Pembebasan kesemua 47 rakyat Malaysia, termasuk 40 anak Sarawak, yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti perjudian dalam talian secara haram di Kemboja, telah mendapat perintah mahkamah negara itu.
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, perkara utama yang diterapkan semasa membuat rundingan bersama kerajaan Kemboja adalah untuk menghormati undang-undang negara terbabit.
"Terima kasih kepada kerajaan Kemboja di bawah pimpinan Perdana Menteri Hun Sen yang memudahkan proses pembebasan ini mengikut undang-undang negara itu," katanya pada sidang media sempena ketibaan 43 bekas tahanan tersebut iaitu 40 rakyat Sarawak dan tiga dari Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini, hari ini.
Beliau berkata kunci utama kejayaan pembebasan 47 rakyat Malaysia itu adalah kerana keprihatinan kerajaan Sarawak dan kerajaan pusat yang berkerjasama membuat rundingan sehingga keputusan positif berjaya dicapai.
Hadir sama Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak Kementerian Luar, Deddy Faisal Ahmad Salleh.
Fatimah, Wan Junaidi dan Deddy merupakan anggota delegasi yang dihantar oleh kerajaan Sarawak untuk misi membawa pulang kesemua 47 warga Malaysia itu yang ditahan di Penjara Banteay Mancheay, kira-kira 44km dari Phnom Penh, pada 16 Disember lalu selepas dipercayai terpedaya dengan sindiket pemerdagangan manusia yang menawarkan gaji lumayan.
Mereka akhirnya di dibebaskan Jumaat lalu dan dibawa pulang hari ini.
Kesemua 40 anak Sarawak dan tiga dari Sabah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap, Kemboja, pada jaml 10.35 pagi tadi dengan menaiki penerbangan khas JC International Airlines bersama-sama Fatimah.
Sementara itu, empat lagi iaitu tiga berasal dari Selangor dan seorang dari Kuala Lumpur dibawa pulang menaiki pesawat AirAsia dari Lapangan Terbang Seam Reap pada jam 8.30 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada jam 11.35 pagi tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 17 2019
![Pembebasan 47 tahanan Malaysia sudah mendapat perintah mahkamah Kemboja Pembebasan 47 tahanan Malaysia sudah mendapat perintah mahkamah Kemboja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81550059708_kemboja.jpg)
Kesemua 40 anak Sarawak dan tiga dari Sabah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap, Kemboja, pada jaml 10.35 pagi tadi dengan menaiki penerbangan khas JC International Airlines bersama-sama Fatimah. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Op Limau: 120 ditahan terlibat judi haram - Polis Op Limau: 120 ditahan terlibat judi haram - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673194290_OnlineGambling.jpg)
Op Limau: 120 ditahan terlibat judi haram - Polis
Dalam tempoh itu, sebanyak 20 serbuan dilaksanakan dan 120 individu terdiri daripada 115 lelaki dan lima wanita ditahan, manakala wang tunai berjumlah RM92,481 dirampas.
![Op Dadu: Polis berkas 17 kaki judi di Air Itam Op Dadu: Polis berkas 17 kaki judi di Air Itam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71661344787_TBOPDADU.jpg)
Op Dadu: Polis berkas 17 kaki judi di Air Itam
Polis Pulau Pinang menahan 17 individu termasuk lapan orang wanita kerana terlibat dengan aktiviti perjudian di sebuah premis di kawasan Air Itam, Pulau Pinang pada Isnin.
![Sembilan dicekup leka main judi dalam ladang sawit Sembilan dicekup leka main judi dalam ladang sawit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81644361110_judi.jpg)
Sembilan dicekup leka main judi dalam ladang sawit
Penganjur yang merupakan pengusaha kelapa sawit menghebahkan aktiviti perjudian itu dalam kalangan kenalan yang kebanyakan juga merupakan pengusaha sawit.
![Judi: Polis Sabah rampas lebih RM100,000, tangkap 93 orang Judi: Polis Sabah rampas lebih RM100,000, tangkap 93 orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81605421220_TBHazaniGhazali.jpg)
Judi: Polis Sabah rampas lebih RM100,000, tangkap 93 orang
Sebanyak 12 serbuan telah dijalankan di bawah Op Limau, sempena Sambutan Tahun Baru Cina kali ini.
![Pembebasan 47 tahanan Malaysia sudah mendapat perintah mahkamah Kemboja Pembebasan 47 tahanan Malaysia sudah mendapat perintah mahkamah Kemboja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81550059708_kemboja.jpg)
Pembebasan 47 tahanan Malaysia sudah mendapat perintah mahkamah Kemboja
Perkara utama yang diterapkan semasa membuat rundingan bersama kerajaan Kemboja adalah untuk menghormati undang-undang negara terbabit.
![PDRM buka bilik gerakan khas tangani kegiatan perjudian PDRM buka bilik gerakan khas tangani kegiatan perjudian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/81530160205_TanSriMohamdFuzi.jpg)
PDRM buka bilik gerakan khas tangani kegiatan perjudian
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya memandang berat kenyataan pelbagai pihak yang mempertikaikan kesungguhan dan keberkesanan tindakan pasukan keselamatan itu.
![Polis Sarawak tahan 82 lagi individu terlibat aktiviti judi Polis Sarawak tahan 82 lagi individu terlibat aktiviti judi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/41438356507_HANDCUFF.jpg)
Polis Sarawak tahan 82 lagi individu terlibat aktiviti judi
Polis Sarawak melakar satu lagi kejayaan dalam usahanya membanteras aktiviti perjudian di negeri ini apabila menahan 82 lagi individu minggu lepas.