MELAKA: Dua sahabat dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas tuduhan memecah masuk sebuah kediaman dan mencuri beberapa barangan melibatkan kerugian lebih RM15,000 termasuk sebuah kereta pada 3 Mac lepas.
Pembantu restoran Mohd Adib Kasim, 32, dan jurujual Fais Yusoff, 38, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
Mengikut pertuduhan kedua mereka didakwa melakukan pecah rumah dengan memasuki rumah milik Mohd Hamizzuri Huri, 48, di Taman Merak, Melaka Tengah di sini pada 3 Mac lepas, sekitar 8.15 malam.
Mohd Adib dan Fais didakwa mencuri barangan berupa sebentuk cincin kahwin platinum lelaki, seutas gelang emas, rantai emas, jam tangan pelbagai jenama dengan anggaran nilai RM5,000.
Selain itu, enam beg tangan pelbagai jenama anggaran RM8,000; satu beg sandang yang mengandungi wang campuran luar negara dianggarkan RM2,000; tiga kunci motosikal bersama cukai jalan; minyak wangi anggaran RM700;
Turut dicuri alat kawalan jauh pintu pagar, polisi insurans kereta Toyota Harrier, dompet mengandungi kad bank, kad insurans, lesen memandu isteri, dua komputer riba, dua unit telefon, seunit tablet, serangkai kunci kereta dan kunci rumah anggaran nilai keseluruhan kira-kira RM2,000 dan sebuah kereta jenis Toyota Harrier.
Mohd Adib dan Fais didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda, dan jika kesalahan yang dimaksudkan hendak dilakukan itu adalah kesalahan mencuri, maka tempoh penjara itu boleh dilanjutkan sehingga 14 tahun dan bagi mana-mana satu kesalahan itu kali kedua atau yang kemudian, boleh dikenakan denda dan sebat.
Ketika prosiding Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri mencadangkan tiada jaminan diberikan ke atas Mohd Adib dan Fais.
Bagaimanapun kedua tertuduh yang diwakili peguam Amrit Singh merayu agar anak guamnya diberi jaminan dengan alasan mempunyai tanggungan anak yang kecil, bekerja sebagai pembantu makanan dan jurujual selain sudah berada lama dalam tahanan.
Mohamad Izwan membenarkan kedua tertuduh dijamin RM7,000 dengan dua penjamin dan perlu melaporkan diri ke balai polis seminggu sekali sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 19 Mei sebagai tarikh sebutan semula.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 06 2022

Pembantu restoran Mohd Adib Kasim, 32, dan jurujual Fais Yusoff, 38, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Pembantu restoran, jurujual didakwa curi cincin kahwin dan kereta
Kedua mereka didakwa melakukan pecah rumah dengan memasuki rumah milik Mohd Hamizzuri Huri, 48, di Taman Merak, Melaka Tengah di sini pada 3 Mac lepas, sekitar 8.15 malam.