TAWAU: Seorang pembantu tadbir wanita di sebuah sekolah menengah di sini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas dua pertuduhan menggunakan jawatan bagi mendapatkan suapan berkaitan kerja-kerja di sekolah bernilai RM39,900, empat tahun lepas.
Hasniah A M Nawir, 50, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Wanita itu didakwa menggunakan jawatannya bagi mendapatkan suapan untuk suaminya Saharuddin Kasim melibatkan kerja pemasangan sinki, perpaipan dan lain-lain di sekolah itu bernilai RM19,980 dengan memilih Syarikat MRD Enterprise menjalankan kerja-kerja tersebut.
Hasniah juga dituduh menggunakan jawatan mendapatkan suapan untuk diri sendiri dengan mempelawa Syarikat Mega Corporation bagi perkhidmatan penyewaan mesin fotokopi serta mesin copyprinter untuk sekolah sama di dalam sistem ePerolehan bernilai RM19,920, namun kerja-kerja berkenaan dilakukan sendiri.
Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Abaka di sini, masing-masing pada Ogos dan September 2020.
Kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama, membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda lima kali ganda suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Hakim Jason Juga, membenarkan Hasniah diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin, menyerahkan dokumen perjalanan kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap dua bulan sekali, manakala tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 20 Ogos.
Pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzati Sapifee, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 20 2024
Hasniah A M Nawir, 50, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya. - Gambar hiasan
Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.
AS tarik diri Majlis Hak Asasi Manusia PBB, henti dana untuk pelarian Palestin - Laporan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka menandatangani perintah eksekutif pada Selasa untuk menarik diri daripada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Tiada bukti telefon bimbit sebabkan kanser
Penyelidikan yang diketuai oleh agensi keselamatan nuklear dan radiasi Australia tidak menemui sebarang kaitan antara penggunaan telefon bimbit dengan pelbagai jenis kanser, lapor Xinhua.
Jepun pertimbang bantuan perubatan, pendidikan untuk warga Palestin
Perdana Menteri Jepun berkata kerajaan mempertimbang untuk menawarkan bantuan perubatan dan pendidikan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat perang.
Majikan, enam etnik Rohingya hadapi pertuduhan bunuh
Seorang majikan warga tempatan serta enam etnik Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani atas pertuduhan membunuh dan tanam rakan sekerja di dalam kolah pada 28 Januari lalu.
Bekas pegawai kanan Jabatan Ketua Menteri Melaka direman kes salah guna kuasa
Bekas pegawai kanan Jabatan Ketua Menteri Melaka direman lima hari selepas disyaki terlibat kes rasuah tahun lalu.
Peniaga didakwa lakukan ugutan jenayah, lepaskan tembakan
Seorang peniaga didakwa atas dua pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap lima remaja dan melepaskan tembakan di tempat yang tidak dibenarkan
PM jelaskan 85 peratus rakyat tidak terkesan kenaikan tarif elektrik
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kenaikan tarif elektrik yang akan dilaksanakan mulai Julai ini hanya melibatkan sektor industri serta golongan berpendapatan tinggi, tanpa memberi kesan kepada 85 peratus rakyat negara ini.
AWANI Ringkas: Tarif elektrik: 85% tidak terkesan kenaikan - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serpihan pesawat American Airlines dibawa keluar dari Sungai Potomac
Sebahagian besar serpihan badan pesawat American Eagle yang terhempas selepas perlanggaran udara dengan helikopter Black Hawk di Washington, DC berjaya dikeluarkan dari Sungai Potomac.
Pembantu tadbir sekolah didakwa guna jawatan untuk dapat suapan
Seorang pembantu tadbir wanita di sebuah sekolah menengah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, atas dua pertuduhan menggunakan jawatan bagi mendapatkan suapan.