KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka di kemudahan kesihatan seperti hospital dan pengangkutan awam mendapat reaksi positif orang ramai selain ada yang berpandangan pemakaiannya terpulang kepada pertimbangan dan keperluan individu.
Rata-rata rakyat Malaysia yang ditemui dalam tinjauan Bernama menyambut baik peraturan baharu mengenai pemakaian pelitup muka bagi individu positif COVID-19 semasa berada di dua lokasi berkenaan seperti yang diumumkan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa hari ini.
R. Arese Nesi, 21, berkata kelonggaran tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka di dalam pengangkutan awam sudah pasti sesuatu yang sangat menggembirakan kerana ia secara tidak langsung menunjukkan situasi semasa COVID-19 dalam negara semakin pulih.
"Jika situasi tidak bagus, mesti kerajaan tidak mengumumkan kelonggaran ini. Saya rasa ia sangat baik kerana tidak perlu memakai (pelitup muka) apabila menaiki LRT (Transit Aliran Ringan) atau MRT (Transit Aliran Massa) kerana ia selalu sesak, tambah lagi pakai pelitup muka, rasa sukar," kata pelajar tahun dua diploma jurusan komunikasi di sebuah universiti tempatan kepada Bernama di sini hari ini.
Malaysia berada di fasa peralihan ke endemik sejak 1 April 2022.
Menurut guru di sebuah sekolah antarabangsa, Lisa Licson, 25, berkata orang ramai tidak perlu lagi bimbang akan dikenakan kompaun atau denda sekiranya tidak mematuhi peraturan dan SOP yang ditetapkan ketika berada dalam kawasan kemudahan kesihatan.
"Apabila pengumuman ini dah kata tidak lagi perlu memakai pelitup muka, bagi saya itu perkara yang bagus. Saya rasa kepentingan pemakaian pelitup muka ini bergantung kepada diri masing-masing," katanya.
Bagi Muhammad Said Abdullah, 29, pula melahirkan rasa gembira dengan pengumuman kerajaan, namun bimbang sekiranya jangkitan COVID-19 kembali menular secara agresif pada masa akan datang.
"Sebelum ini sebagai seorang pemandu Grab, saya sentiasa pesan kepada penumpang agar memakai pelitup muka, malah akan memberikannya jika mereka tidak membawa. Sekarang saya tidak perlu berbuat demikian lagi," katanya.
Beliau bagaimanapun mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai pelitup muka jika mengalami selesema, batuk atau demam bagi mengelakkan menjangkiti penumpang yang menaiki kenderaanya.
Eksekutif Media Sosial Digital 38 Sdn Bhd, Nik Nur Najla Nik Zaid, 24, pula mempunyai pendapat yang berbeza bahawa pengguna pengangkutan awam tidak dapat mengelak daripada terdedah kepada risiko dijangkiti wabak berkenaan apabila berhadapan dengan keadaan penumpang yang sesak di dalam kenderaan.
"Setiap masa pergi dan balik kerja memang situasi di dalam LRT itu berhimpit, kita tak tahu keadaan individu-individu di dalam LRT itu. Bagaimanapun ia terpulang dekat individu tu sendiri, kalau memang ada rasa takut, rasa tanggungjawab dan sayang diri sendiri mesti mereka akan pakai (pelitup muka) walaupun sudah tidak wajib," katanya.
Terdahulu, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa mengumumkan, pemakaian pelitup muka semasa berada di dalam pengangkutan awam dan fasiliti kesihatan tidak lagi diwajibkan berkuat kuasa 5 Julai ini.
Beliau berkata di bawah penilaian semula prosedur operasi standard (SOP), individu yang positif COVID-19 dan mereka yang mengendalikan pesakit itu, hanya dikehendaki memakai pelitup muka di lokasi berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 29 2023

Rata-rata rakyat Malaysia yang ditemui menyambut baik peraturan baharu mengenai pemakaian pelitup muka bagi individu positif COVID-19. - Gambar fail/Bernama
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM
Malaysia tidak menunjukkan trend peningkatan kes influenza dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) dalam kalangan manusia, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Ibu negara Vietnam, Hanoi, bandar raya paling tercemar di dunia
Ibu negara Vietnam, Hanoi, menduduki tangga teratas sebagai kota paling tercemar di dunia pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu (AA).

Dua remaja perempuan berdepan detik cemas hampir diculik di Gerik
Dua remaja perempuan berusia 14 tahun menempuh detik cemas apabila hampir menjadi mangsa culik di Kampung Padang, Gerik dalam kejadian berasingan pada Isnin dan semalam.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Koronavirus: Tour de France wajibkan pelitup muka di kawasan tertentu
Penganjur memperkenalkan langkah untuk baki acara Tour de France, yang berlangsung sehingga 21 Julai.

Polis tahan enam anggota sindiket ah long disyaki ugut peminjam
Polis menahan enam individu disyaki terbabit aktiviti pinjaman wang tanpa lesen atau 'Ah Long' menerusi beberapa serbuan di sekitar Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur bermula 28 Jun hingga 1 Julai.

Buka sekejap pelitup muka ketika berurusan di kaunter - Polis
Mana-mana premis dimohon menetapkan syarat bagi setiap individu membuka pelitup muka ketika berurusan di kaunter perkhidmatan.

Letusan Gunung Ruang: Tiada keperluan pakai pelitup muka di Sabah
Tiada keperluan memakai pelitup muka di kawasan terbuka di Sabah buat masa ini berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang baru-baru ini, kata Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Asits Sanna.

Pelitup muka kembali wajib dipakai di Sepanyol
Perkara itu dinyatakan Kementerian Kesihatan ketika mana negara itu berdepan wabak selesema.

COVID-19 terkawal tetapi virus akan terus ada bersama kita - KKM
Kebanyakan kes COVID-19 yang dilaporkan mengalami gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital.