GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang memohon bantuan segera daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk operasi pembenihan awan dijalankan di kawasan tadahan air empangan di negeri ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan Perbadanan Bekalan Air Holdings Bhd, K Pathmanathan berkata, dalam perbincangan pada 29 Mac lalu, satu surat rasmi daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bertarikh 30 Mac 2023 telah memaklumkan kepada Bahagian Pelaksanaan Operasi Nadma beberapa perkara berhubung permohonan tersebut.
Menurutnya, antara yang dimaklumkan adalah perubahan iklim menyebabkan taburan hujan yang rendah direkodkan di kawasan tadahan air Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang (di bahagian pulau) sekali gus menyebabkan kapasiti efektif empangan menyusut dengan ketara.
"Sehingga hari ini (Khamis), kapasiti efektif Empangan Air Itam menunjukkan 49.5 peratus berbanding 82.5 peratus pada 1 Januari lalu.
"Sementara itu, kapasiti efektif bagi Empangan Teluk Bahang pula adalah 50.7 peratus berbanding 64 peratus bagi tempoh sama.
"Kapasiti efektif kedua-dua empangan ini diunjurkan akan terus susut kepada tahap kritikal jika musim kemarau semasa berlanjutan hingga Ogos nanti," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Jelas beliau, Kerajaan Pulau Pinang telah meluluskan peruntukan RM400,000 bagi pelaksanaan operasi pembenihan awan di kawasan tadahan air kedua-dua empangan itu.
"Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah merujuk kepada Jabatan Meteorologi mengenai status terkini syarikat yang layak yang boleh menjalankan operasi pembenihan awan.
"Bagaimanapun, tiada syarikat yang boleh memenuhi kriteria dan syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
"Oleh itu, Kerajaan Pulau Pinang tidak mempunyai pilihan selain meminta bantuan Nadma untuk campur tangan dan memudahkan pelaksanaan operasi pembenihan awan secepat mungkin," katanya.
Beliau berharap agar Nadma akan mengutamakan dan memenuhi permintaan Pulau Pinang kerana operasi pembenihan awan perlu dijalankan secepat yang mungkin untuk mencetuskan hujan yang akan mengisi semula Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang.
"Pulau Pinang mesti mengelak potensi krisis bekalan air yang boleh menyebabkan penderitaan yang tidak sepatutnya kepada 1.74 juta orang dan mengganggu semua aktiviti sosioekonomi yang telah menyumbang RM99 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar negara pada 2021," tambah beliau.
Sebelum ini, PBAPP mengumumkan kapasiti efektif dua empangan utama di negeri ini iaitu Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang menunjukkan penurunan kira-kira 50 peratus susulan cuaca panas selain kadar penggunaan yang tinggi.
Pathmanathan berkata, pada Isnin (10 April), kapasiti efektif Empangan Air Itam adalah 51.8 peratus berbanding 82.5 peratus pada 1 Januari lalu, manakala Empangan Teluk Bahang adalah 51.3 peratus berbanding 64 peratus pada tempoh sama.
Menurutnya, bagi Empangan Air Itam pada Januari, ia merekodkan jumlah hujan 20 milimeter(mm), 85.5mm (Februari) dan 23.5mm pada Mac.
Sementara itu, bagi Empangan Teluk Bahang, 62.5mm pada Januari, 106mm (Februari) dan 82.5mm (Mac).
Bagi rekod penggunaan air harian pada Januari adalah 875 juta liter sehari (JLH) dan 944 JLH pada Februari. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Apr 13 2023
![Pembenihan awan: Tiada syarikat penuhi syarat CAAM, Pulau Pinang mohon bantuan Nadma Pembenihan awan: Tiada syarikat penuhi syarat CAAM, Pulau Pinang mohon bantuan Nadma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681357695_EmpanganTelukBahan.jpg)
Kapasiti efektif bagi Empangan Teluk Bahang pula adalah 50.7 peratus berbanding 64 peratus bagi tempoh sama. - Foto fail
![PM ucap tahniah kepada penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1446H/2024M PM ucap tahniah kepada penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1446H/2024M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720337053_AnwarIbrahim.jpg)
PM ucap tahniah kepada penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1446H/2024M
Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada bekas Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad dan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Prof Dr Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi.
