SEMPORNA: Seorang pembantu jurulatih selam skuba ditahan polis selepas disyaki mencabul seorang pelancong wanita warga China ketika melakukan aktiviti selaman di perairan Semporna.
Lelaki berusia 27 tahun itu ditahan pada jam 12.50 tengah malam Ahad di sebuah tempat penginapan selepas laporan polis diterima daripada mangsa pada Sabtu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Semporna Asisten Superintenden Arif Abdul Razak berkata, kejadian berlaku pada Jumaat ketika mangsa berusia 25 tahun melakukan aktiviti selam skuba.
"Laporan diterima oleh seorang pelancong wanita warga China yang mengatakan bahawa pada kira-kira jam 1 petang Jumaat dia telah dicium oleh seorang pembantu jurulatih selam skuba semasa melakukan aktiviti selam skuba di perairan sebuah pulau peranginan di daerah ini.
"Pengadu kemudian membuat laporan polis pada keesokan harinya sebelum bergerak ke Lapangan Terbang Tawau untuk berlepas ke Kuala Lumpur dan seterusnya menyambung penerbangan balik ke negara asalnya," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Susulan daripada laporan itu, Arif berkata, tangkapan segera dilakukan terhadap suspek dalam kes ini.
"Suspek adalah warga tempatan yang bekerja separuh masa sebagai pembantu jurulatih selam skuba dengan sebuah pusat selaman skuba.
"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan reman telah dimohon di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 08 2023
Suspek adalah warga tempatan yang bekerja separuh masa sebagai pembantu jurulatih selam skuba dengan sebuah pusat selaman skuba.
AWANI Borneo [14/1/2025] - Kereta hilang kawalan | Tingkat kapasiti 5 juta liter sehari | Perkukuh tenaga hijau
AWANI Borneo 13 Januari 2025 bersama Nickyson Nyambar
1) Remaja 15 tahun antara empat maut di Jalan Stutong Kuching.
2) Projek Bekalan Air Kasigui Penampang siap Mei 2025
3) Sarawak lancar projek Metanol Hijau di Tanjung Kidurong
1) Remaja 15 tahun antara empat maut di Jalan Stutong Kuching.
2) Projek Bekalan Air Kasigui Penampang siap Mei 2025
3) Sarawak lancar projek Metanol Hijau di Tanjung Kidurong
Sumbangan menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024.
Harmoni dalam kepelbagaian tema hala tuju KPN 2025
Harmoni Dalam Kepelbagaian telah dipilih sebagai tema dan landasan utama hala tuju Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menuju Perpaduan Dalam Kepelbagaian pada tahun 2025.
UWSS kasigui bakal tingkat kapasiti lima juta liter sehari
Tapak pembinaan Projek Urgent Water Supply Scheme (UWSS) Kasigui, penampang bakal meningkatkan kapasiti bekalan air sebanyak 5 juta liter sehari.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Shahelmey Yahya memaklumkan terdapat beberapa isu teknikal yang perlu diselesaikan, namun yakin ia siap pada Mei 2025.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Shahelmey Yahya memaklumkan terdapat beberapa isu teknikal yang perlu diselesaikan, namun yakin ia siap pada Mei 2025.
Sarjan didakwa atas dua pertuduhan rasuah
Seorang anggota polis yang bertugas di Jabatan Siasatan Narkotik, didakwa di mahkamah atas dua pertuduhan berkaitan rasuah.
PGA Sibu lumpuhkan operasi pembalakan haram, nilai rampasan lebih RM3 juta
Pasukan Cawangan Risik Batalion 10 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sibu melumpuhkan kegiatan pembalakan haram menerusi Operasi Taring Libas di Batu 6, Jalan Pakan/Entabai, Julau.
Satu PPS kanowit ditutup
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di dewan serba guna Nanga Ngungun ditutup pada jam 2 petang tadi.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak Khamis hingga Ahad
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di tiga negeri bermula Khamis hingga Ahad ini.
'Harmoni dalam kepelbagaian' jadi tema hala tuju KPN 2025
'Harmoni dalam kepelbagaian' telah dipilih sebagai tema dan landasan utama hala tuju Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menuju perpaduan dalam kepelbagaian pada tahun 2025.
Lawatan kerja: PM adakan perbincangan dengan Presiden Kenya, Uganda
Kenya dan Uganda menyatakan kesepakatan meningkatkan perdagangan dua hala dengan Malaysia.
Pembantu juruselam ditahan cabul pelancong ketika selam skuba
Kejadian berlaku pada Jumaat ketika mangsa berusia 25 tahun melakukan aktiviti selam skuba.