tempat yang masih ada isu liputan Internet. Sebagai contoh, kawasan Sengkang Lengga dan Kampung Gelang Cincin di Kulai pun masih ada menara yang kita baru hendak bangunkan.
" ... kebanyakan memang di kawasan pedalaman, Felda atau kampung, bagaimanapun lokasi berkenaan akan dibantu melalui projek Jendela yang dibayar MCMC," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2024
Teo beramah mesra dengan penduduk kampung yang melakukan pendaftaran sistem PADU pada Hari Bersama Agensi JKP-KK di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Kampung Paya Jakas, Jementah hari ini. - Foto Bernama
Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP
Cadangan itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.
Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pembinaan 287 menara komunikasi di Johor bantu capaian internet 100 peratus
Pembinaan 287 menara komunikasi baharu di bawah Jendela di Johor akan membantu capaian internet selular sebanyak 100 peratus di negeri itu.