Polis menafikan dakwaan kononnya wanita yang merempuh sekumpulan remaja lelaki berbasikal sehingga lapan dari mereka maut di Jalan Lingkaran Dalam dekat sini, awal pagi tadi, menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata siasatan telah dilakukan dan tiada elemen sedemikian ditemukan.
"Jika dia (mangsa terselamat) nampak, minta tampil beri statement (keterangan) pada polis," katanya kepada Bernama, ketika dihubungi di sini hari ini.
BACA: Remaja maut berbasikal: Perempuan itu memandu sambil tengok telefon bimbit
BACA: Kemalangan berbasikal, semua mayat sudah dituntut keluarga
Beliau diminta menggulas beberapa dakwaan oleh mangsa-mangsa terselamat dalam kejadian tersebut, yang memberitahu wanita berusia 22 tahun itu kononnya bermain telefon ketika sedang memandu.
Sulaiman juga meminta orang ramai tidak mengeluarkan kenyataan tanpa sebarang maklumat sahih berhubung kejadian berkenaan.
Menurut Sulaiman, wanita itu yang merupakan seorang jurujual baharu sahaja pulang dari rumah kawannya ketika kejadian.
Dalam kejadian 3 pagi itu, lapan remaja lelaki dilaporkan maut setelah dirempuh kereta yang dipandu wanita berkenaan, mengakibatkan empat lagi patah kaki, dua orang tidak stabil berikutan pendarahan dalam otak dan seorang pula luka di kepala dan seorang lagi cedera di pinggul.
Kejadian berlaku ketika kumpulan remaja berkenaan sedang berbasikal menuju ke Dataran Bandaraya Johor Bahru dan dipercayai menghalang Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah di sini.
Menurut Sulaiman, tindakan mereka itu menyebabkan wanita itu tidak sempat mengelak lalu melanggar kumpulan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 18 2017
Polis nafi dakwaan kononnya wanita yang merempuh sekumpulan remaja lelaki berbasikal sehingga maut menggunakan telefon bimbit. - Gambar fail
[TERKINI] Tiga suspek liwat dituduh pada Khamis
Tiga suspek kes liwat yang ditahan dalam Op Global baru-baru ini akan didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban, pada Khamis.
Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam insiden letupan alat kelui di Lubnan - Wisma Putra
Kementerian Luar sedang memantau situasi di Lubnan susulan kejadian letupan alat kelui yang berlaku di beberapa lokasi di seluruh negara itu.
Robot humanoid lakukan kerja-kerja penyelenggaraan
Robot humanoid yang mampu melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di pamerkan di Jepun.
Kemboja sasar lebih 50 peratus EV di jalan raya menjelang 2050
Kemboja menyasarkan 40 peratus kereta dan 70 peratus motorsikal dalam negara menggunakan tenaga elektrik menjelang tahun 2050.
Tambah ahli tetap UNSC, hapuskan veto - Presiden Finland
Presiden Finland, Alexander Stubb mencadangkan agar keanggotaan tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) diluaskan dan kuasa veto yang ditentukan oleh satu negara sahaja dihapuskan.
Serangan dron Ukraine cetus letupan besar di Rusia
Serangan dron oleh tentera Ukraine telah mencetuskan letupan besar dalam sempadan Rusia pada Rabu.
Rusia sifatkan letupan 'pager' di Lubnan sebagai perang hibrid
Kementeri Luar Rusia dalam satu kenyataan menyifatkan serangan melalui letupan alat keloi di Lubnan sebagai perang hibrid dan sengaja mencetuskan perang lebih besar di Asia Barat.
Lapan lagi bekas anggota keselamatan Thai didakwa
Pihak berkuasa Thailand akan mendakwa lapan lagi bekas anggota keselamatan berhubung peranan mereka dalam insiden Tak Bai, 20 tahun lalu, yang menyaksikan 78 penunjuk perasaan mati lemas atau mati dihempap di dalam trak tentera.
JDT raih mata pertama, seri 2-2 dengan Shanghai Port
JDT dua kali berada di depan hasil jaringan pemain bintang, Arif Aiman Hanapi, tetapi gagal mengekang kebangkitan pasukan tuan rumah untuk memadam kelebihan gol itu.
Peluang pekerjaan, gaji setimpal antara harapan belia
Golongan belia dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota mengharapkan lebih banyak peluang pekerjaan, gaji yang setimpal dan insentif perniagaan.
Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus mara ke suku akhir acara keirin
Shah Firdaus Sahrom, berjaya mara ke suku akhir acara keirin di Sukan Olimpik Paris 2024 dalam perlumbaan di Velodrom Nasional Perancis sebentar tadi.
Misi Haji 2024: Kayuhan suci ke Haramain dari Kuala Lumpur
Perjalanan 12,000 kilometer mereka melalui jalan darat memakan masa tujuh bulan merentasi tujuh negara.
Ramsay tunjuk lebam pada badan, ingatkan untuk pakai topi keledar ketika berbasikal
Jika tidak memakai topi keledar, Gordon Ramsay merasakan kemalangan itu mungkin meragut nyawanya.
Malaysia rangkul perak pecut berpasukan lelaki, wanita
Skuad negara merangkul perak acara pecut berpasukan lelaki dan wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 di New Delhi.
Anggota bomba, pengawal keselamatan maut nahas jalan raya
Kemalangan itu melibatkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang anggota bomba terbabit dan basikal.
LTdL 2023: Skuad kebangsaan intai jersi putih
Skuad berbasikal kebangsaan menyasarkan untuk menyambar jersi putih (pelumba terbaik Asia) pada perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, bermula Sabtu ini.
China ada 200 juta basikal untuk kegunaan setiap hari - Persatuan basikal
Penduduk bandar Cina menunggang basikal atau kenderaan dua roda berkuasa elektrik sekitar 30 daripada 100 kali perjalanan mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut dilanggar MPV
Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa yang menaiki basikal dipercayai secara tiba-tiba melintas dari kiri ke kanan jalan.
Sukan SEA: Malaysia pertahan emas berbasikal lebuh raya
Pelumba negara Nur Amirull Fakhruddin Mazuki meneruskan rentak cemerlang apabila merangkul pingat emas acara lepas beramai-ramai elit lelaki pada Sukan SEA 2023.
Basikal buluh buatan Sarawak akan masuk pasaran China tahun ini
Basikal buluh akan dibuat menggunakan buluh tempatan dikenali sebagai 'Bambusa Nana' yang kukuh.