SHAH ALAM: KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) memerlukan kira-kira seminggu lagi untuk menyelesaikan kerja-kerja pembersihan pascabanjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini, yang setakat ini telah mencapai 35 peratus.
Pengarah Urusannya Ramli Mohd Tahir berkata Taman Sri Muda menjadi tumpuan pihaknya memandangkan kawasan itu paling teruk terjejas, selain mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.
"Taman Sri Muda ini amat luas iaitu ada 9,071 buah rumah dan 179 kilang, serta kita menganggarkan setiap rumah memerlukan satu tong sampah RORO (roll on roll off) untuk mengeluarkan sampah pascabanjir mereka, jadi saya berharap semua penduduk dapat bersabar," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Taman Sri Muda hari ini.
Beliau berkata pihaknya mula melakukan kerja pembersihan setelah air surut dan laluan dibuka bagi jentera pembersihan serta kutipan sejak 25 Dis lepas dan sehingga kini, kira-kira 5,000 tan sampah berjaya dikeluarkan.
Ramli berkata pihaknya bekerja dari awal pagi hingga 12 tengah malam, melibatkan 90 buah lori dan lebih 400 pekerja pembersihan serta beberapa jentera pengaut, bagi melancarkan dan mempercepatkan proses pembersihan di kawasan tersebut.
Selain Taman Sri Muda, beliau berkata KDEBWM turut memberi tumpuan pada kawasan kritikal lain termasuk Padang Jawa di Shah Alam, Taman Sri Nanding dan Sungai Lui di Hulu Langat, Kampung Bukit Lanchong di Subang Jaya dan Bukit Changgang di Kuala Langat.
Katanya, proses pembersihan di kawasan-kawasan berkenaan juga memerlukan tempoh seminggu lagi dan secara keseluruhan, syarikat itu telah mengutip lebih 22,000 tan sampah pascabanjir di seluruh Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 30 2021
![Pembersihan pascabanjir di Taman Sri Muda dijangka selesai seminggu lagi - KDEBWM Pembersihan pascabanjir di Taman Sri Muda dijangka selesai seminggu lagi - KDEBWM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41640865709_RamliMohdTahir.jpg)
Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Ramli Mohd Tahir (kiri) ditemui media mengenai status operasi pembersihan pasca banjir oleh KDEBWM di Taman Sri Muda Seksyen 25 Shah Alam hari ini. - Foto BERNAMA
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![KDEBWM sahkan pemandu lori kompaktor syarikat itu diserang KDEBWM sahkan pemandu lori kompaktor syarikat itu diserang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698734009_pemandulori.jpg)
KDEBWM sahkan pemandu lori kompaktor syarikat itu diserang
KDEBWM mengesahkan kejadian tular di media sosial melibatkan pemandu lori kompaktor diserang individu tidak dikenali adalah pemandu kompaktor syarikat berkenaan.
![Pembersihan pascabanjir di Taman Sri Muda dijangka selesai seminggu lagi - KDEBWM Pembersihan pascabanjir di Taman Sri Muda dijangka selesai seminggu lagi - KDEBWM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41640865709_RamliMohdTahir.jpg)
Pembersihan pascabanjir di Taman Sri Muda dijangka selesai seminggu lagi - KDEBWM
Pengarah Urusannya Ramli Mohd Tahir berkata Taman Sri Muda menjadi tumpuan pihaknya memandangkan kawasan itu paling teruk terjejas, selain mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.
![KDEBWM sasar selesai masalah sampah di Taman Sri Muda dalam seminggu KDEBWM sasar selesai masalah sampah di Taman Sri Muda dalam seminggu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41640346263_TamanSriMuda.jpg)
KDEBWM sasar selesai masalah sampah di Taman Sri Muda dalam seminggu
KDEBWM menjangkakan akan menyelesaikan masalah sampah pukal pasca banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25 dalam tempoh seminggu.
![Banjir: Kerajaan Selangor sasar operasi pembersihan selesai Jumaat ini Banjir: Kerajaan Selangor sasar operasi pembersihan selesai Jumaat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71640150952_NgSzeHanExcoSel.jpg)
Banjir: Kerajaan Selangor sasar operasi pembersihan selesai Jumaat ini
Bagaimanapun, berkemungkinan operasi pembersihan akan mengalami kelewatan di beberapa kawasan kerana laluannya sukar untuk dimasuki kenderaan.