TEMERLOH: Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenaan menyempurnakan penyampaian Darjah Kebesaran dan Pingat negeri Pahang kepada 166 penerima.
Istiadat sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-63 Sultan Pahang itu telah berlangsung di Dewan Tun Razak, di sini yang turut menyaksikan keberangkatan Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.
Hadir sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengetuai barisan kepimpinan negeri Pahang serta ketua-ketua jabatan.
Pada istiadat itu, 15 penerima dikurniakan darjah kebesaran Setia Ahmad Shah Pahang (SAP), 23 individu menerima darjah kebesaran Setia Mahkota Pahang (SMP), dan 18 penerima darjah kebesaran Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP).
Seramai 31 individu pula dikurniakan Ahli Mahkota Pahang (AMP), masing-masing 23 individu menerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) dan Pingat Kelakuan Terpuji (PKT), serta 33 individu dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK).
Sementara itu, pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Profesor Dr Madzlan Aziz, 64, yang mendahului senarai penerima SAP, ketika ditemui pemberita menjunjung kasih atas pengurniaan darjah berkenaan dan menyifatkannya sebagai pendorong untuk terus berkongsi ilmu setelah 40 tahun berkhidmat dalam bidang kepakaran kimia.
"Kebiasaanya, kita terima penghargaan di dalam organisasi, tetapi kali ini di peringkat negeri dan saya amat bersyukur," katanya yang pernah diiktiraf sebagai penyelidik terbaik sekitar 2005 dan kini berkhidmat secara kontrak di Fakulti Sains UTM.
Timbalan Naib Cancelor (Pembangunan) UTM Profesor Dr Mohd Hamdan Ahmad, 59, yang turut menerima darjah kebesaran SAP, menzahirkan rasa syukur dan ia merupakan pengiktirafan kepada ahli akademik.
"Bagi saya, ini merupakan penghargaan kepada anak kelahiran Pahang yang berkhidmat di luar negeri ini yang akan dijadikan sebagai pemangkin semangat kami untuk terus menyumbang ilmu kepada masyarakat," kata anak kelahiran Pekan itu yang telah berkhidmat lebih 30 tahun di UTM.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023
Tengku Hassanal berkenan mengurniakan darjah kebesaran Setia Ahmad Shah (SAP) kepada Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Dr Madzlan Azizi (kiri) yang mendahului senarai penerima di Dewan Tun Razak hari ini. - Foto BERNAMA
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Tengku Hassanal berangkat pulang ke ibu negara
Tengku Mahkota Tengku Hassanal berangkat pulang ke ibu negara hari ini.
Telatah Seduku tarik perhatian Tengku Hassanal di Pusat Hidupan Liar Semenggoh
Telatah Seduku, seekor orang utan menarik perhatian Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim ketika melawat Pusat Hidupan Liar Semenggoh.
Tengku Hassanal berkenan berangkat ke majlis santapan malam bersama Premier Sarawak
Pada majlis santapan itu, baginda dipersembahkan dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian tempatan.
Pemangku Raja Pahang berangkat tiba di Kuching untuk lawatan selama lima hari
Keberangkatan tiba Tengku Hassanal pada 2.47 petang tadi disambut Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Datuk Dr Hazland Abang Hipni.
Lebih banyak usaha diperlukan untuk beralih dari sumber hasil balak, lombong - Pemangku Raja Pahang
Lebih banyak usaha melalui pendidikan dan tekad politik diperlukan untuk beralih dari sumber hasil negeri berasaskan pembalakan dan perlombongan kepada sumber alternatif yang lebih mampan.
Cabaran besar Pemangku Raja Pahang apabila bawa isu perubahan iklim
Menggembleng tekad politik dalam kalangan wakil rakyat untuk beri keutamaan kepada isu perubahan iklim merupakan cabaran paling besar.
Orang Asli kita juara sebenar isu perubahan iklim - Pemangku Raja Pahang
Pahang mempunyai 80,000 penduduk Orang Asli daripada pelbagai suku, yang mendiami kawasan hutan di negeri berkenaan.
Pahang ada potensi, aset percepat peralihan hijau - Tengku Hassanal
Pahang mempunyai kelebihan dari segi kawasan tanah yang luas dan aset dilapangan untuk gerakkan usaha peralihan hijau.
COP28: Tengku Hassanal dalam Agenda AWANI esok
Pemangku Raja Pahang mengupas mengenai peranan belia dan cabaran merakyatkan kefahaman mengenai agenda hijau kepada seluruh masyarakat.
Pemangku Raja Pahang kurnia darjah kebesaran, pingat Pahang kepada 198 penerima
Pemangku Raja Pahang,berkenan menyempurnakan penyampaian Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang kepada 198 penerima.