Pembentangan Rang Undang-undang (RUU) bagi meminda Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau Akta 164 ditangguhkan pada persidangan Parlimen sekarang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata langkah menangguhkan pindaan Akta 164 itu untuk memastikan ia tidak bercanggah dengan fatwa dan Perlembagaan Persekutuan.
Beliau yang juga Ketua Whip Barisan Nasional berkata pindaan Akta 164 itu akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk membuat penelitian semula (berdasarkan maklum balas) yang diperoleh daripada pakar-pakar agama, badan bukan kerajaan (NGO), parti politik dan individu.
"Walaupun penelitian sebelum itu telah dilakukan tetapi kerajaan berpendirian pindaan Akta 164 itu harus dilihat semula bagi menentukan ia tidak terus menjadi polemik yang akhirnya membawa kemudaratan kepada negara secara keseluruhan," katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas status Akta 164 dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria baru-baru ini menggesa kerajaan menangguhkan pindaan Akta 164 itu kerana ada pindaannya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan hukum syarak serta dianggap memperlekeh dan menghina Islam.
Ahmad Zahid turut menegaskan bahawa kerajaan bukan beralah dalam isu berkenaan dan sentiasa komited dalam menjaga kepentingan dan hati semua kaum.
Ditanya jangka masa untuk akta itu siap diteliti, Ahmad Zahid berkata: "Itu terserah kepada Peguam Negara untuk meneliti aspek perundangan daripada pelbagai orang yang mempunyai komitmen untuk melihat akta itu."
Kerajaan juga menyerahkan kepada Peguam Negara untuk menyelesaikannya dan dimuktamadkan sebelum dibentang ke Kabinet untuk kelulusan bagi membolehkan ia dibentangkan di Parlimen, katanya. -- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 06 2017
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata langkah menangguhkan pindaan Akta 164 itu untuk memastikan ia tidak bercanggah dengan fatwa dan Perlembagaan Persekutuan. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
TPM Fadillah jalan kaki bersama hampir 3,000 peserta
Timbalan Perdana Menteri Fadillah malam tadi menyertai acara jalan kaki sejauh tiga km bermula dari Anjung Floria, Putrajaya.
Setiausaha Agung NATO Rutte bertemu Presiden Terpilih AS Trump di Florida - NATO
Rutte bersama pasukannya turut bertemu dengan Anggota Kongres Mike Waltz, yang dilantik Trump sebagai penasihat keselamatan nasional.
Nie Ching gesa pencinta kandungan golongan muda terap nilai komuniti
Pencipta kandungan perlu menyedari tidak semua kandungan mempunyai nilai intrinsik hanya kerana ia mudah untuk dihasilkan.
Piala Malaysia: Selangor ikat Sri Pahang, Terengganu tundukkan Melaka
Sri Pahang FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila terikat 1-1 ketika bertemu Selangor FC, malam tadi.
Letak diri dari perspektif pengguna untuk beri perkhidmatan terbaik
Falsafah atau panduan untuk merakyatkan perkhidmatan awam adalah dengan sentiasa berfikir sebagai seorang rakyat dahulu.
Pasaran getah menaik walaupun kesan Monsun Timur Laut - Pakar
Walaupun penambahan stok diperlukan, keperluan selanjutnya dalam penyimpanan membentangkan cabaran yang agak besar berikutan cuaca buruk.
Suri rumah jana pendapatan tanaman cendawan tiram hasil kepakaran UniMAP
Seorang suri rumah mampu menjana pendapatan sekitar RM2,000 hingga RM3,000 sebulan selepas mengusahakan tanaman cendawan tiram dengan bantuan kepakaran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Integriti nilai utama penjawat awam
Integriti, ketelusan, dan kebertanggungjawaban antara nilai utama yang perlu dimantapkan dalam kalangan penjawat awam untuk menghadapi cabaran semasa dan merealisasikan aspirasi rakyat.
Perpaduan kaum, kepelbagaian budaya bukan suatu yang kekal tanpa usaha - Aaron
Perpaduan kaum dan kepelbagaian budaya di negara ini perlu terus diperkukuh oleh semua pihak dan tidak boleh mengambilnya sebagai sesuatu yang kekal tanpa usaha.
Sarawak sedia bincang jika SJK, sekolah swasta mahu duduki peperiksaan penilaian standard
Kerajaan Sarawak sedia berbincang jika ada sekolah bukan di bawah Program Dwibahasa (DLP) mahu menduduki peperiksaan penilaian standard.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.
BN akan kerjasama dengan PH pada PRN Sabah - Ahmad Zahid
Pengerusi BN mengulangi pendirian berhubung kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
1MDB: UMNO, BN yakin Najib di pihak yang benar - Zahid Hamidi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan.
Jawatankuasa MIC Perak baharu bakal jana transformasi politik, pembangunan - Ramasamy
Ramasamy turut komited dalam menawan kepercayaan masyarakat terhadap parti itu serta Barisan Nasional.
PRK Mahkota: PN boleh menang jika petik isu rakyat, bukan balah bab logo halal - Penganalisis
Taktik Perikatan Nasional (PN) yang didakwa cuba memancing undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dengan memainkan isu sijil halal gagal membuahkan hasil.
BN sifatkan kemenangan di Mahkota sebagai manifestasi keyakinan rakyat
BN menyifatkan kemenangan gabungan itu dalam PRK DUN Mahkota, Johor pada Sabtu sebagai manifestasi keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri.
Saya berjaya lakukan bersama pasukan - Syed Hussien
Perkara pertama yang akan dilakukan beliau ialah menziarahi pusara bapanya yang meninggal dunia empat hari sebelum hari penamaan calon.