Penasihat DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham didakwa berniat jahat dan cuba menimbulkan kemarahan rakyat apabila menuduh kemungkinan pemansuhan 3,847 hektar rizab hutan simpan kekal (HSK) untuk mendapat dana pilihan raya.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan negeri, Datuk Saarani Mohamad berkata, tuduhan itu adalah punca utama yang mendorong Ngeh membuat sidang media baru-baru ini.
"Itulah punca kepada segala sidang media yang dibuat oleh Ngeh sebab hatinya sangat rosak kerana dia syak Menteri Besar (Datuk Seri Zambry Abd Kadir) telah menjual tanah ini kepada kroni untuk kutip duit bagi pilihan raya.
"Apa yang dia sebut dalam dua tiga hari ini menggambarkan dia tidak matang dalam politik, macam budak-budak pula.
"Mengapa dia jadikan apa yang tular dalam media sosial sebagai sumber maklumat? Dia ada sumber yang sah, dia boleh tanya kepada PTG (Pejabat Tanah dan Galian), dia boleh tanya kepada Jabatan Perhutanan," katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.
Saarani berkata, dakwaan Ngeh pemansuhan rizab HSK itu untuk mendapat dana pilihan raya tidak benar sama sekali.
"Kita tidak dapat satu sen pun untuk tujuan pilihan raya dengan mewartakan tanah 3,847 hektar itu, tidak ada, itu proses biasa," tegas beliau.
Beliau menjelaskan, tanah itu selesai diukur oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) pada hujung tahun 2017, diikuti oleh proses biasa PTG untuk membuat pewartaan pada 15 Feb 2018.
Beliau menambah, tanah-tanah tersebut di Hutan Simpan Bintang Hijau, Hutan Simpan Pondok Tanjung dan Hutan Simpan Bukit Larut bagi tujuan Rancangan Tanah Pertanian Berkelompok (RTB) dan rizab Orang Asli.
Di samping itu, ujarnya, RTB juga diberikan kepada Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC), Majlis Agama Islam serta badan-badan yang membiayai pembangunan sekolah Cina dan Tamil.
Mengenai dakwaan Ngeh kononnya masa yang diambil terlalu lama untuk mewartakan tanah itu, Saarani menjelaskan, terdapat dua kaedah yang dilakukan iaitu mengukur dan membanci yang siap pada 2013.
Katanya, ia kemudiannya dibentangkan semula kepada Exco untuk memutuskan keluasan sebenar yang dimansuh, untuk diberikan kepada peneroka.
Tambahnya, apabila didapati bukan keseluruhan 11,045 ekar tanah itu telah diteroka, tetapi hanya 9,506 ekar, mesyuarat Exco pada 2013 memutuskan untuk mengurangkan pemansuhan itu hanya kepada 9,506 ekar.
"Setelah ia dipinda, keluasan telah dikurangkan, maka Jabatan Ukur dan Pemetaan kena ukur semula, yang siap hujung 2017. Lepas itu PTG buat proses pewartaan dan pada 15 Februari, ia diwartakan," tambahnya.
Beliau menasihatkan Ngeh supaya berhenti menggunakan isu pemansuhan HSK itu untuk mengelirukan dan menimbulkan kemarahan rakyat.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Apr 17 2018

Penasihat DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham sebelum ini menuduh kemungkinan pemansuhan 3,847 hektar rizab hutan simpan kekal ialah untuk mendapat dana PRU14. - Gambar hiasan
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Pemansuhan hutan simpan: 'Ngeh berniat jahat, cuba timbul kemarahan rakyat'
Penasihat DAP Perak itu sebelum ini menuduh kemungkinan pemansuhan 3,847 hektar rizab hutan simpan kekal ialah untuk mendapat dana pilihan raya.
Ribuan bantah aktiviti pembalakan di Tasik Pedu
Aktiviti pembalakan di kawasan tadahan air Tasik Pedu, Kuala Nerang, Kedah hingga mengondolkan bukit bukau dan hutan simpanan menimbukan keresahan kalangan penduduk.