Seorang pemandu teksi hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan merogol seorang pelancong warganegara Amerika Syarikat bulan lepas.
S. Prakash Kumar, 39, mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan itu terhadap guru berusia 24 tahun di sebuah bilik di Lakeside Villa Homestay di Taman Pantai Sepang Putra, Sungai Pelek, Sepang pada 1 pagi, 12 Mac lepas.
Dia yang berpakaian baju dan seluar warna ungu khas untuk orang yang di dalam tahanan reman, didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan rotan jika sabit kesalahan.
Hakim Mahkamah Sesyen Norhayati Mohd Yunus membenarkannya diikat jamin RM25,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 6 Mei ini untuk sebutan kes.
Norhayati juga memerintahkan Prakash Kumar yang tidak diwakili peguam, melaporkan diri di balai polis terdekat pada setiap minggu pertama pada setiap bulan sehingga selesai kesnya itu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Kamaliah Yahdi memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM40,000 memandangkan kesalahan yang dilakukan Prakash adalah serius.
Bagaimanapun, Prakash Kumar memohon mahkamah mengurangkan jumlah ikat jamin itu atas alasan dia menanggung isteri yang tidak bekerja dan anaknya.
Prakash Kumar bersama-sama dua lelaki mengaku tidak bersalah di tiga mahkamah berasingan di sini hari ini terhadap pertuduhan culik dan rompak berkumpulan ke atas wanita itu.
Di Mahkamah Majistret, Prakash Kumar, pemungut besi buruk, R. Muthu, 46, dan tukang cuci kereta, A.P. Joseph Aaron, 26, didakwa menculik dan melarikan wanita itu dengan niat hendak mengurungnya secara sulit di hadapan sebuah pusat beli-belah di Damansara, Kuala Lumpur pada 6 petang, 11 Mac lepas.
Mereka yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Majistret Surya Wati Shawal membenarkan mereka masing-masing diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan mereka menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah sehingga selesai kes.
Muthu dan Joseph Aaron juga didakwa di Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan bersama-sama merompak wang RM300 dan telefon bimbit kepunyaan wanita itu dengan bersenjatakan sebilah pisau di tempat, waktu dan masa yang sama.
Hakim Rozina Ayob membenarkan Muthu dan Joseph Aaron diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan mereka melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali sehingga pelupusan kes.
Sementara itu, Prakash Kumar dituduh di Mahkamah Sesyen yang lain atas tuduhan yang sama dan Hakim Yasmin Abdul Razak membenarkan Prakash diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.
Ketiga-tiga mahkamah itu menetapkan 16 Mei depan untuk sebutan kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Dalira Din, Wan Mohd Bukhari Wan Mohd dan Dhiya Syazwani Izyan Mohd Akhir manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.
Bernama
Wed Apr 17 2013


Tak mahu beli baju raya, petanda Aisar Azim akan pergi selamanya - Keluarga
Abangnya berkata Aisar Azim menyatakan hasrat itu beberapa hari sebelum kejadian tanpa disangka ia menjadi tanda perpisahan selamanya.

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Pada jam pagi, mata wang tempatan pada 4.4200/4275 berbanding dolar AS daripada 4.4200/4235 ketika ditutup semalam.

Lelaki maut kereta langgar pembahagi jalan
Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Plaza Tol Putrajaya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 11 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
US stock market loses $4 trillion in value as Trump plows ahead on tariffs
President Donald Trump’s tariffs have spooked investors, with fears of an economic downturn driving a stock market sell-off that has wiped out $4 trillion from the S&P 500’s peak last month, when Wall Street was cheering much of Trump's agenda.

Kapal tangki bertembung kapal kargo, cetus kebakaran besar
Insiden itu menyebabkan kebakaran besar dan beberapa siri letupan, memaksa anak kapal meninggalkan kapal masing-masing.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 11 Mac 2025
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ibuka rendah turun 1.69 mata kepada 1,545.58 dan bergerak antara paras 1,536.46 dan 1,550.0 sepanjang hari dagangan.
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Selasa? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Selasa? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 11 Mac 2025
Mari saksikan perkembangan terkini kedudukan ringgit berbanding dolar Singapura setakat pagi ini.
Ai Revolution: Will Malaysia’s workforce sink or swim?
As AI reshapes industries, Malaysia faces the challenge of ensuring its workforce remains competitive and adaptable. While reskilling programs and certifications like those under MBOT aim to bridge skill gaps, their true impact on employability remains uncertain. With AI advancing rapidly, how can Malaysia future-proof its workforce and prevent recurring cycles of reskilling?
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 11 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Pemandu teksi mengaku tidak bersalah rogol warga AS
Seorang pemandu teksi hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan merogol seorang pelancong warganegara AS bulan lepas.