SEREMBAN: Seorang pemandu van mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengabaikan seorang kanak-kanak perempuan autistik sehingga menyebabkan kematiannya, Oktober lepas.
Mohd Nazree Uzir, 35, didakwa melakukan pengabaian dengan meninggalkan kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu dalam sebuah van miliknya sehingga mendatangkan kematian antara pukul 2.45 petang dan 5.30 petang pada 12 Okt 2021.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di hadapan sebuah rumah di Taman Nusari Bayu 2, Bandar Seri Sendayan di sini.
Pertuduhan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa raya Goh Hsiao Ong manakala Mohd Nazree diwakili peguam Noliana Ali Othman.
Hakim Rushan Lutfi Mohamed membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak boleh menganggu keluarga mangsa sehingga kes selesai dan menetapkan 9 Mei untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 01 2022

Tertuduh didakwa melakukan pengabaian dengan meninggalkan kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu dalam sebuah van miliknya sehingga mendatangkan kematian.- Gambar hiasan
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Rogol anak tiri hingga lahirkan bayi, pemandu van dipenjara 10 tahun dan sebat
Tertuduh juga diperintahkan untuk menjalani sesi kaunseling selama tempoh pemenjaraan dan pengawasan polis selama dua tahun, selepas selesai menjalani hukuman.

Pemandu van mengaku tidak bersalah abai kanak-kanak perempuan autistik hingga mati
Dia dituduh mengabaikan seorang kanak-kanak perempuan autistik sehingga menyebabkan kematiannya, Oktober lepas.

Pemandu van didenda RM2,000 buat laporan palsu hilang kad pengenalan
Gara-gara membuat laporan polis palsu berhubung kehilangan kad pengenalan yang kononnya diragut, seorang pemandu van didenda maksimum RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini, hari ini.

Pemandu maut, van terbabas rempuh pokok
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Murid parah dilanggar van sekolah
Kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu berlaku ketika mangsa, Nur Zahra Aisyah Mohd Zaini, 7 tahun, diturunkan pemandu van untuk pulang ke rumahnya.

Seorang maut, 10 cedera, van terbabas langgar pokok
Kemalangan melibatkan van jenis Toyota Haice yang dipandu seorang lelaki bersama 10 penumpang, yang juga warga asing.

Pemandu van tumbuk cermin kereta Wan Azizah
Seorang pemandu van ditahan polis selepas dipercayai melakukan khianat pada kenderaan jenis Toyota Alphard milik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Suspek kes langgar lari meraung apabila dapat tahu mangsa adalah isteri dan anaknya
Isteri Zhang dan anaknya telah dikejarkan ke hospital berdekatan, namun kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia setelah gagal diselamatkan.