KUCHING: Pemberian dos ketiga vaksin COVID-19 kepada penduduk Sarawak dijangka digunakan seawal Oktober ini, kata Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.
Bagaimanapun, Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak itu berkata, Kumpulan Penasihat COVID-19 Sarawak (SCOVAG) sedang membuat kajian dan penyelidikan secara saintifik mengenai penggunaan dos ketiga itu.
"Dan paling awal pemberian dos ketiga dapat dilakukan adalah pada Oktober.. Jadi semua ini memerlukan perancangan yang rapi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri majlis penyampaian Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 kepada peniaga dan penjaja di Pasar Taman Kenyalang, Kuching pada Jumaat.
Melihat kepada prestasi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang sudah menvaksin populasi dewasa di Sarawak, Dr Sim berkata, SCOVAG juga sedang meneliti polisi pemberian vaksin kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun.
Tegasnya, penelitian pemberian vaksin kepada golongan remaja itu perlu selepas laporan Hospital Umum Sarawak (HUS) mendapati 20 peratus daripada 1,100 yang dijangkiti terdiri daripada remaja dan kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah.
"Kita mahu pakar perubatan dan saintis untuk melihat kesesuaian memberikan vaksin kepada kumpulan berusia 12 hingga 18 tahun.
"Sarawak perlu menilai perkara itu memandangkan kita sudah berada di hadapan (vaksinasi)," katanya.
Untuk rekod, terdapat lebih kurang 240,000 remaja berusia 12 hingga 17 tahun di seluruh negeri dipertimbang untuk diberikan vaksin.
Fadilah Sulaiman
Fri Aug 06 2021
Dr Sim berkata, Kumpulan Penasihat COVID-19 Sarawak (SCOVAG) sedang membuat kajian dan penyelidikan secara saintifik mengenai penggunaan dos ketiga itu.
Tujuh ditahan culik remaja perempuan 15 tahun
Tujuh ditahan dipercayai terbabit dalam kes culik seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dalam kejadian di Taman Kem, Pelabuhan Klang pada 16 November lalu.
[TERKINI] Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Polis menahan enam individu termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes kecurian sebuah kereta mewah jenis Ferrari, yang dilaporkan hilang 17 Nov di sebuah pusat cuci kereta di Hulu Kelang.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
Guru tadika dan taska perlu diberi keutamaan terima vaksin COVID-19 - Fatimah
Ini kerana tugas mereka memerlukan sentuhan, selain perlu berada berdekatan dengan murid.