KUCHING: Kesinambungan program imunisasi COVID 19 di Sarawak diteruskan dengan pemberian dos pertama suntikan vaksin AstraZeneca secara sukarela bermula esok.
Pelaksanaan program vaksinasi fasa pertama bagi vaksin jenis itu bakal berlangsung sehingga hujung Julai di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dan Pusat Kemahiran Belia Negara di Miri.
Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, program itu bakal menyaksikan seramai 500 orang menerima suntikan pada hari pertama pelaksanaannya.
"Pemberian AstraZeneca di BCCK esok secara sukarela diuruskan oleh CITF (Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19) Kuala Lumpur. Seramai 500 individu dijangka divaksin hari pertama,” katanya.
Ujar beliau, PPV AstraZeneca di BCCK Kuching dapat menampung kapasiti sehingga 3,000 dos sehari.
Terdahulu, pada 26 Mei lalu, sebanyak satu juta slot janji temu dibuka kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas yang bersetuju untuk menerima vaksin tersebut secara sukarela.
Berikutan sambutan yang amat menggalakkan, tempahan janji temu dibuka semula untuk rakyat Malaysia berusia 60 tahun ke bawah sebelum tempahan slot itu penuh dalam tempoh 90 minit.
Sebelum ini, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan kaedah secara sukarela bagi penerimaan vaksin AstraZeneca berikutan kesangsian segelintir masyarakat yang terhadap vaksin jenis itu.
Azizah Alwi
Sun Jun 06 2021
![Pemberian vaksin AstraZeneca di Sarawak bermula esok Pemberian vaksin AstraZeneca di Sarawak bermula esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71622969887_Persiapanakhirastr.jpg)
Dr Sim meninjau persiapan akhir sebelum PPV Pusat Konvensyen Borneo Kuching dibuka untuk pemberian suntikan vaksin AstraZeneca. - Gambar Astro AWANI
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739744657_JohariTunOpeng.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715328724_DrDzulkeflyAhmad.jpg)
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly
Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.
![Suntikan dos kedua AZ dipercepatkan kepada 9 minggu - Khairy Suntikan dos kedua AZ dipercepatkan kepada 9 minggu - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61624267804_KhairyJamaluddin.jpg)
Suntikan dos kedua AZ dipercepatkan kepada 9 minggu - Khairy
Dianggarkan lebih sejuta penerima yang terlibat dalam program sukarela AstraZeneca COVID-19 akan menerima janji temu dalam masa terdekat.
![KKM beri rawatan segera sekiranya ada kesan sampingan dari vaksin AstraZeneca - Dr Adham KKM beri rawatan segera sekiranya ada kesan sampingan dari vaksin AstraZeneca - Dr Adham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81613636823_ADHAMBABA.jpg)
KKM beri rawatan segera sekiranya ada kesan sampingan dari vaksin AstraZeneca - Dr Adham
Orang ramai dinasihat untuk memantau tahap kesihatan mereka, di samping perlu mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala.
![Malaysia terima 600,000 dos vaksin AstraZeneca pada Jun - Khairy Malaysia terima 600,000 dos vaksin AstraZeneca pada Jun - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61617180324_COVIDPICKKhai.jpg)
Malaysia terima 600,000 dos vaksin AstraZeneca pada Jun - Khairy
Kesemua 600,000 dos vaksin tersebut yang akan dihantar secara berkala setiap bulan.