Pengumuman pemansuhan Akta Pampasan Pekerja 1952 yang diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran baru-baru ini menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat.

Rata-rata netizen mula menyatakan pendangan mereka di media sosial mengenai pengumuman pemansuhan akta itu.

Malah, ramai netizen menunjukkan reaksi kurang bersetuju mengenai pemansuhan akta berkenaan.



Terdapat juga netizen yang sinis dan berpandangan supaya kerajaan memberikan 'hak mengundi' kepada pekerja asing sekiranya Akta Pampasan Pekerja 1952 dimansuhkan.


Menurut M. Kula Segaran, akta ini dimansuhkan bagi membolehkan perlindungan sama rata kepada pekerja tempatan dan asing yang bekerja di negara ini.

BACA: Akta Pampasan Pekerja 1952 dimansuhkan - Kula Segaran

BACA: Malaysia mungkin ikut langkah Jepun dan Korea Selatan berkaitan buruh asing

BACA: Pindaan Akta Kerja 1955 akan dibentang Mac depan - Kula Segaran