Setiap aktiviti pembangunan khususnya di tanah tinggi perlu ada garis panduan yang jelas yang harus dipatuhi oleh semua pemaju pertanian tegas Pakar Geologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Tajul Anuar Jamaluddin.
Tajul mencadangkan sekiranya garis panduan gagal dipatuhi, pihak penguatkuasaan boleh menggunakan khidmat jabatan yang berkaitan dalam membimbing petani dan pekebun agar kelestarian pembangunan tanah tinggi terjamin.
“Sekiranya pekebun atau pemaju pertanian gagal mengikut garis penduan yang ditetapkan, pihak penguatkuasa boleh menggunakan khidmat Jabatan Hutan atau Jabatan Alam Sekitar jika berlaku penerokaan hutan atau aktiviti pertanian haram yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada udara atau air (sungai)” katanya lagi.
Sementara itu wakil penguatkuasa tempatan, Datuk Ahmad Daud selaku Pegawai Daerah Cameron Highlands tidak menafikan terdapat halangan dari penduduk yang menyebabkan tindakan ke atas aktiviti pertanian haram gagal diambil.
“Pernah satu ketika, pihak penguatkuasa mahu mengambil tindakan kepada pemaju yang membuka penempatan haram atau kerja pertanian haram di Lembah Bertam namun mendapat tentangan hebat dari penduduk” lapornya ketika dihubungi.
Menurut Ahmad lagi usaha itu gagal untuk dilakukan sehinggalah berlakunya peristiwa tanah runtuh baru-baru ini.
Aktiviti pertanian sepanjang sungai Lembah Bertam dipercayai telah dijalankan sejak 30 tahun lalu.
Tajul juga menyeru agar penduduk tempatan mengambil iktibar ke atas kejadian tanah runtuh yang berlaku baru-baru ini yang berpunca dari kerja-kerja pertanian yang dilakukan secara sesuka hati sehingga ada kalanya menceroboh kawasan rizab sungai.
Pandangan disuarakan semasa menjadi tetamu dalam Buletin Awani 7:45 yang membincangkan topik Pembangunan Mapan dan Alam Sekitar Elak Bencana.
Azyyati Ahmad
Sun Nov 17 2013

598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

121 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu di Cameron Highlands
Operasi melibatkan 143 pegawai dan anggota daripada pelbagai jabatan, diadakan bagi membanteras kebanjiran warga asing di daerah itu.

Tanah runtuh di Kampung Raja, Cameron Highlands, laluan terhalang
Polis mengesahkan tiada kehilangan nyawa atau harta benda dalam kejadian yang dilaporkan pada pukul 2 pagi itu.

Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.

Amaran hujan lebat berterusan peringkat bahaya hingga Jumaat
Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka di Perlis, beberapa kawasan di Kedah, Perak, dan Pahang.

Rockshed kekal tangani runtuhan cerun di Simpang Pulai - Nanta
Pembinaan rockshed kekal itu masih berada pada tahap perbincangan yang memerlukan penelitian berhubung reka bentuk dan ciri keselamatan.

Laluan terjejas tanah runtuh di Cameron Highlands telah dibuka
Polis berkata insiden itu menyebabkan laluan tersebut terhalang dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan selama dua jam.

Tanah runtuh: Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands ditutup
Insiden cerun runtuh di KM43.4, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berhampiran sempadan negeri Pahang pada Jumaat menyebabkan laluan itu ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.

Pendekatan terbaik kerajaan negeri selesai isu peniaga Cameron Highland - Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kerajaan negeri sudah mengambil pendekatan terbaik dalam menyelesaikan isu 32 peniaga di Cameron Highlands.

Sultan Pahang titah isu peniaga Cameron Highlands diselesaikan dengan baik
Sultan Pahang menasihatkan agar tiada pihak ketiga mengeruhkan keadaan untuk memastikan penyelesaian yang baik.

31 mangsa terjejas banjir kilat, tanah runtuh di Cameron Highlands
Seramai 31 mangsa dipindahkan ke PPS di Pusat Komuniti Sungai Ruil akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands.