KUALA LUMPUR: Seorang pembantu pendaftaran kanan di Jabatan Pendaftran Negara (JPN) didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, kerana menerima suapan RM2,000 sebagai upah membantu mempercepatkan proses kad pengenalan seorang remaja lelaki, tiga tahun lepas.
Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu ke atas Wan Zulfadli Wan Zain, 42, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan dan mahkamah memerintahkannya menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda itu.
Azura turut menasihatkan tertuduh agar insaf dan tidak mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang.
"Kamu patut bersyukur kerana kamu ada pilihan untuk diberi pertuduhan yang lebih ringan daripada pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Saya harap kamu menggunakan peluang tersebut dengan sebaiknya, perbaiki diri kamu dan mulakan kehidupan baharu," katanya.
Berdasarkan fakta kes, pada 11 Mac 2019, Bahagian Perisikan SPRM membuka satu aduan berkaitan Ops Japan iaitu aduan membabitkan sindiket permintaan dan penawaran wang rasuah melibatkan pegawai di JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan runner (orang tengah) bagi menyelesaikan urusan berkaitan pengeluaran dokumen pengenalan diri oleh jabatan tersebut.
Dalam operasi tersebut, seorang pegawai SPRM menyamar sebagai runner kepada JPN manakala seorang pegawai JPN WPKL dilantik sebagai ejen perisik.
Sim Eng Hua, 60, telah berjumpa pegawai SPRM itu dan pegawai JPN berkenaan serta seorang runner kepada Sim di Paparich Publika Hartamas, pada 9.15 malam, 27 Feb 2020, dan memaklumkan bahawa remaja lelaki berumur 17 tahun itu anak angkat bukan anak kandungnya dan merasa takut untuk membuat permohonan kad pengenalan anaknya itu kerana pengesahan kelahiran di sebuah klinik bersalin.
Klinik berkenaan antara klinik yang diragui ketulenan dokumen pengesahan kelahiran oleh pihak JPN kerana kebanyakan kes adalah pengesahan dokumen palsu.
Pada 1 Okt 2020, pegawai SPRM itu menghubungi tertuduh melalu mesej aplikasi WhatsApp berkaitan proses mendapatkan kad pengenalan remaja terbabit dan setelah mengambil kad pengenalan di kaunter JPN, UTC Pudu, Sim memberi wang RM2,000 kepada pegawai SPRM berkenaan untuk diserahkan kepada tertuduh sebagai balasan mempercepatkan proses memperoleh kad pengenalan tersebut.
Mengikut pertuduhan, bapa dua anak itu didakwa sebagai pembantu pendaftaran kanan Gred KP22 yang bertugas di JPN, UTC Pudu di sini, menerima suapan RM2,000 daripada Sim melalui seorang lelaki sebagai upah membantu mempercepatkan proses kad pengenalan remaja berkenaaan sedangkan kelahirannya di sebuah klinik bersalin adalah diragui.
Kesalahan itu dilakukan di gerai makan bersebelahan Hotel Ancasa, Jalan Tun Tan Cheng Lock di sini, pada 6 Okt 2020, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Semasa rayuan untuk meringankan hukuman, Wan Zulfadli yang tidak diwakili peguam merayu supaya dia hanya dikenakan hukuman denda yang rendah memandangkan dia penanggung tunggal keluarga perlu menyara isterinya yang cacat penglihatan serta dua anak.
"Isteri saya orang kurang upaya penglihatan dan tidak bekerja. Saya yang menguruskan rumah dan persekolahan anak-anak. Saya mohon hukuman denda yang rendah kerana saya tak ada banyak duit," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa memohon hukuman setimpal bukan sahaja memberi pengajaran kepada tertuduh, malah sebagai amaran dan peringatan kepada masyarakat agar tidak melakukan kesalahan sama.
"Kedudukan dan jawatan tertuduh sebagai seorang penjawat awam yang merupakan pembantu pendaftaran kanan Gred KP22 di JPN tidak sepatutnya menyebabkan tertuduh mengambil kepentingan peribadi melebihi kepentingan awam. Pihak pendakwaan mohon denda yang dikenakan terhadap tertuduh antara RM8,000 hingga RM15,000," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2023
Seorang pembantu pendaftaran kanan di JPN didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana menerima suapan RM2,000 sebagai upah membantu mempercepatkan proses kad pengenalan seorang remaja lelaki, tiga tahun lepas. - Gambar hiasan
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Pembantu pendaftaran JPN didenda RM8,000 terima rasuah percepat proses kad pengenalan
Tertuduh didapati menerima suapan RM2,000 sebagai upah membantu mempercepatkan proses kad pengenalan seorang remaja lelaki, tiga tahun lepas.