KOTA KINABALU: Sabah masih dalam proses rundingan mengenai Pemberian Khas 40 peratus hasil negeri dikutip Kerajaan Persekutuan, tegas Datuk Seri Hajiji Noor.
Ketua Menteri Sabah itu berkata, banyak perkara yang perlu diambil kira dalam proses menuntut semula 40 peratus pendapatan negeri selain rakyat negeri ini amat memerlukan hampir separuh daripadanya bagi tujuan pembangunan.
"Dalam konteks tuntutan 40 peratus hasil ini mesti dikembalikan kepada Sabah. (Untuk makluman) kita sedang dan terus menuntut serta berusaha untuk berbincangan dengan Kerajaan Pusat mengenai perkara ini.
"Saya juga suka kita (Sabah) menerima lebih banyak bantuan tetapi dalam mengurus negara ini banyak perkara yang diambil kira. Namun tidak bermakna Sabah tidak memerlukan peruntukan lebih besar," katanya.
Beliau mengulas mengenai tanda tanya yang timbul mengenai tuntutan 40 peratus pendapatan negeri Sabah berbanding RM6.3 bilion peruntukan yang diterima pada Bajet 2023.
Dalam perbentangan Bajet 2023 oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat pada Jumaat kenaikan RM1.1 bilion diperuntukkan untuk tahun depan berbanding RM5.2 bilion tahun 2022.
Selain itu, Hajiji menyifatkan Bajet 2023 disifatkan sebagai bajet yang berfokuskan kepada pemulihan ekonomi serta merangkumi semua lapisan masyarakat.
"Saya melihat bajet ini adalah satu bajet yang merancakkan lagi pemulihan ekonomi selepas pandemik COVID-19," katanya.
Abdul Hafiz Mustadi
Sat Oct 08 2022

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan surat tawaran pekerjaan sempena perasmian Karnival Kerjaya Perdana Sabah Maju Jaya Tahun 2022 di Sabah International Convention Centre (SICC) Kota Kinabalu hari ini. - Foto Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Peruntukan interim masing-masing RM300 juta untuk Sabah, Sarawak dilaksanakan secepat mungkin
Peruntukan interim masing-masing berjumlah RM300 juta kepada Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan secepat mungkin, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

MA63: Pemberian khas sedang diselaras oleh Kementerian Kewangan - Armizan
Pemberian khas mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan kepada Sabah dan Sarawak sedang diselaras oleh Kementerian Kewangan.

Kerajaan pertimbang tambahan pemberian khas kepada Sabah - PM
Kerajaan akan mempertimbangkan tambahan pemberian khas kepada Sabah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Formula pemberian khas pada Sarawak, Sabah masih diperinci - Fadillah
Dengan adanya satu formula khusus nanti, pembayaran secara tahunan itu dapat dilakukan dengan lebih jelas.

Pemberian khas 40 kepada Sabah diharap dilaksanakan sepenuhnya - Azis Jamman
Pemberian khas 40 peratus berdasarkan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan kepada Sabah diharap dapat dilaksanakan sepenuhnya.

MA63: PM jamin pemberian khas Perkara 112D akan ditingkatkan pada kadar munasabah
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan jumlah peruntukan kepada Sabah dan Sarawak berdasarkan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan akan ditingkatkan pada kadar yang munasabah.

COVID-19: Peruntukan RM128 juta Pakej Selangor Prihatin, tumpu petugas barisan hadapan
Pakej rangsangan ekonomi tersebut yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari beri tumpuan terutamanya kepada petugas kesihatan di barisan hadapan menangani Covid-19.