KUCHING: Pembangunan modal insan terlatih dan berpengetahuan luas dengan sistem pendidikan bertaraf dunia jadi keutamaan Sarawak dalam misi mencapai status negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata fokus kepada modal insan itu penting kerana kekayaan sumber asli semata-mata tidak menjamin kejayaan sepenuhnya.
Katanya Sarawak boleh belajar dari negara seperti Singapura dan Jepun yang mampu menjadi sebuah kuasa ekonomi besar kerana kekuatan sumber manusianya walaupun tidak mempunyai sumber asli.
"Oleh itu, Sarawak di bawah Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memperkukuhkan sistem pendidikan negeri ini selaras dengan Peruntukan Fasal 17 Inter-Governmental Committee Report (IGC) yang memberi kuasa kepada Sarawak untuk menentukan dasar sistem pendidikannya sendiri walaupun pendidikan adalah perkara di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan," katanya.
Abang Johari yang juga Pengerusi GPS berkata demikian dalam Perutusan Hari Raya Aidilfitri di sini, pada Jumaat.
Abang Johari berkata kesungguhan kerajaan Sarawak dalam melahirkan modal insan bertaraf global boleh dilihat daripada cadangan penubuhan lima sekolah antarabangsa yang menggunakan silibus Cambridge.
"Salah satu daripada sekolah itu telah beroperasi di Kuching.
"Selain itu, Sarawak mempunyai empat universiti yang dimiliki melalui Yayasan Sarawak iaitu Swinburne University of Technology, Curtin University, University of Technology Sarawak (UTS) dan iCATS University College. Sarawak juga mempunyai pusat latihan CENTEXS yang memiliki kampus cawangan di beberapa kawasan di negeri ini," katanya.
Sementara itu Abang Johari berkata melalui peruntukan RM5.6 bilion kepada negeri Sarawak dalam Belanjawan 2023, keutamaan akan diberikan kepada usaha mempertingkatkan taraf kemudahan seperti jalan raya, klinik dan sekolah.
"Walaupun jumlah peruntukan ini tidak mencukupi, tetapi kita harus menggunakan jumlah yang disalurkan dengan sebaik-baiknya untuk memberi keselesaan kepada rakyat.
"Dengan pendapatan negeri yang dijangka terus meningkat kerajaan Sarawak turut akan meneruskan pembinaan jalan raya dan melengkapkan pembangunan utiliti seperti bekalan elektrik dan air di kawasan luar bandar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 21 2023
![Pembangunan modal insan keutamaan Sarawak - Abang Jo Pembangunan modal insan keutamaan Sarawak - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681466791_AbangJohari.jpg)
Abang Johari berkata fokus kepada modal insan itu penting kerana kekayaan sumber asli semata-mata tidak menjamin kejayaan sepenuhnya. - Foto fail/BERNAMA
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Sarawak mahu undang-undang lebih tegas tangani vandalisme utiliti - Abang Johari Sarawak mahu undang-undang lebih tegas tangani vandalisme utiliti - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720008134_AbangJohariTunOpe.jpg)
Sarawak mahu undang-undang lebih tegas tangani vandalisme utiliti - Abang Johari
Sarawak akan kaji undang-undang sedia ada bagi mengenakan hukuman lebih berat dalam usaha membanteras vandalisme terhadap infrastruktur utiliti negeri itu.
![Sarawak tiada hasrat rampas hak PETRONAS - Abang Johari Sarawak tiada hasrat rampas hak PETRONAS - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719872574_AbangJohariTunOpe.jpg)
Sarawak tiada hasrat rampas hak PETRONAS - Abang Johari
Segala usaha yang dilaksanakan Sarawak dalam industri O&G terutama menerusi PETROS adalah berlandaskan hak dan undang-undang sedia ada.
![Perspektif peribumi penting untuk gerakan kelestarian - Premier Sarawak Perspektif peribumi penting untuk gerakan kelestarian - Premier Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719409356_tbAbangJohari.jpg)
Perspektif peribumi penting untuk gerakan kelestarian - Premier Sarawak
Pengetahuan dan perspektif masyarakat peribumi adalah penting kepada mana-mana gerakan kelestarian, kata Abang Johari.
![Kemudahan pendidikan bertaraf dunia mampu tingkatkan usaha Sarawak guna teknologi baharu Kemudahan pendidikan bertaraf dunia mampu tingkatkan usaha Sarawak guna teknologi baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719408266_tbAbangJohari.jpg)
Kemudahan pendidikan bertaraf dunia mampu tingkatkan usaha Sarawak guna teknologi baharu
Rakyat Sarawak digesa meneroka dan melengkapkan diri dengan perkembangan global semasa bagi merealisasikan agenda itu.
![Yang Dipertua Dewan Negara baharu adalah orang Sarawak - Abang Johari Yang Dipertua Dewan Negara baharu adalah orang Sarawak - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717772958_AbangJohariTunOpe.jpg)
Yang Dipertua Dewan Negara baharu adalah orang Sarawak - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan bahawa Yang di-Pertua Dewan Negara yang baharu kelak, adalah orang Sarawak.
![Sukan SEA 2027: Sarawak sedia jadi hos bersama, lokasi acara perasmian Sukan SEA 2027: Sarawak sedia jadi hos bersama, lokasi acara perasmian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715267921_TBAbangJo.jpg)
Sukan SEA 2027: Sarawak sedia jadi hos bersama, lokasi acara perasmian
Abang Johari berkata Sarawak juga bersedia untuk berkongsi kos penganjuran Sukan SEA 2027 bersama Kerajaan Persekutuan.
![Pendidikan: Jangan jadikan perbezaan bidang kuasa isu - Abang Johari Pendidikan: Jangan jadikan perbezaan bidang kuasa isu - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715773497_tbAbangJohariTun.jpg)
Pendidikan: Jangan jadikan perbezaan bidang kuasa isu - Abang Johari
Perbezaan bidang kuasa Persekutuan dan negeri tidak seharusnya menjadi isu dalam pelaksanaan pembangunan pendidikan di Sarawak.
![Tiada lagi politik kayu balak di Sarawak - Abang Johari Tiada lagi politik kayu balak di Sarawak - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717848574_AbangJohari.jpg)
Tiada lagi politik kayu balak di Sarawak - Abang Johari
Abang Johari berkata dasar yang diambil Sarawak sekarang turut membolehkannya mengekalkan kira-kira 62 peratus kawasan hutan di negeri ini.
![Kemudahan Elektrolisis Sarawak mampu tingkatkan inisiatif hidrogen hijau Kemudahan Elektrolisis Sarawak mampu tingkatkan inisiatif hidrogen hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717707291_TBabangjo.jpg)
Kemudahan Elektrolisis Sarawak mampu tingkatkan inisiatif hidrogen hijau
Sasarannya untuk menghasilkan 500 megawatt elektrolisis dalam tempoh lima tahun akan datang, meningkatkan pengeluaran hidrogen rantau ini.
![Sarawak tidak ambil hak orang lain - Abang Johari Sarawak tidak ambil hak orang lain - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717624408_WanJunaidi.jpg)
Sarawak tidak ambil hak orang lain - Abang Johari
Katanya, ada pihak tertentu yang mempersoal tindakan Kerajaan Sarawak menguatkuasakan undang-undang berhubung pelarasan pengagihan gas.