![Tuntutan RM100 juta subkontraktor lebuh raya DASH tidak berasas - Prolintas Tuntutan RM100 juta subkontraktor lebuh raya DASH tidak berasas - Prolintas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697723910_TBprolintas.jpg)
Tuntutan RM100 juta subkontraktor lebuh raya DASH tidak berasas - Prolintas
Prolintas menegaskan tuntutan RM100 juta lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan DASH sebagai tidak berasas.
AWANI Ringkas: Kerajaan teliti isu buli siber
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![PRU16: Kerjasama BN-PH diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi PRU16: Kerjasama BN-PH diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720338475_TokMatseremban.jpg)
PRU16: Kerjasama BN-PH diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi
Keputusan berkenaan kerjasama BN dengan PH pada PRU16 hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
![Kerajaan UK hasrat ambil alih perkhidmatan kereta api 'secepat mungkin' - Laporan Kerajaan UK hasrat ambil alih perkhidmatan kereta api 'secepat mungkin' - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41672959690_BritainStrikes.jpg)
Kerajaan UK hasrat ambil alih perkhidmatan kereta api 'secepat mungkin' - Laporan
Parti Buruh United Kingdom yang baru-baru ini memenangi pilihan raya umum berhasrat untuk mengambil alih semula perkhidmatan kereta api British "secepat mungkin".
Seorang anggota bomba tercedera berjaya diselamatkan
Seorang anggota bomba yang cedera dan terperangkap diselamatkan dari Kebakaran hutan Basin di California, Amerika Syarikat.
Rakaman video yang dikeluarkan pada Sabtu oleh Pengawal Kebangsaan California menunjukkan sebuah helikopter pasukan penyelamat dikerahkan ke lokasi.
Rakaman video yang dikeluarkan pada Sabtu oleh Pengawal Kebangsaan California menunjukkan sebuah helikopter pasukan penyelamat dikerahkan ke lokasi.
47 terbunuh dalam hujan lebat monsun di Nepal
Sekurang-kurangnya 47 orang terbunuh selepas hujan lebat monsun di Nepal mencetuskan banjir kilat, tanah runtuh dan kilat pada Jumaat.
Berucap di Dewan Undangan Negeri, Menteri Buruh Dol Prasad Aryal berkata empat orang terbunuh dalam banjir yang mencetuskan monsun dan 24 yang lain terbunuh dalam tanah runtuh.
Berucap di Dewan Undangan Negeri, Menteri Buruh Dol Prasad Aryal berkata empat orang terbunuh dalam banjir yang mencetuskan monsun dan 24 yang lain terbunuh dalam tanah runtuh.
Tiga kanak-kanak maut dalam kebakaran di Sydney
Seorang bayi perempuan berusia sepuluh bulan dan dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia dua dan empat tahun maut dalam kebakaran di sebuah rumah di barat Sydney pada Ahad.
Polis Negeri New South Wales (NSW) dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 1 pagi waktu tempatan di Freeman Street, Lalor Park.
Polis Negeri New South Wales (NSW) dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 1 pagi waktu tempatan di Freeman Street, Lalor Park.
Jejambat BSP dibuka secara rasmi pada Ahad
Jejambat Bandar Saujana Putra (BSP) telah dibuka secara rasmi pada Ahad untuk kegunaan orang awam.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi laman media sosialnya.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi laman media sosialnya.
KKM adakan program reformasi sumber manusia
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah dan akan menyelesaikan isu berkenaan menerusi program reformasi sumber manusia di seluruh negara.
![Projek air: 1,500 juta liter sehari lebih daripada mencukupi - Chow Projek air: 1,500 juta liter sehari lebih daripada mencukupi - Chow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718018430_ChowKonYeowKetua.jpg)
Projek air: 1,500 juta liter sehari lebih daripada mencukupi - Chow
Chow Kon Yeow berkata unjuran tersebut adalah lebih daripada mencukupi untuk keperluan di utara Perak dan Pulau Pinang.
!['Trash4Cash' cara mudah tukar 'sampah' kepada wang 'Trash4Cash' cara mudah tukar 'sampah' kepada wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719209451_SmartRecycleBin.jpg)
'Trash4Cash' cara mudah tukar 'sampah' kepada wang
Pusat kitar semula pandu lalu automatik Trash4cash yang pertama dibuka di Seberang Perai membolehkan orang ramai menukar bahan kitar semula dengan wang secara mudah.
![CAP gesa penguatkuasaan tanda harga lebih ketat CAP gesa penguatkuasaan tanda harga lebih ketat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718714772_PeniagaBazarRamada.jpg)
CAP gesa penguatkuasaan tanda harga lebih ketat
Tinjauan CAP di seluruh negeri mendapati tahap ketidakpatuhan peniaga terhadap keperluan meletakkan tanda harga masih meluas.
![Denggi: Jabatan Kesihatan serbu rumah warga asing di Pulau Pinang Denggi: Jabatan Kesihatan serbu rumah warga asing di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716983924_Aedes.jpg)
Denggi: Jabatan Kesihatan serbu rumah warga asing di Pulau Pinang
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) mengambil tindakan drastik memeriksa rumah yang disewakan kepada warga asing di sekitar Machang Bubok.
![Polis serbu makmal, rampas dadah RM4.6 juta Polis serbu makmal, rampas dadah RM4.6 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716787552_tbrampasdadah.jpg)
Polis serbu makmal, rampas dadah RM4.6 juta
Polis berjaya membongkar makmal memproses dan mengedar dadah di rumah sewa di Pulau Pinang selepas menahan seorang lelaki Jumaat lepas.
![Polis Pulau Pinang tingkat kawalan susulan kejadian ceroboh balai, cuba rampas senjata Polis Pulau Pinang tingkat kawalan susulan kejadian ceroboh balai, cuba rampas senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716115706_PDRM.jpg)
Polis Pulau Pinang tingkat kawalan susulan kejadian ceroboh balai, cuba rampas senjata
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, semua anggota bertugas diminta sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan.
![Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Dato' Keramat cuba rampas submesingan Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Dato' Keramat cuba rampas submesingan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716109988_BalaiPolisDatoKe.jpg)
Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Dato' Keramat cuba rampas submesingan
Cubaan seorang lelaki merampas senjata submesingan jenis HK MP5 milik seorang anggota polis di Balai Dato' Keramat di sini, gagal selepas dia berjaya ditangkap pada pagi Ahad.
![Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Balai Dato' Keramat ditahan Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Balai Dato' Keramat ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716102348_BalaiPolisDatoKe.jpg)
Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Balai Dato' Keramat ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyerang anggota polis di Balai Polis Dato' Keramat, George Town pada Ahad.
![Masalah teknikal di LRA Batu Feringghi, bekalan air beberapa kawasan terjejas Masalah teknikal di LRA Batu Feringghi, bekalan air beberapa kawasan terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715774474_watertap.jpg)
Masalah teknikal di LRA Batu Feringghi, bekalan air beberapa kawasan terjejas
Loji Rawatan Air (LRA) Batu Feringghi mengalami masalah teknikal sehingga menyebabkan beberapa kawasan mengalami tekanan air rendah atau tiada bekalan air hari ini.
![8 mengaku tidak bersalah urus kondo jadi pusat judi dalam talian 8 mengaku tidak bersalah urus kondo jadi pusat judi dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715752494_tbwargaIndonesia.jpg)
8 mengaku tidak bersalah urus kondo jadi pusat judi dalam talian
Seorang wanita dan tujuh lelaki termasuk seorang warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret 1, di sini pada Rabu atas pertuduhan menguruskan sebuah rumah sebagai pusat perjudian dalam talian.